
Senyum dalam debaran V Senyum yang mendebarkan.
Setelah membaca beberapa blog semalam tentang kenangan indah sewaktu zaman percintaan. Khususnya nostalgia menulis surat atau warkah. Aku hanya tersenyum. Dan seharian semalam aku tersenyum. Bagaikan orang sedang bercinta.
Hingga menimbulkan kesangsian dihati isteri tercinta. Rupanya, kalau sang suami tersenyum memanjang dan berpakaian segak, hati isteri akan berkata - kata.
Dan kebetulan pula, semalam, aku bertemu dengan beberapa orang teman untuk berbincang tentang pelbagai program kemasyarakatan. Sambil sembang santai antara sahabat lelaki dan perempuan itu. Tiba - tiba, dalam keseriusan itu, lancar sahaja aku bertanya mereka "kamu pernah menulis surat cinta tak?"
Apa lagi, suasana yang sebelumnya begitu serius, tiba - tiba bertukar ceria. Manakan tidak, soalan aku memang lari dari topik asal perbincangan.
Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Semuanya tersenyum simpul. Mereka menjawab secara jujur. YA. Semuanya pernah menulis SURAT atau WARKAH CINTA.
Seorang demi seorang menceritakan tentang pengalaman masing - masing menulis warkah cinta. EH. Bukankah ini perbuatan NORMAL ?
Pelbagai gaya, pelbagai rentak, pelbagai teknik, pelbagai corak, dan pelbagai ragam sewaktu menulis WARKAH CINTA.
Yang paling menggelikan hati. Ada seorang sahabat menceritakan tentang WARKAH CINTA yang beliau kirimkan telah dimasukkan sedikit 'bedak sejuk' yang dihancurkan. Kerana terlalu miskin dan tidak mampu membeli bedak CUTICURA.
Dan ada seorang sahabat perempuan yang 'mendedahkan isi kandungan' WARKAH CINTA beliau, dimana katanya, sewaktu ulangtahun perkahwinan beliau yang ke 21. Suaminya menceritakan bahawa, dalam WARKAH CINTA yang diterimanya dari 'girlfriend' @ isterinya itu, terdapat sebanyak 21 ayat yang diulang - ulang, dimana ayat itu berbunyi "TERPULANG KEPADA ABANG."
Malam tadi, aku menggeledah almari pakaian. Lalu mengeluarkan semua surat atau WARKAH CINTA. Isteri aku kehairanan. Lalu aku membuka semula WARKAH CINTA yang diutuskan kepada kekasih @ isteri aku. WARKAH CINTA yang berusia hampir 20 tahun.
Aku baca satu persatu. Lalu menatap wajah isteri tercinta. Merah padam wajahnya, bila WARKAH CINTA nya aku baca.
Lantas aku bertanya "mana yang lebih mendebarkan ... sewaktu membaca WARKAH CINTA atau sewaktu kali pertama disentuh?" Isteri aku tidak menjawab, cuma sekadar mencubit manja bahuku.
Dan kesempatan untuk entri pada kali ini. Aku dengan sengaja mahu blogawan yang aku sayangi menceritakan pengalaman mereka berhubung dengan WARKAH CINTA. Tetapi, ini bukan TAG.

1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?
2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ?
3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ?
4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ?
5 - Ada disertakan gambar ?
6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ?
7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ?
8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ?
9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ?
10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ?
ANDA boleh sahaja menjawab diruangan komen disini dengan memaklumkan bahawa ANDA telah melaksanakan misi ini. Ataupun ANDA menjawab di BLOG PERIBADI ANDA.
TERIMA KASIH SETULUS IKHLAS DARI ABANG LONG.
# Semoga TARIKH CINTA ANDA berkekalan.
PROMOSI: SILA DAPATKAN NOVEL DIBAWAH. Hadiahkan kepada yang TERSAYANG.

Blogawan akan bertambah dari semasa ke semasa:
Blogawan yang telah memberikan jawapan, akan ditandakan dengan ucapan TERIMA KASIH.Kujie. -
Ketika cinta itu mati, kau TIDAK perlu mati bersamanya... HEBAT ! TERIMA KASHNurazzah8SilversarinaMaklangNekcun -
Berkongsi pilu bila terlepas momen yang indah. TERIMA KASIHCHEKdenoor -
Pengalaman menakjubkan, disayangi dari usia muda. Best ! TERIMA KASIHZino -
Menerima surat misteri. Dari gadis yang menyayangi dari jauh. TERIMA KASIHNadineZuharra -
WARKAH CINTA beredar dizaman 'cinta monyet', wow ! TERIMA KASIHKak Lady
Kak UngkuCik Milah
Mak Su -
"Hmmmmmm". Jawapan kepada WARKAH CINTA. Si teruna tertunggu - tunggu. TERIMA KASIH
Neeza ShahrilCikgu ZueEchah Syed -
cinta adalah impian...namun kenyataan tak seindah harapan. TERIMA KASIHTie -
Akhirnya, terdedah kisah lama ! Sebuah WARKAH yang NOSTALGIA ! TERIMA KASIH.Zalisa -
Telah dijawab diruangan komen. TERIMA KASIHSallyOpah De -
Jawapan sudah diberikan, bagai nak pecah perut dibuatnya !
TERIMA KASIH.
Ramlah Rashid -
Kisah lucu sewaktu menjadi rebutan dua jejaka. Begitu kompleks ! TERIMA KASIHAyKay -
Jawapan dalam ruangan komen. TERIMA KASIHJentayutiara- Diterima sewaktu di kolej. Salah alamat. Pengalaman berharga. TERIMA KASIH.ILA -
Kerap menerima warkah layang. Memang seram ! TERIMA KASIHIzman -
Kisahnya SANTAI habis ! belum pernah dipaparkan dimana - mana akhbar ! TERIMA KASIH.MersikFarah Aminuddin -
'Jawapannya ada didalam ruangan komen blog ini.' TERIMA KASIHAtty's -
HIBA, kisah cinta yang memilukan. Tapi kuat semangat ! Tahniah.
TERIMA KASIHGoboklamaIrman Rahs -
Tiada pengalaman. Jawapan paling jujur ! TERIMA KASIHNik Zulina -
Bercinta selepas berkahwin. Tiada pengalaman menerima WARKAH CINTA.
TERIMA KASIHChekgu BaniHassimen_meatreyu -
Saudara Semaya Se Perak. TERIMA KASIHUmmu Asiah
Eyman HykalNorzailina Nordin-
WARKAH CINTA beliau memang menggetarkan. Hebat ! TERIMA KASIH.Lily HaslinaLaila Kamilia -
Jawapan yang jujur dan mendebarkan. TAHNIAH ! TERIMA KASIH.Iris Ixora -
Seorang 'mamatok' yang menceritakan kisahnya membaca WARKAH CINTA dibawah lampu pelita. Menarik ! TERIMA KASIH
Liza Zahira
Hezzy Azra -
Jawapan yang 'selamba habis' ! TERIMA KASIHLily SurianiLynn Dayana