Showing posts with label RENCANA PERINGATAN. Show all posts
Showing posts with label RENCANA PERINGATAN. Show all posts

Wednesday, March 18, 2009

Malang Memang Tidak Berbau !

Serba salah, Alhamdulillah.


Aku menunggang motorsikal dengan bersahaja, maklumlah dalam kawasan kampong. Dari masjid aku menghala ke sebuah kedai untuk fotostat beberapa dokumen.


Sewaktu melalui satu selekoh, sebuah mtosikal yang ditunggang oleh seorang gadis telah memintas aku. Dan dalam sekelip mata sahaja, tiba - tiba aku melihat si gadis itu hilang kawalan dan terus terseret ditengah jalan, dan motorsikal yang ditunggang telah terbabas dan terus terjatuh kedalam longkang.


Si gadis yang tergolek itu, kelihatan senyap tidak bergerak. Aku terus memberhentikan motorsikal dibahu jalan dan terus berlari kearah gadis itu. Aku adalah orang pertama yang melihat kejadian itu.


Bila dekat, aku merasa serba - salah. Aku tiba - tiba sahaja seperti orang yang kebingungan. Aku seperti tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Walaupun aku mempunyai sijil CPR. Tetapi keadan si gadis itu yang membuatkan aku menjadi buntu.


Si gadis hanya berbaju t sendat, menampakkan bahagian pusat dan berseluar pendek. Berkulit putih gebu. Wajahnya memang cantik. Berambut perang.


Aku pandang sekeliling, orang ramai sudah berkerumun. Tanpa berlengah aku angkat si gadis lalu diletakkan kembali diatas bahu jalan. Supaya tidak mengganggu lalu lintas.


Sekali lagi aku merasa serba salah. Bayangkan bagaimana keadaan si gadis itu yang cedera, dengan pakaian yang seksi dan terbaring ditepi jalan. Memang AIB apabila auratnya terdedah. Dan dalam keadaan begitu, MAAF CAKAP - orang lelaki sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk melihat !


Ya Allah. Aku terfikir untuk membuka serban yang aku pakai untuk menutup bahagian aurat si gadis yang boleh merangsang nafsu kaum lelaki. Tiba - tiba mata aku terpandang seorang kakak yang berada disitu. Dengan penuh hemah aku berbisik "kak, maaf ya, saya nak minta tolong sikit, kalau boleh akak pinjamkan jaket akak, sebab saya nak tutup kaki gadis tu' pintaku dengan sopan.


Dan Alhamdulillah si wanita itu memahami keadaan tersebut. Dibukanya jaket yang dipakainya dan ditutup bahagian kaki si gadis itu. Dan dalam masa beberepa minit kemudian, hasil usaha seorang pakcik yang berada disitu, si gadis telah sedar dari pengsan.


Dan tidak lama kemudian, ambulan yang dipanggil telah tiba. Sekali lagi aku serba salah. Ramai yang menyuruh aku pergi bersama si gadis itu. Namun, aku tidak membawa telefon bimbit.


Dan sebenarnya, hakikatnya ialah, aku memang FOBIA dengan AMBULAN. Kerana aku pernah dibawa dengan ambulan beberapa bulan yang lalu dan hampir mati didalam ambulan.


Alhamdulillah, sewaktu dalam saat cemas itu, tiba - tiba seorang gadis lain, menawarkan dirinya, kerana katanya gadis malang itu adalah jiranya.

Thursday, January 15, 2009

ZIONIS adalah PEMENANG.

Kedai RUNCIT, Kedai Burger.


Zionis sedang merayakan kemenangan. Zionis sedunia sedang tersenyum gembira.


Hingga ke saat ini, semua usaha Zionis telah mencapai kejayaan. Umat Islam masih tidak dapat bersatu dalam segala segi.


Hendak memboikot, kita berpecah.
Hendak berdemonstrasi, kita tidak bersatu.
Hendak bersuara, kita tidak sekata.


Inilah akibat dari umat Islam yang telah jauh meninggalkan Al Quran dan Sunnah Nabi.


Sewaktu umat Islam di Palestin sedang berdebar jantung, menantikan hujan peluru dan bom. Umat Islam di Malaysia pula sedang berdebar menunggu keputusan Anugerah Juara Lagu 2008.


Usai bersalaman dengan jamaah setelah selesai solat Isyak berjemaah. Aku terus ke gerai menjual burger. Sebuah gerai kecil yang diusahakan oleh seorang anak muda dikampong aku.


Akibat tidak tahan mendengar rengekan dari anak - anakku untuk makan burger. Lalu, adik ipar aku yang memang rapat dengan anak - anakku, terus sahaja menghulurkan sedikit wang kepada aku "bang, beli burger 10 biji."


Sewaktu tiba digerai burger itu, telah ada beberapa orang sedang menunggu burger yang sedang dimasak. Aku terus sahaja memesan burger.


Sewaktu aku sedang menunggu burger dimasak, baru aku perasan, rupa - rupanya ada tiga orang sedang bekerja digerai itu. Dan ketiga - tiganya aku kenal.


Lalu aku menegur dengan ramah "hai, tiga - tiga sekali bisnes disini?"


"Aha ... tak menang tangan sekarang bang" lalu dijawab oleh anak muda yang mengusahakan gerai burger itu. Aku terus bertanya lagi "banyak ke burger yang dijual sekarang?"


"Alhamdulillah bang, kalau dulu, nak jual 30 biji sehari pun susah, tapi sekarang, 50 hingga 100 biji pun boleh, dan sekarang saya kena buka awal, dari pukul 6 petang sampai malam" pemuda itu menjelaskan panjang lebar, sambil bibirnya terukir senyuman.


Aku terus bertanya "kamu jual burger jenama apa?"


Dengan spontan pemuda itu menjawab "Ramly Burger."


Aku tidak pasti adakah situasi yang sama berlaku ditempat lain. Tetapi, seandainya sama, maka ini adalah rahmat dari Allah. Ini adalah hikmah disebalik apa yang berlaku.


# Inilah KESAN KECIL akibat dari BOIKOT.
# Gambar diatas tiada kena mengena dengan entri ini.
# Ada juga yang memberikan fikiran yang agak 'ekstrim'. Andainya TESCO ditutup. Berapa banyak kedai runcit yang perlu dibuka, dan berapa ramai orang Malaysia yang boleh bekerja didalam kedai runcit itu.


Tapi ada satu perkara yang menggemparkan akan aku ceritakan dientri akan datang. Aku baru terbaca sebuah buku yang meramalkan apa yang akan berlaku pada tahun 2009. Dan peristiwa itu telah berlaku. Tunggu ...

Wednesday, January 07, 2009

DUA BENUA, DUA ALAM YANG BERBEZA.

HARMONI dibumi MALAYSIA
HURU HARA dibom PALESTIN.


Hari pertama persekolahan. Aku menemani anak kelima disekolah, yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Pelbagai gelagat yang dirakam.


Yang paling menarik perhatian aku ialah, terdapat ibu dan ayah yang lebih teruja untuk duduk didalam kelas berbanding anak – anak mereka. Kelihatan mereka begitu menjaga dan memberikan lebih perhatian kepada anak – anak.


Memang betul zaman sudah berubah, ada ibu dan bapa yang duduk disebelah si anak dan mengambil gambar foto. Sambil berposing dengan si anak. Untuk kenangan sempena hari pertama persekolahan si anak dalam tahun satu.


Ibu dan bapa yang berada diluar kelas hanya tersenyum dengan gelagat ibu dan ayah yang berada didalam kelas. Para guru pula terpaksa menahan sabar, senyum dalam geram. Namun, suasana begitu harmoni.




Huru hara, dibom (Di Palestin).


Perasaan bercampur baur. Aku yakin dan pasti, seluruh rakyat Malaysia berasa simpati yang teramat sangat dengan kejadian yang berlaku kepada saudara kita di Palestin.


Geram, marah, sedih, benci, bercampur baur. Aku perhatikan, ada wanita yang begitu emosi sewaktu bercakap tentang nasib umat Islam di Palestin, hingga menggeletar jari tangan mereka, menahan kemarahan yang teramat sangat.


Aku tidak pasti, adakah rakyat Malaysia yang berani dan nekad untuk pergi ke bumi Palestin untuk berjuang bagi mendapatkan SYAHID, kerana menentang Yahudi @ Israel LAKNATULLAH.


Aku berseru kepada semua. Hendak terbang ke Palestin untuk berjuang, ada yang kata risiko terlalu tinggi. Hendak boikot barangan Yahudi @ Israel LAKNATULLAH, kita masih teragak – agak dan masih tidak bersatu dalam tindakan. Maka usaha terakhir kita sebagai umat Islam ialah berdoa sahaja.


Andainya berdoa juga kita tidak lakukan. Maka aku tidak tahu apa lagi yang boleh kita lakukan. Tanda – tanda kiamat sudah begitu banyak dan tidak terkira lagi.


# *Gambar : Meratap...seorang lelaki Palestin meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza.


Aku berasa gerun bila memikirkan tentang hal yang akan berlaku seterusnya. Bila aku menyatakan bahawa kemuncak kezaliman oleh Yahudi @ Israel LAKNATULLAH. Diwaktu itulah Nabi Isa akan diturunkan, diwaktu itulah Imam Al Mahdi akan muncul dihadapan Ka’abah. Dan Dajjal LAKNATULLAH akan menunjukkan kekuatannya.


Usai memberikan tazkirah. Lalu anak aku bertanya “abah, macam mana rupa Nabi Isa, Imam Mahdi dan Dajjal?”

Thursday, January 01, 2009

TEMPAT RUJUKAN DAN PERANCANGAN 2009

Kalendar. Diari. Blog.



Catatan 1 - Kalendar.


Kalau tahun 2008. Tiada satu pun kalendar yang tergantung dirumahku. Tetapi tahun ini, setiap bilik, ruang makan, dapur, dan diatas meja tulis pun ada kalendar. Semuanya diperolehi secara percuma.


Ada yang diperolehi sewaktu membeli barangan di Econmart. Ada yang diperolehi dari kedai mencuci gambar. Ada yang diperolehi sewaktu membeli pakaian sekolah. Yang paling aku suka, sebab semuanya 'kalendar kuda'.


Aku yakin, kalendar kuda adalah pilihan ramai. Kerana ianya seperti 'lengkap' dengan maklumat tentang cuti di Malaysia.


Dan kalendar pemberian dari Lembaga Zakat Selangor, melengkapkan pengumpulan kalendar tahun ini. Kerana kalendar itu mencatatkan waktu solat.


Semoga 2009 akan membawa kebahagiaan, kesejahteraan, kejayaan dan sukses dalam segala bidang buat keluarga aku. AMIN.



Catatan 2 - DIARI.


Ini merupakan satu keperluan. Dan ada yang menjadikannya satu perkara yang mesti. Sebenarnya, diari terus berfungsi untuk mengingatkan tentang banyak perkara. Catatan peribadi, catatan harian, setiap kejadian yang telah berlaku dan perancangan masa hadapan.


Malah diari adalah lebih khusus dalam 'penyimpanan maklumat rahsia pemiliknya.'


Kalau dahulu, aku sering memiliki lebih dari satu diari. Sebab, ada yang aku beli, dan ada yang dapat secara percuma. Maklumlah, dahulu sebagai seorang yang berjawatan dalam syarikat. Banyak syarikat yang memberikan diari dan kalendar percuma.


Tetapi bagi tahun 2009 ini. Aku hanya membeli sebuah diari 'planner.' Cukuplah untuk mencatatkan perkara penting. Dan pelan perancangan bagi tahun ini.


Pada muka hadapan, perlu ditulis biodata dan maklumat ringkas pemiliknya. Dan pada muka surat dalam, barulah dicatitkan AZAM dan IMPIAN untuk tahun 2009.


Biarlah AZAM dan IMPIAN itu 'realistik' dengan kemampuan kita.


AZAM dan IMPIAN aku untuk tahun ini:

1 - Mendapat kerja tetap, berpandukan kepada kelayakan dan kemampuan aku.
2 - Mendapat pendapatan sampingan dari bisnes jualan langsung sekurang - kurangnya RM1,000 sebulan.
3 - Mencapai sasaran menjual novel, minimum sebanyak 30 buah sebulan.


Itu adalah diantara sasaran yang berada didalam perancangan.


Pelan perancangan telah diatur dan dibuat secara terperinci. Matlamat atau sasaran ialah untuk mencapai simpanan sebanyak RM5,000 bagi tahun 2009.



Catatan 3 - BLOG.


Selain dari kalendar dan diari. Zaman sudah berubah. Kini, kita sebagai 'BLOGAWAN' mempunyai satu lagi alternatif untuk mencatitkan segala yang kita fikir boleh dan perlu untuk dikongsi bersama iaitu - BLOG.


Kalau diari, ia adalah catitan peribadi yang kebanyakannya tidak boleh dikongsi bersama. Tetapi berlainan dengan BLOG. Dimana pemilik blog boleh sahaja berkongsi suka dan duka, pengalaman dan ada ketikanya boleh 'memberi teguran' secara 'tidak langsung' kepada insan - insan tertentu.


Namun ada satu perkara yang sering menjadi keluhan dan sikap kurang enak didalam dunia blog. Dimana, ada juga pengunjung blog yang TIDAK TAHU MENGHORMATI perasaan pemilik blog. Dimana mereka ini memberikan teguran yang tidak menepati PRINSIP UKHUWAH didalam Islam. Mereka beranggapan BEBAS untuk meninggalkan jejak, tetapi tulisan yang ditinggalkan sebenarnya 'mengguris perasaan' pemilik blog.


Bagi aku, mereka yang digelar 'Anonymous' sebenarnya adalah manusia HIPOKRIT dan PENGECUT !!!


Apapun, yang penting, kepada blogawan semua. Selamat menyambut TAHUN BARU ISLAM, Selamat menyambut MAAL HIJRAH. Dan selamat menyambut tahun baru 2009, dengan semangat dan azam baru.

Wednesday, December 10, 2008

REBUT PELUANG !

Jangan lepaskan peluang !


Sewaktu menghadiri rumah terbuka, adik ipar aku yang diadakan pada Hari Raya Aidil Adha. Masing - masing memperkatakan tentang tentang krisis ekonomi global dan juga tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.


Semuanya memperkatakan tentang dua peristiwa penting itu dari persepsi dan dari kaca mata masing - masing.


Ya, semuanya bersetuju tentang satu perkara. Iaitu itulah dinamakan TAKDIR !


Akhirnya aku mengambil peluang yang masih tersisa, sebelum berangkat pulang, dengan melontarkan satu pandangan.


Kalau semuanya bersetuju bahawa ini adalah 'kerja tuhan'. Kenapa kita harus melepaskan peluang. Kita kembali kepada fitrah. Bukankah agama Islam adalah agama FITRAH ? Yang sesuai dengan semua golongan ? Dan yang penting kita mengharapkan KEREDHAAN ALLAH ?


Bagi diriku ini adalah masa nya, inilah waktunya, inilah detik dan ketikanya kita perlu merebut peluang yang ada. Maka kita laksanakan seluruh sistem kehidupan manusia mengikut apa yang digariskan didalam Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah.


Teruskan kepada matlamat hidup kita iaitu mendapat keredhaan Allah. Maka laksanakan sistem Ekonmi Islam. Jangan bertangguh lagi !


Cuba fikirkan tentang satu perkara. Setiap pusingan 10 tahun. Dunia akan mengalami dan menghadapi krisis ekonomi global. Jutaan manusia menderita. Dan pakar - pakar ekonomi Islam menyatakan bahawa Sistem Ekonomi Islam mampu membawa keluar manusia dari kemelut ini. Tetapi semuanya TAKUT untuk melaksanakannya. Semuanya hanya pandai berteori dan berseminar.


Kenapa perlu takut ? Bukankah sistem ekonomi Islam adalah sistem yang 'ditunjukkan' Allah. Tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh alam ?


Jadi pada hemat ku. Yang menyebabkan seluruh manusia, khususnya umat Islam masih takut atau tidak yakin untuk melaksanakannya adalah kerana, masing masing 'keras kepala' dan hendak 'menunjukkan' kepada Allah, bahawasanya 'otak manusia' adalah lebih bijak dan lebih hebat dari Allah !


Ingatlah wahai kaum Muslimin. "DUIT ADALAH KERJA TUHAN!"

Wednesday, August 08, 2007

Happy Birthday Singapore


SELAMAT HARI KEBANGSAAN SINGAPURA - yang ke 42 tahun.

9 hb Ogos 2007.

40 tahun yang lalu. Di Pulau Republik Singapura. Aku dilahirkan. Disitulah tanah tumpah darahku.


Kini aku telah menjadi rakyat dan warga negara Malaysia. Taat dan setia, tetap pada negara ini. Namun kedua - dua negara tetap menjadi sebahagian dari rakaman sejarah hidupku.

Perayaan Hari Kebangsaan Singapura akan diadakan di Marina Bay. Mendapat makluman dari saudara aku yang berada disana, sambutan pada tahun ini adalah yang paling "Grand". Seluruh Pulau Singapura "disaluti" oleh bendera negara tersebut, yang berwarna merah dan putih. Suasana malam bergemerlapan. Yang menjadi lebih hebat kerana perbarisan hari kebangsaan akan diadakan diatas satu kawasan yang dahulunya adalah laut, dan kini terkenal dengan nama - Marina Bay.




Kepada saudara - mara dan sahabat handai yang menetap dan menjadi warga negara Singapura. Aku ucapkan TAHNIAH dan Selamat Maju Jaya - MAJULAH SINGAPURA.

Dibawah adalah lagu kebangsaan negara Singapura - MAJULAH SINGAPURA.


Mari kita rakyat Singapura
Sama-sama menuju bahagia
Cita-cita kita yang mulia
Berjaya Singapura
Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Majulah Singapura
Majulah Singapura






Wednesday, February 14, 2007

andainya isteri sakit ...

Renungan buat diri sesiapa yang mempunyai isteri ya.....

Suami-suami yang berada di depan komputer... (Isteri pun boleh baca).

Yang belum kahwin pun lagi lah digalakkan membaca..

PER: JIKA ISTERI KITA SAKIT

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.

Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul.

Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik bacaan untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.

Kita pun bertanya, "Sakit ke?"...Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik bacaan, sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau jogging. Dalam hati kita berkata, 'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata. "Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun, nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje. Tengok TV pulak...sepatutnya ajaklah ke klinik......". Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah..nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik." Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening- morning sickness".

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebih pun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak, "Emak mana?" Anak jawab, "Dalam bilik ". Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita dibelakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam...dan sebagainya supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan tawarkan cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbaloi untuk dibawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini.

Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ....." Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu.

Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.

Selamat mencuba!