REALITI dan HAKIKAT.
Dalam blog, ayatnya memang bagus. Dalam FB, tulisannya menarik. Dalam Twitter, nasihatnya mengagumkan. Ramai sungguh kenalannya. Melewati negeri jajahan takluk Malaya. Merentasi sempadan benua. Mahir berbilang bahasa. Rakannya begitu ramai.
Tiba - tiba, satu hari, dalam satu pertemuan. Dia meluahkan segala isi hatinya kepada aku. Aku mendengar dengan tenang. Aku tersenyum.
Inilah dunia. Aku bertanya secara terus. Dan dia menjawab dengan jujur. Realiti kehidupannya langsung tidak sama seperti didalam blog. Hakikat personalitinya tidak seindah dipaparkan dalam FB.
"Saya rasa hendak tutup blog, fb dan twitter, saya rasa malu sangat, sebelum orang lain tahu, lebih baik saya berundur." Luahnya lagi.
Bagaimana dia boleh membuat pengakuan dihadapan aku ? Kerana selama ini, walaupun aku jarang meninggalkan jejak ataupun catatan dalam blog atau FB pemilik lain, namun aku tetap singgah. Aku suka membaca kisah orang lain. Apatah lagi catatan orang berilmu tinggi seperti - Puan Ainon, Prof Abdullah, Tuan Nordin Mohd, Tuan Zamri Mohamad, Prof Nurazzah, Cik Azzah, dan ramai lagi.
Aku kenal dia. Kami sekampong. Aku sering berbalas mesej secara peribadi. Akhirnya aku tahu siapa dia yang sebenarnya. Aku sering menasihatinya supaya bersikap jujur. Jangan sesekali menipu.
Bayangkan. Dia hebat pada pandangan orang ramai, apatah lagi rakan Blog, FB dan Twitter. Tetapi, malang sekali, jiran sebelah rumah tidak dikenalinya. Langsung tidak bertegur sapa.
Kisah moral. KENALILAH dan DEKATILAH JIRAN ANDA sebelum anda mencari rakan yang jauh.

5 comments:
itulh hidup...antara realiti n fantasi...un
betul...
Ya. Kita kena kenal jiran kita. Mulai hari ini berkanlan antara satu dengan yang lain. Berpesan pesan lah antara satu sama lain sekiranya rumah ketiadaan penghuni.
Salam Dik Long... lama juga tidak menyinggah di sini... terasa pulak bila membaca N3 tu kerana yang jauh selalu dikhabari tetapi jiran sebelah (SA & Port Klang tak jauh pun!)agak lama tak ditanya beritanya... Semoga sejahtera selalu.
begitulah yang selalu suami nasihatkan saya
agar jangan keliru
sahabat realiti yang memerlukan bantuan
dan sahabat alam maya
yang hanyalah surface
namun tidak dinafikan
dari dunia alam maya
kadang kala membina hubungan yang erat di alam realiti
Post a Comment