Picit loceng.Aku sedang duduk bersantai dihadapan rumah saudara aku di Subang. Tiba - tiba lalu sebuah bas mini. Dan bas mini itu berhenti betul - betul dihadapan rumah saudara aku. Turunlah seorang pakcik tua dengan bertongkat.
Lantas aku bertanya kepada saudara aku yang sedang bersantai bersama aku. "Eh, Izan, bas mini lalu sini kah?" dan Izan mengagguk sambil menghirup kopi panas.
Sejurus kemudian, anak - anak aku yang teruja melihat bas mini itu. Terus datang menceritakan tentang bas mini itu. Maklumlah, aku rasa selama ini, anak - anak aku tidak pernah menaiki bas mini. Mereka hanya tahu menaiki kereta, bas ekspress dan keretapi.
Lalu anak - anak aku memujuk aku untuk merasa pengalaman menaiki bas. Tapi sememangnya aku malas. Anak - anak aku terus memujuk, tiba - tiba saudara aku memberikan persetujuan untuk membawa anak - anak aku 'meronda' dengan menaiki bas mini. Apalagi, riuh rendah suasana riang ria kerana ada orang hendak belanja naik bas mini.
Tidak sampai beberapa minit sahaja. Semuanya sudah bersiap sedia untuk menaiki bas mini. Dan lebih kurang 10 minit menunggu, akhirnya tibalah bas mini itu dihadapan rumah. Aku dengar riuh rendah dalam bas mini itu. Maklumlah, semuanya ada seramai 11 orang kanak - kanak didalamnya.
Aku menjerit kepada saudara aku "jaga mereka baik - baik, jangan ada yang lari keluar dari bas!"
Aku hanya tersenyum memandang bas mini yang berlalu pergi. Biarlah anak - anak mendapat pengalaman baru dalam hidup mereka. Aku sudah puas dan sudah 'serik' menaiki bas mini.