Pantas. Mesra. Cekap. Tepat. (1)
Tepat pukul 8.30 pagi. Kenderaan jenis Toyota Vellfire milik Ustaz Haji Abdul Rasyid telah tiba dihalaman rumah aku. Aku tidak pernah bimbang berurusan dengan Ustaz Rasyid. Beliau merupakan seorang Ustaz @ Mudir @ Ulamak yang paling profesional yang aku pernah temui selama ini. Seorang yang amat berpegang kepada ketepatan waktu. Mudah dan bersahaja sewaktu beliau memberikan teguran satu ketika dahulu "Orang yang tidak menepati waktu ialah seorang yang Fasik dan Munafik!"
Tidak menunggu lama. Setelah memasukkan barang keperluan didalam kereta. Kami terus sahaja bergerak. Menuju Singapura !
Kami singgah sebentar di hentian Pagoh. Usai melapik perut, kami meneruskan perjalanan yang begitu lancar. Kami tiba di Bandaraya Johore Bahru tepat pukul 12.00 tengahari. Ini bermakna kami hanya mengambil masa selama 3 jam sahaja dalam perjalanan.
Kami mengambil kesempatan untuk singgah dibeberapa tempat. Singgah dirumah sanak saudara Ustaz Rasyid dan kami sempat mencuci kereta dibengkel, dan terus mengisi minyak.
Tepat pukul 3.30 petang. Kenderaan kami selamat melintas Tambak Johor dan Woodlands. Pergerakan kami begitu lancar. Usai membeli 'TollPass' dihentian Imigresen Singapura. Kami terus bergerak masuk kedalam negara Singapura. Kenderaan kami meluncur dengan penuh berhati - hati sewaktu memasuki Lebuhraya PIE- Changi.
Ustaz Rasyid terpaksa memandu dengan berhati - hati. Maklumlah, inilah kali pertama dia masuk kedalam negara Singapura dengan berkereta, setelah 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke Pulau Singapura.
Aku pula agak kabur. Maklumlah, inilah kali pertama aku masuk ke Singapura dengan berkereta. Selalunya aku masuk dengan perkhidmatan KTM. Dan lebih banyak menggunakan perkhidmatan awam di Singapura yang begitu effisen, cekap, cepat dan tepat !
Nasihat aku kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melancong ke Singapura. Tidak perlu bawa kereta. Gunakan sahaja kenderaan perkhidmatan awam.
Bersambung ...
No comments:
Post a Comment