Sunday, October 10, 2010

KE SINGAPURA. Bah (2)


Pantas. Mesra. Cekap. Tepat. (1)


4 hb Oktober. Isnin. Selesai bersarapan pagi ala kadar. Kami - aku, Ustaz Rasyid, Azizah (sepupu aku) dan ayah saudara aku berangkat keluar dari rumah, tepat pukul 8.30 pagi. Terdapat sedikit kebimbangan disanubari aku, seandainya urusan dijabatan pemerintah Singapura akan mengambil masa yang panjang.


Sewaktu sedang berjalan menuju stesen bas paling hampir dengan kediaman kami. Ustaz Rasyid bertanya kepada aku "Kalau dilihat keadaan sekeliling, dengan puluhan dan ratusan flat, mestilah penduduk sini begitu ramai, puluhan ribu, tetapi saya hairan, orang ramai yang kelihatan begitu sedikit, boleh dikira dengan jari, kemana orang ramai atau penduduk disini ..? dan paling terkesan ... keadaan sekitar ... sungguh bersih ... tidak kelihatan langsung sampah bertaburan!" Aku hanya tersenyum.


Aku baru sahaja hendak duduk dikerusi. Bas sudahpun tiba. Kami terus menaiki bas. Sekali lagi Ustaz Rasyid memberikan komen "Hai ... tunggu tak sampai 5 minit? bas dah sampai!"


Aku hanya tersenyum dan mendiamkan diri.


Kami tiba di Stesen Pertukaran MRT Pasir Ris. Sewaktu masuk sahaja ke dalam kawaan stesen MRT tersebut. Ustaz Rasyid diam tanpa bicara. Dia hanya memerhatikan sahaja. Urusan tiket telah selesai. Dan kami terus menaiki tangga bergerak. Tren telahpun berada diatas. Orang tidak begitu ramai. Maklumlah, stesen Pasir Ris adalah stesen atau hentian Pertama / Penghujung.


Kami berhenti distesen atau hentian Lavender. Dan kami transit atau membuat pertukaran stesen ke Kallang.


Orang begitu ramai. Namun, semuanya bergerak pantas. Seluruh sistem berjalan lancar dan tanpa sebarang gangguan.


Naik sahaja ke atas. Kami terus masuk kedalam bangunan Immigresen Singapura (ICA - Immigration & Checkpoints Authority of Singapore). Bangunan ICA terletak bersebelahan dengan Stesen MRT Kallang, di Kallang Road.


Aku dan Azizah terus bertemu dengan pegawai kaunter (pegawai lelaki) yang dengan ramah, mesra, aktif dan sentiasa tersenyum. Kami ditunjukkan tempat untuk berurusan. Setelah mengambil nombor giliran. Aku sempat duduk sebentar sahaja, apabila nombor giliran tiba. Kelihatan seorang wanita Cina berusia dalam lingkungan usia 46 tahun menunggu dimuka pintu menyambut kami.


Terus sahaja pegawai wanita itu bertanya keperluan dan masalah kami. Azizah terus menyatakan tujuan kami datang ke pejabat ICA. Sambil berbincang, aku menyerahkan semua dokumen yang ada.


Kami berbual seolah - olah berurusan tentang bisnes lagaknya. Sungguh mesra layanan yang diberikan. Begitu lemah lembut butir bicara. Tampak amat profesional dalam tugasan.


Aku berasa sungguh terharu dengan sikap profesional yang ditunjukkann. Dalam tempoh tidak sampai 15 minit. Segala urusan selesai. Aku diserahkan Surat Pengesahan Tamat Tampoh untuk Si Mati. Entah kenapa disaat itu aku terasa hiba dan pilu. Kerana dengan serahan dokumen itu membawa erti Pemerintah Singapura menerima dengan sah kematian ayahku sebagai seorang warga Republik Singapura.


Usai urusan di ICA. Kami terus sahaja bergegas masuk semula kedalam stesen MRT Kallang. Mengambil tiket perjalanan ke CPF Tampines. CPF adalah sama seperti EPF di Malaysia. Begitu pantas kami berjalan, sepantas tren MRT.


Tiba sahaja di stesen MRT Tampines. Kami terus berjalan menuju ke bangunan pejabat CPF. Keadaan yang sama berlaku di pejabat CPF. Walaupun begitu ramai manusia yang sedang berurusan didalam kawasan pejabat itu. Namun, kelihatan orang ramai berurusan begitu cepat. Aku sendiri menunggu tidak sampai 10 minit beratur.


Apabila tiba dikaunter. Kami dilayan begitu mesra. Aku terfikir, bilakah sikap kakitangan kerajaan khususnya dan kakitangan kaunter kita akan setaraf dengan sikap pekerja bertaraf Kelas 1 ?


Hanya dengan 3 pertanyaan asas. Aku serahkan segala dokumen yang diperlukan. Dan. Segalanya selesai.


Keluar sahaja dari bangunan CPF. Aku termenung. Jika dikira, aku hanya berurusan selama tidak sampai 1 jam, untuk menyelesaikan segala dokumen tentang arwah Papa.


Bersambung .....

Apa kata Ustaz ?


No comments: