Showing posts with label PERINGATAN BERSAMA. Show all posts
Showing posts with label PERINGATAN BERSAMA. Show all posts

Thursday, April 09, 2009

KISAH SEKS (3)

Bukit Gantang - Bukit Selambau - Batang Ai.


Maaf. Entri kali ini tidak ada kaitan dengan nama tempat diatas. Tapi nama yang tertera itu memang ada kaitan. Baca dengan maksud berlapis - lapis. Ini bukan entri lucah. Tapi sejujurnya, setiap individu dari jenis LELAKI pasti akan merasa ghairah dan boleh menaikkan nafsu syahwat. Kalau ada lelaki yang berkata "aku tidak merasa apa - apa". Bererti, lelaki itu memang - A.B.N.O.R.M.A.L !




Itulah wajah - wajah dan batang tubuh gadis yang menyertai program realiti TV - "Malaysian Dream Girl".




Dan ini pula adalah wajah gadis - gadis MELAYU. Yang turut sama menyertai program tersebut. Diantara sessi yang akan dijalankan oleh program ini ialah, sessi memakai - baju dalam dan seluar dalam SAHAJA.


Aku tidak pasti corak program ini. Adakah ianya akan menggunakan sistem pesanan ringkas SMS. Bak kata seorang sahabat yang berkata dengan jujur dan lurus "Dua Bukit sudah menyebabkan gangguan pada Batang Ai."


Aku bukan hendak mempromosi rancangan ini. Tetapi kalau ada yang hendak menyiasat lebih lanjut, sila klik disini.


Tapi aku rasa. Ada juga orang Melayu yang akan bersetuju dengan program ini.


Bak kata seorang pakcik "nak buat macam mana, ini kan akhir zaman, sudah moden ....hehehehe" Pak cik itu menjawab dengan galak sekali.


Lalu aku menjawab dengan bersahaja "Katakan pakcik sedang menonton rancangan itu dengan khusyuk sekali, tiba - tiba malaikat MAUT datang dan mencabut nyawa pakcik."


Si tua pakcik keparat itu terus terdiam.

Sunday, March 15, 2009

Kerja SAMA.

"Apa yang penting, KERJASAMA ..."


Itulah antara ayat yang menjadi sebutan anak - anakku, yang sering mengikuti sebuah rancangan kartun yang popular di tv.


Terlalu luas, mendalam dan besar ertinya dalam sebuah masyarakat. Bermula dari dalam rumah, dalam sebuah keluarga, dalam sebuah masyarakat hinggalah sampai ke seluruh negara.


Tidak ada seorang manusia pun yang boleh berjaya dengan berusaha bersendirian. Melainkan setiap anggota masyarakat menghulurkan bantuan dan bekerjasama.


Sebagai seorang MUSLIM. Yang penting ialah NIAT kerana Allah.

Thursday, February 05, 2009

SETITIS AIR MATA PENGHARAPAN

aku menangis siapa yang tahu ...





Ya Allah. Aku melihat ibu menangis. Aku melihat ayah menangis. Aku tidak tahu kenapa. Tapi aku menangis kerana aku lapar. Semalam aku dengar ibu berkata, "harga susu mahal." Dan semalam juga aku mendengar ayah aku berkata "tangisan rakyat terlalu mahal."



Wednesday, February 04, 2009

WAHAI WAKIL RAKYAT.

POLITIK V SUNNAH.


Yang dihebohkan ialah tentang politik. Yang dikecohkan ialah tentang pergolakan akibat tindakan wakil rakyat yang tidak menjaga amanah rakyat. Akhbar arus perdana menyiarkan berita itu dimuka hadapan. Bagaimana teruknya krisis yang berlaku.


Sejujurnya, sudah hampir 20 tahun aku tidak membeli akhbar arus perdana. Nanti disatu ketika, dilain waktu aku akan kisahkan, kenapa aku mengambil tindakan tersebut. Bagi aku, akhbar arus perdana tidak dapat memberikan pengisian ilmu dan bersikap jujur terhadap agama Islam.


Bila aku menghubungi beberapa orang saudara mara aku yang menetap di daerah Changkat Jering. Mereka memaklumkan bahawa kehidupan mereka adalah seperti biasa. Tiada kekecohan yang berlaku. Berlainan dengan gambaran yang diberikan oleh akhbar arus perdana, yang cuba menggambarkan bahawa kerajaan Negeri Perak akan tumbang.


Cukup. Aku bukan seorang penyokong fanatik atau ahli UMNO atau BARISAN NASIONAL.
Aku juga bukan seorang penyokong tegar PAS atau KeADILan atau PAKATAN RAKYAT.


Aku hanyalah seorang rakyat Malaysia yang telah menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan menjadi seorang pengundi. Telah 5 kali aku mengundi. Aku tidak pernah bersorak bila BN menang. Aku juga tidak melonjak kegembiraan bila PAS menang.


Usai pilihanraya. Kehidupan aku 'begitu-begitu juga.' Tiada perbezaan. Kalau adapun mungkin disebabkan aku dinaikkan pangkat oleh pihak majikan, 5 tahun yang lalu, maka aku boleh 'bermewah' sedikit.


Aku tidak mahu membebel menceritakan tentang wakil rakyat dinegara kita. Aku yakin dan aku pasti tentang satu perkara. Kalau dibuat 'survey' tentang wakil rakyat dinegara kita. 9:10 orang akan menyatakan rasa tidak puas hati.


Aku membayangkan tentang satu perkara yang MESTI diambil iktibar oleh setiap wakil rakyat yang beragama Isalam. Yang penting ialah setiap wakil rakyat beragama Islam telah MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH. Maka, aku rasa tidak perlu untuk menyatakan 'tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah.'


SOLAT. Memang ada wakil rakyat yang beragama Islam yang tidak solat. Aku berani kerana mempunyai maklumat dari seorang muslimah yang menyatakan bahawa ada wakil rakyat yang tidak bersolat. Kalau wakil rakyat tidak bersolat. Maknanya mereka TIDAK TAKUT kepada Allah.


Imbas kembali apa yang dilakukan oleh Khalifah Sayydina Ali. Sewaktu sedang bersolat, apabila datang seorang peminta sedekah. Lalu Sayyidina Ali menghulurkan tangannya, dan si peminta sedekah terus mengambil cincin besi dari jari Sayyidina Ali.


Imbas kembali, bagaimana Saidina Omar 'mengendap' diwaktu kegelapan malam untuk 'MEMASTIKAN' tidak ada rakyat yang kelaparan. Bila beliau menghampiri sebuah khemah, didapati ada sebuah keluarga yang sedang kebuluran, dimana si ibu memasak seketul batu untuk 'menyedapkan' hati si anak yang kelaparan. Lalu apakah yang dilakukan oleh Saidina Omar ?


Beliau sendiri memikul gandum dari PERBENDAHARAAN NEGARA, dibawa ke khemah dan dimasakkan gandum itu lalu diberi makan keluarga miskin itu.


Imbas kembali, apakah yang diperkatakan oleh Saidina Uthman ?


"Aku tidak akan makan, selagi ada rakyat aku yang kelaparan, dan aku akan berhenti makan, sebelum rakyatku kekenyangan."


Imbas kembali apa yang diucapkan oleh NABI MUHAMMAD S.A.W disaat - saat kematiannya ?


"UMMATI, UMMATI, UMMATI."


Semua media dan parti politik bercakap tentang isu politik semasa. Yang diceritakan ialah posisi dan polisi dan kerusi dan agihan dan wakil rakyat dan isu hudud dan pembangkang.


Yang dikisahkan ialah 'Rakyat perlu berkorban' dan diulang - ulang 'rakyat perlu berkorban' dan diulang lagi 'rakyat perlu berkorban.'


Memang menjengkelkan. Bila kita menyebut perkataan 'wakil rakyat.' Ini bermakna mereka adalah HAMBA RAKYAT. ORANG SURUHAN RAKYAT. SUARA RAKYAT. NAFAS RAKYAT.


Tetapi baru setahun menjadi YB. Cuba lihat gaya, cara hidup dan percakapan HAMBA RAKYAT ini.


Sepatutnya antara manifesto parti politik yang bertanding ialah ikrar seperti berikut:


"Kami BERSUMPAH, kami akan berkorban untuk rakyat. Kami BERSUMPAH untuk menurunkan harga barang. Kami BERSUMPAH untuk mengambil sedikit sahaja dari gaji kami sebagai wakil rakyat, dan seandainya kami melanggar SUMPAH, maka secara automatik status kami sebagai wakil rakyat akan terlucut."


Ada wakil rakyat yang berani bersumpah sebegini ? Kalau ada, itulah wakil rakyat yang akan mendapat undi dari aku.

Monday, February 02, 2009

PROJEK SEMENTARA

WANG BESAR ! WANG BESAR ! WANG BESAR !


Memang menyesakkan bila memikirkan tentang kegawatan ekonomi global. Tiba - tiba, dinegara kita ditambah lagi dengan kegawatan politik. Aku memang malas, menyampah, geram dan benci dengan politik dan politikus. Cuma ada satu kali sahaja aku menyiarkan entri tentang politik.


Sudah beberapa hari, negara digemparkan dengan kisah ADUN 'melompat' parti. Khususnya yang berlaku dinegeri Perak. Aku memang tidak faham dengan sepak terajang arena politik. Tetapi sejujurnya, aku rimas dengan apa yang berlaku. Tetapi bak kata seorang sahabat. Kalau kita tidak ambil tahu pun tidak boleh, kerana ia melibatkan kehidupan seharian kita.


Hinggakan satu ketika isteri aku bertanya "Abang, kenapa semua ini terjadi?" Lalu aku berkata dengan nada serius "Bila ahli politik TIDAK TAKUT kepada Allah, inilah yang berlaku."


Sewaktu pilihanraya, sewaktu hendak MERAYU UNDI. Banjir lumpur pun SEDIA untuk diharungi. Walau kepenatan, walau keletihan, dan walau kelihatan hampir putus nyawa, WAJAH tetap berseri dan senyuman sentiasa 'menguntum.'


Usai pilihanraya, HILANG wajah YB. Sms tidak berjawab. Telefon tidak diangkat. Hendak bertemu dengan YB terpaksa buat temujanji. Dan cuma boleh berbicara untuk 10 minit sahaja. YB teramat sibuk.


Ya, sebagai pengundi, kita semua faham dengan tugas, tanggungjawab dan beban yang terpaksa ditanggung oleh YB. Tetapi sebagai YB, mereka juga perlu faham, andai tidak mampu menggalas AMANAH ini, lebih baik jangan terima tawaran.


Entri ini ditujukan kepada semua YB, samada dalam BARISAN NASIONAL mahupun dalam PAKATAN RAKYAT.


Sekarang tersebar khabar angin menyatakan ada ADUN yang 'dibeli' dengan tawaran harga hingga mencecah jutaan ringgit. Disaat banyak pihak menyatakan 'kami tidak ada wang.' Tiba - tiba 'wang berjuta' boleh pula 'diberikan' kepada seorang dua wakil rakyat ?


Aku tidak tahu bagaimana caranya untuk 'mengajar' wakil rakyat sebegini ? Tetapi yang pasti berlaku ialah, setiap kali berlaku pilihanraya kecil. Maka semua pemimpin dan pimpinan tertinggi setiap parti, akan 'berkampong' didaerah mengundi. Rakyat akan dijadikan sebagai 'RAJA SEMENTARA.'


Usai pilihanraya, barulah RAJA SEMENTARA akan tersedar tentang sesuatu. HARGA GULA NAIK !

Friday, January 09, 2009

TENTANG atau TATANG ?

Sebuah kisah PERJUANGAN.


Lima orang sahabat begitu bersemangat untuk menyertai demonstrasi ANTI ISRAEL @ ZIONIS LAKNATULLAH.


Mereka berkumpul di Starbuck, menikmati secawan kopi. Sambil menunggu seorang lagi rakan yang masih belum tiba. Mereka begitu sabar menunggu sambil menghirup kopi yang begitu enak sambil menghisap rokok jenama Dunhil.


Mereka terus berbual dalam bahasa rojak, antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Akhirnya, rakan yang ditunggu mucul jua. Sambil bersalaman dan bertanya khabar. Mereka terus sahaja bergerak menuju destinasi untuk berkumpul bersama ribuan lagi orang ramai yang dijangka menghadiri demonstrasi itu.


Apabila lalu dihadapan 7-Eleven. Seorang rakan lalu masuk kedalam kedai untuk membeli sedikit barangan sebagai bekal. Sejurus, rakan itu keluar dan menjinjit sebuah bungkusan yang berisi beberapa keping coklat KitKat dan beberapa botol air Coca-Cola.


Lalu barangan itu diagihkan kepada rakan - rakan yang lain. Namun seorang lagi rakan terpaksa masuk kembali ke dalam kedai 7-Eleven, kerana beliau telah kehabisan rokok, dan terus membeli rokok Benson & Hedges.


Dan dalam keadaan bersemangat mereka terus berjalan laju untuk bersatu dengan puluhan ribu rakyat yang sedang berkumpul untuk berdemonstrasi.


# Aku ingin sekali meliht Ulamak dan Mufti serta para Tuan Guru, memimpin umat Islam, dan berada dibarisan hadapan untuk berarak mengetuai perarakan demonstrasi. Dengan memakai JUBAH DAN BERSERBAN. Tentu ada kelainan !

# Ini sebuah kisah rekaan semata - mata. Tetapi, aku sendiri pernah melihat seorang pemuda yang bersemangat lalu melaungkan TAKBIR !!! sambil mengangkat tangan dan jarinya masih mengepit sepuntung rokok.

* Poster itu diambil dari Laman Web Persatuan Pengguna Islam, Malaysia.

Monday, December 22, 2008

ANAK MELAYU naik darjat.

MELAYU & ARAK - sudah sinonim.


Aku kira, besar kemungkinan inilah entri aku yang paling kontroversi. Tetapi, apakan daya, kalau tidak bercakap, aku bimbang tanggungjawab aku diakhirat tidak lepas.


Kalau dahulu, lelaki dewasa - Melayu, hanya 'berani' minum arak didalam bar, pub, disko dan kawasan - kawasan yang sewaktu dengannya.


Tetapi hari ini. Didepan mataku. Bukan dikawasan 'eksklusif' tetapi di restoran. Anak - anak muda Melayu, tanpa segan silu, meminum minuman beralkohol secara terbuka. Seumpama minum Coca - cola dan Pepsi layaknya.


Anak Melayu minum ARAK secara terbuka, bebas - sebebas - bebasnya.


Maaf, jika aku membawa kronologi seperi berikut:

1 - Minum arak, secara terbuka, lelaki dan perempuan.
2 - Merokok.
3 - Mabuk.
4 - Perempuan minum arak, tidak sedar butang baju terbuka.
5 - Lelaki minum arak. Mata memandang tepat kearah belahan dada si perempuan.
6 - Nafsu si lelaki bergelora.
7 - Mata bertentang mata.
8 - Sambil bergurau, bertepuk tampar, nafsu bergelora.
9 - Berjalan terhoyong - hayang, menuju bilik.
10-Perempuan rebah.
11-Lelaki tidak dapat mengawal keadaan.
12 - Ya, DETIK 12 TENGAH MALAM. IBLIS DAN SYAITAN ketawa semahu - mahunya. Tugas mereka berjaya.

13 - Siapa yang berani untuk meneruskan kronologi ini ... (ada yang kata, angka 13 adalah angka SIAL).


Bila sudah berlaku, barulah ibu, ayah, nenek, tokwan, abang, kakak menangis semahu - mahunya.


Ada ketikanya aku terfikir. Jika ada yang minum arak dan merokok. Pasti mulut mereka berbau. Tidak adakah ibu bapa atau penjaga yang boleh mengesan dari awal ?


Bila anak perempuan sudah TER-MENGANDUNG. Siapakah yang harus dipersalahkan ?


Punca atau asas kepada keruntuhan akhlak sudah dikesan. Apa harus kita lakukan ?


Kalau ada yang hendak meninggalkan jejak atau komen yang BER-EMOSI. Aku tidak akan jawab. Sebab , yang penting aku sudah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Islam.


Aku TIDAK MAHU MENJAWAB dihadapan Allah ! Biarlah urusan aku selesai didunia.

Tuesday, December 16, 2008

Memang MEMALUKAN !

Masjid TEWAS, Gereja JUARA !


Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah orang tua aku di Taiping, beberapa hari yang lalu. Anak - anakku mengalami cirit - birit. Jadi boleh dibayangkan kesukaran yang aku tempohi. Memang sedari awal aku telah merancang perjalanan mengikut 'jalan dalam' melalui daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor.


Jadi, setiap kali anak - anakku merungut hendak buang air, maka aku perlu berhenti. Kalau jumpa stesen minyak, maka distesen minyak menjadi tempat untuk buang air besar. Tidak kira apa nama bangunan yang dilihat oleh mata yang sempat. Restoran, kedai makan, surau, masjid hatta gereja sekalipun.


Pengalaman 'berharga' inilah yang menyebabkan aku terpaksa memasukkan entri pada kali ini menyentuh tentang isu kebersihan sekali lagi.


Boleh dikatakan 5 buah masjid yang aku gunakan kemudahan didalamnya. Kelima - lima Masjid aku kategorikan sebagai - TERUK dan TIDAK MEMUASKAN !


Sepatutnya, sebagai sebuah Masjid. Ini adalah 'institusi' yang perlu dan mesti terkehadapan dalam menunjukkan contoh dalam aspek KEBERSIHAN.


Perlu diingatkan lagi, jika kita dalam keadaan berhadas dan bernajis, maka solat dan ibadah yang lain tidak akan diterima, atau dalam bahasa yang mudah, solat kita TIDAK SAH ! Bila solat kita tidak sah dan tidak diterima oleh Allah, maka ibadah yang lain juga mengalami 'nasib yang sama.'


Tanda didalam Masjid yang masih berada didalam kategori tidak memuaskan atau TERUK, KOTOR, MEMUALKAN, HENDAK TERMUNTAH, dan tidak ada selera hendak digunakan adalah seperti dibawah:


1 - Najis bersepah ditepi mangkuk.
2 - 'Flush' rosak.
3 - Najis bertakung, kelihatan najis terapung didalam mangkuk tandas.
4 - Tiada selipar atau terompah atau kasut khas yang disediakan.
5 - Air melimpah dari dalam tandas ke bahagian untuk berwuduk.
6 - Pintu tandas tiada kunci didalam dan diluar.
7 - Air menitik dari atas kepala (air tangki yang ada kebocoran)
8 - Terdapat pelbagai kata - kata dan lukisan lucah dipintu tandas sebelah dalam.
9 - Paip air tidak mengeluarkan air.
10-Tiada gayung disediakan.
11-Tiada baldi didalam tandas.
12-Tandas berpasir.
13-Lampu dalam tandas tidak menyala.
14-Cat didinding yang telah kusam.
15-Tandas tidak mencukupi. Hanya ada sebuah untuk muslimin dan sebuah untuk muslimat.
16-Tiada getah paip.
17-Mangkuk tandas berkulat.
18-Laluan ke tandas yang kotor dan air bertakung.
19-Tandas yang berkunci dan tidak boleh digunakan.
20-Pintu tandas terkopak.


Yang paling mengaibkan. Cuma ada sekali sahaja aku terpaksa berhenti dan singgah disebuah Gereja. Itupun sebab aku melihat pintu gereja terbuka, dan anak aku sudah tidak tahan lagi untuk buang air besar.


Aku berhenti di sebuah Gereja di daerah Sitiawan. Aku memohon kebenaran untuk berhenti dan menggunakan kemudahan tandas mereka. Memang mengejutkan, tandas mereka begitu bersih, lengkap, kemas dan CANTIK !


Bukannya hendak menyatakan bahawa tandas didalam Gereja itu seperti dalam hotel. Tetapi, bila melihat keadaan tandas yang sebegitu rupa, aku dan seluruh ahli keluarga terus sahaja menggunakan tandas itu. Memang SELESA !


Usai mengunakan tandas di Gereja itu, aku mengucapkan terima kasih kepada penjaga Gereja itu. Dan dengan ramah dan senyuman penjaga tandas itu bertanya "Incik mau pigi mana?" soal apek tua berbangsa China kepadaku.


Aku menyatakan bahawa kami hendak balik kampong di Taiping.


Lalu si apek tua itu sempat memberi pesan, "bawa keleta baik - baik ooo ...."


Anak - anak ku tersenyum sambil melambai kearah apek tua itu.

Thursday, August 07, 2008

TAZKIRAH (1)

MOHON SIMPATI.



Selepas solat Maghrib, bacaan Surah Yaasin akan dimulakan ...

Thursday, July 17, 2008

DUA serentak.

Topik 1


Sungguh aku merasa begitu terharu dengan penghormatan yang sebegini tinggi diberikan oleh seorang sahabat aku.


Bukan sahaja kerana beliau adalah sahabatku, atau seorang kenalan yang mesra, tetapi dengan ikhlas aku menyatakan bahawa, aku pernah merasa masakannya, memang SEDAP !





Topik 2


Aku yakin, jutaan rakyat Malaysia melihat rancangan DEBAT yang disiarkan oleh TV9. Diantara Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Penerangan) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti KeADILan Rakyat). Yang membawakan tajuk 'Hari ini memerintah, Esok harga minyak turun'.


Sejujurnya, aku lebih suka dan mahu melihat perdebatan SECARA LANGSUNG. Diantara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


DEBAT diantara Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, seorang PERDANA MENTERI, merangkap PENGERUSI BARISAN NASIONAL dan PRESIDEN UMNO. Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti KeADILan Rakyat, yang juga pemimpin PAKATAN RAKYAT.


Rasanya, barulah sama setanding. Dimana, kedua - duanya adalah PEMIMPIN UTAMA dalam dua buah parti politik perdana.


Sejujurnya, aku bukanlah penyokong fanatik mana - mana parti politik. Tetapi, aku akan sokong, siapa sahaja yang berhasrat mahu MEMUDAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT. Maksudnya mudah. Aku akan sokong, siapa sahaja yang memberikan SERIBU SATU ALASAN untuk menurunkan harga minyak, dan harga barang serta memberikan tumpuan untuk memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada RAKYAT (baca: RAKYAT SAHAJA).

Thursday, June 05, 2008

Harga BARANG NAIK lagi.

HARI INI, YA HARI INI.



PM kata ini adalah situasi "menang - menang". Aku memang tidak faham langsung. YA, bukan sekadar kurang faham, tetapi memang tidak faham langsung !



"Apek, lu faham ka?"

"Wa pun tak faham, sebab wa kayuh basikal maa ... "



Saturday, May 31, 2008

Sistem Pesanan Ringkas.

Saya memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang menghantar sms. Kerana atas sebab - sebab tertentu. Saya tidak dapat membalasnya.


Harap maklum.

Wednesday, December 05, 2007

JUST A JOKE (2)

santai dan jenaka sebentar...



MUTHU & THE INTERVIEWER
Interviewer : What is your birth date?
Muthu : 13th October
Interviewer : Which year?
Muthu : ... EVERY YEAR.




MUTHU & HIS MANAGER=
Manager asked Muthu at an interview... .
Can you spell a word that has more than 100 letters in it?
Muthu replied: P-O-S-T-B-O- X




MUTHU & LONDON TRIP
After returning back from a foreign trip,
Muthu asked his wife, Do I looklike a foreigner?
Wife : No! Why?
Muthu : In London, a lady asked me, "Are you a foreigner?". . that's why ..
Wife : SHOCKED!



MUTHU & TOURIST
One tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man born in this village or not .. and Muthu said .. "No sir, only babies were born here .."




MUTHU & HIS EXPERIMENT.
Muthu was doing experiment with cockroach. First he cut it's one leg andtold WALK. WALK. Cockroach walked. Then he cut it's second leg and told the same. Cockroach walked. Then cut the third leg and did the same. At last he cut it's fourth leg and orderedit walk! But cockroach didn't walk. Suddenly Muthu said loudly, "I found it. If we cut cockroach's four legs, it becomes deaf.
Muthu become a saint!




MUTHU & DRIVER.
When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted mirror. Muthu shouted, "You are trying to see my wife ? Sit back. I will drive





MUTHU GOES TO HOTEL.
Muthu went in a hotel. To wash hands he went to the washbasin. There he started washing the basin. Seeing this, the manager asked what was hedoing. Muthu pointed towards the board "WASHBASIN".




MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART.
Interviewer : Just imagine your in 20th floor in a building, it caught fire and how will you escape ?
Muthu : It's simple.. I will just stop my imagination .. :)

Wednesday, October 17, 2007

Alahai omak ...



Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih ku lurutkan,
Jauhi makanan berlemak,
Walaupun berselera,
Nasihat Doktor 'terpaksa' ku turutkan.


Terliur, kecur air liur, meleleh atau tergoda. Mohon ampun, terpaksa aku tinggalkan.



Setelah bertahun menikmatinya, akhirnya aku tewas. Dek kerana faktor kesihatan dan juga kerana sudah tua (sedar diri tak apa). Akhirnya aku terpaksa 'mendengar' nasihat Doktor.


"tak dapek den nak nolong"

Wednesday, August 29, 2007

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Selamat menyambut ~

HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE - 50





Bersama - sama seluruh RAKYAT MALAYSIA. Menyambut HARI KEBANGSAAN.


Malam esok sudah merancang, hendak membawa keluarga dan saudara mara ke Taman Tasek Shah Alam. Sambil berehat santai. Dan tahun ini juga hari kemerdekaan begitu bermakna. Kerana tarikhnya jatuh pada hari Juma'at. Cuma diharap (dan berdo'a), supaya tidak menjadi seperti tahun sebelumnya (malam kemerdekaan dicemari oleh gelagat muda - mudi, dimana botol dan tin arak dijumpai bersepah. Dan yang paling MEMUALKAN ialah bila ada yang menjumpai kondom dibeberapa tempat).



Malam hari kemerdekaan ini juga. Aku dan keluarga akan bersama - sama menikmati keenakan coklat, yang diberikan oleh saudaraku yang baru pulang dari Dubai.



Bak kata seorang teman - "Bawalah seluruh ahli keluarga ke tempat awam, kerana kita menyambut hari kemerdekaan ke 50, hanya sekali sahaja. Belum tentu kita akan hidup sewaktu 100 tahun kemerdekaan, ya, anak kita mungkin".




Thursday, August 23, 2007

Seluar dalam terjelir ...


Entah kenapa, tiba - tiba hari ini, suasana pejabatku agak bising dan gamat. Pelbagai kisah lucu diceritakan seorang demi seorang.


Seperkara lagi, almaklumlah tanpa diduga. Semua pekerja wanita tidak hadir dengan pelbagai sebab. Jadi yang tinggal hanyalah pekerja lelaki. Jadi perbualan begitu "terbuka". Dan tidak ada penapisan langsung !.


Aku juga tumpang 'semangkuk'. Aku bukanlah seorang yang terlalu baik dan alim. Ada ketikanya 'terserlah' juga kejantanan aku dalam berbicara.


Tiba - tiba seorang pekerja berkata "eh, korang tau tak sekarang ada pakaian fesyen baru ?"


Masing - masing termenung seketika, memikirkan apa "fesyen baru" itu.


Lalu aku, dengan perasaan tidak sabar, terus bertanya "apa fesyen baru tu ?" sebab walaupun aku bukan pengikut trend fesyen terkini, tetapi aku ambil tahu juga.


Lalu dengan selamba si mamat ni menjawab "fesyen seluar dalam terjelir".


Aku dan kakitangan lain masing - masing masih terpinga - pinga, bertambah tidak faham.


Lalu si mamat seorang ini dengan bersahaja terus menerangkan apa itu fesyen terbaru "perasan tak, ada perempuan sekarang, bila pakai seluar jeans, bila duduk, bahagian belakang .... bahagian punggung ... mesti nampak seluar dalam diorang terkeluar sikit .... ha kan tu fesyen seluar dalam terjelir".


Barulah semua faham, dan sekali lagi masing - masing ketawa terbahak - bahak.


# Ada juga yang memakai tudung, tapi berbaju ketat menampakkan "bahagian depan" yang "berisi". Dan ada juga yang memakai tudung, tapi memakai seluar yang ketat.

Wednesday, July 04, 2007

Tag untuk Kebajikan

Ini adalah kesinambungan kepada proses "tag", yang aku terima dari Puan Nurazzah8. Sebagai menghormati dan berhasrat untuk bersama - sama menyumbang kepada sesuatu yang baik dan mulia. Maka aku teruskan proses ini.

Bagi sesiapa yang mengunjungi Blog Abang Long, maka diharap anda juga menyambung proses dan talian tag ini. Usai sahaja anda menyiarkan didalam blog peribadi anda, maka sila tingglkan pesanan di Blog Idham

Maka disini, aku turunkan kata - kata buat meme yang berkenaan:


1. A person is only as good ~
(seseorang itu dikatakan baik) > apabila dapat membuat atau memberikan kebaikan kepada orang lain.

2. Friendship is always ~
(persahabatan akan selalu) > mekar dan dihidupkan didalam jiwa.

3. To love is to ~
(menyayangi adalah) > menerima seseorang seadanya.

4. Money make me ~
(wang membuatkan saya) > gembira, hiba, tenang, lapang, dan ada ketikanya menyesakkan.

5. I miss ~
(saya rindu) … kehidupan sewaktu kecil.

6. My way of saying I care is by ~
(cara untuk menyatakan saya mengambil berat) > lakukan sesuatu yang menggambarkan saya memang prihatin.

7. I try to spread love and happiness by ~
(saya meluahkan kasih sayang dan kegembiraan dengan cara) > ucapan dan tindakan.

8. Pick the flowers when ~
(petik bunga apabila) > sedang mekar mewangi, tapi jangan dipetik bunga ditaman larangan.

9. To love someone is to ~
(menyayangi dan mengasihi seseorang bermakna) > tunjukkan yang kita masih sayang, dan yang pasti, masih ada yang sayang.

10. Beauty is ~
(kecantikan adalah) > lahir dari dalam jiwa yang disertai dengan peribadi yang unggul.

11. When I was thirteen, what I remember the most was ~
(perkara yang paling saya ingati ketika berusia tiga belas tahun) > mula belajar untuk bercinta.

12. When I was twenty one, I remember ~
(ketika berusia dua puluh satu tahun, seingat saya, saya) > sedang bertunang dan waktu itu sungguh indah.

13. I am most happy when ~
(saya sangat gembira apabila) > orang menghargai apa yang saya lakukan.

14. Nothing makes me happier than ~
(tiada perkara yang menggembirakan saya selain) > membuat orang lain merasa bangga dengan apa yang saya sumbangkan.

15. If I can change one thing, I will change ~
(jika saya mampu mengubah sesuatu, saya akan mengubah) > penduduk dunia ini supaya beriman dan tunduk patuh kepada Allah.

16. If smiles were ~
(jika senyuman adalah) > penyelesai segala masalah,
Then I ~
(maka saya akan) > dapati semua orang akan sentiasa tersenyum.

17. Wouldn’t it be nice if we could ~
(alangkah baiknya jika) > kemana sahaja kita pergi, tidak ada perasaan takut kepada sebarang ancaman.

18. If you want to ~
(jika anda mahu) > berjaya dalam hidup,
Then you have to ~
(maka anda perlu) > tempuhi segala rintangan dan sentiasa mengingati Allah.

19. Money is not everything but ~
(wang bukan segalanya, tetapi) > ia perlu ada untuk kita meneruskan kehidupan.

20. The most touching moments I have experienced is ~
(pengalaman yang paling menyentuh jiwa saya, ialah) > Ayah mengucapkan TERIMA KASIH, kerana membantunya berdiri.

21. I smile when ~
(saya tersenyum apabila) > saya mendapat apa yang saya idamkan.

22. When I am happy ~
(apabila gembira, saya) > bersyukur kehadrat Illahi, dan cuba untuk menggembirakan orang lain pula.

23. If I don’t have to ~
(jika saya tidak perlu) > mengubah kerjaya,
then ~
(maka) > saya akan terus bertugas didalam keretapi.

24. The best thing I did yesterday was ~
(perkara terbaik yang saya lakukan semalam, ialah) > diam dan merenung kedalam mata anak, apabila anak saya sedang memperkatakan sesuatu.

25. If I ever write a book, I will give it this title ~
(jika saya menulis sebuah buku, saya akan berikan tajuknya) > Buat, jangan sekadar Mencuba !


26. One thing I must do before I die is ~
(satu perkara yang saya mesti buat sebelum kembali kepangkuan Allah) > melaksanakan amalan sebanyak mungkin, sebagai bekalan.

27. Doing this meme, I feel ~
(menyempurnakan meme ini, membuatkan saya merasa seolah – olah) > bersama – sama melaksanakan sesuatu yang baik.

Aku tidak dapat meletakkan tag untuk sesiapa, kerana hampir kebanyakan blog kenalanku, telahpun disambung ke talian tag. Jadi kepada sesiapa yang berhasrat untuk menyambung tag ini, aku ucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga.

Thursday, May 31, 2007

HARI WEB BLOGGERS 2007

HARI WEBLOG SEDUNIA MALAYSIA 2007


Salam hormat dan salam persaudaraan kepada semua. Samada anda merupakan Bloggers, atau sering mengunjungi dan melayari blog rakan dan sahabat.


Anda dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri Hari Web Bloggers 2007.

Tempat: DATARAN MERDEKA & TAMAN TASIK TITIWANGSA.

Tarikh: 16hb Jun 2007 (Sabtu)
Masa: 09.30 pagi - 5.30 petang.

Ambillah kesempatan ini dengan sebaik mungkin. Andainya selama ini anda hanya mengenali seseorang melalui ruangan chat didalam blog insan lain. Maka kali ini anda berpeluang untuk menemui rakan, sahabat malah mereka yang tidak pernah anda temui di alam nyata.

Buat pertama kali di Malaysia, para Bloggers akan bertemu secara langsung !.

Selain dari itu, pada hari yang tersebut, pelbagai aturcara menarik diadakan, termasuklah program - TREASUR HUNT 'ELARTI'.

Datanglah beramai - ramai untuk memeriahkan Hari Web Bloggers 2007.

Posting entri di Blog Abang Long ini akan dihentikan selama 3 hari, untuk memberikan laluan kepada siaran iklan - Hari Web Bloggers 2007 - Harap Maklum.
.
.
Untuk makluman lanjut sila klik disini.
TERIMA KASIH atas SOKONGAN, KERJASAMA dan PENGLIBATAN dari ANDA.

Wednesday, May 16, 2007

Khas buat Teman Seperjuangan

Sajak Perkenalan Khas Buat Teman Seperjuangan.


Keseorangan aku termenung dilamun jauh
menghayati desiran angin dibuai sayu
untuk mencari teman setia yang teguh
tidak seperti kuntuman bunga yang layu

Kini aku telah menjumpai dirimu
walau tidak ku tahu sikapmu
namun kegembiraan terbayang juga disudut hatiku
kerana sempat berkenal dan berbicara denganmu

Fahamilah diri ini
aku tahu kau punya keistimewaan tertentu
tapi aku cuma yang ada hanyalah sekadar hidup didunia
yang berbekalkan ilmu kesabaran
iaitu hati dan sentimental sahaja

Entah mengapa disebalik tabir ku berkenalan dan berbicara denganmu
telah mendirikan satu kekuatan dalam diriku
dengan semangat dan tekad yang kuat
dalam usaha untuk menjejaki dan mengejar kejayaan.


# Sajak ini telah berusia 25 tahun. Aku tidak pasti dari mana sumber aku memperolehinya. Namun begitu relevan kepada diriku - kini.

Friday, May 04, 2007

PERTEMUAN di PESTA BUKU


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Akan berakhir pada hari Ahad - 6hb May. Aku akan berada disana pada hari Sabtu - 5hb May. Dari jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

Aku akan berada didalam Dewan Tun Dr. Ismail (Dewan yang menempatkan Karangkraf Sdn. Bhd dan ALAF 21).

Selain dari untuk mendapatkan bahan berita untuk Blog ALAF 21. Aku juga akan menemui teman - teman Bloggers, yang selama ini hanya berkenalan di alam Siber.

Temui anda semua di Pesta Buku.

Abang Long.