Thursday, September 02, 2010

TAZKIRAH RAMADAN

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU.


Subuhnya:
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya - poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru terlupa
aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan tuhanku


Zohornya:
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan tuhanku


Asarnya:
aku terlupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak - tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan
si Jebat yang derhaka siapa aku
di depan tuhanku si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan tuhanku


Maghribnya:
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
mencari sisa - sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat - tongkat
ruginya bertingkat - tingkat
siapa aku di depan tuhanku


Isyaknya:
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu - cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan tuhanku.

Kini aku menjadi tertanya - tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang
di sini jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang - bintang.


ADAB - ADAB BERDOA:

1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kotoran, hadas dan najis.
2. Memulakan doa dengan membaca 'Bismillah' dan ucapan memuji - muji Allah serta berselawat keatas Nabi Muhammad.
3. Menghadap ke kiblat.
4. Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesilapan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum tidur.
5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh - sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.
6. Berdoa dengan penuh khusyuk , tawadduk dan ikhlas serta merendahkan suara.
7. Mendahulukan doa dan permintaan diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk mereka - mereka yang lain.
8. Berdoa dan mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.
9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama samada pada makanan, minuman, pakaian atau pekerjaan.
10. Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara seluruhnya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


WAKTU YANG TERBAIK UNTUK BERDOA:

001 - Waktu Sahur.
002 - Waktu selepas azan.
003 - Waktu 1/3 malam.
004 - Waktu hujan lebat.
005 - Waktu melihat kaabah.
006 - Waktu tawaf dan saie.
007 - Waktu setiap kali selepas solat.
008 - Waktu setiap kali selepas membaca Al Quran.
009 - Waktu hampir untuk berbuka puasa.
010 - Waktu berpuasa wajib atau puasa sunat.
011 - Waktu diantara dua khutbah.
012 - Waktu diantara Iqamah dan solat.
013 - Waktu berkumpul dalam majlis ilmu atau majlis zikir.
014 - Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.
015 - Waktu semasa minum air zam - zam.



HARI - HARI YANG TERBAIK UNTUK BERDOA:

1~ Malam Jumaatdan waktu siangnya.
2~ Malam Hari Raya dan siangnya.
3~ Malam Lailatul Qadar.
4~ Malam Isrk dan Mikraj.
5~ Malam Nisfu Syaaban.
6~ Malam pertama bulan Rejab.
7~ Hari Arafah.


BULAN - BULAN YANG TERBAIK UNTUK BERDOA:

1 + Bulan Rejab.
2 + Bulan Syaaban.
3 + Bulan Ramadan.
4 + Bulan Zulhijjah.



Tempat - tempat yang terbaik untuk berdoa:

- Di rumah sendiri.
- Di Multazam, Masjidil Haram.
- Di telaga ZAM - ZAM. Masjidil Haram.
- Di Makam Nabi Ibrahim A.S.
- Dalam hijr Nabi Ismail A.S
- Dibukit Safa dan bukit marawah.
- Di raudhah masjid Nabi iaitu masjid Nabawi.
- Di tempat - tempat mulia yang lain seperti masjid, surau dan rumah ibadah.
- Dalam masjidil haram di kala melihat Ka'abah atau sisinya.
- Di tempat - tempat wajib haji seperti di Mina, Muzdalifah, Arafah dan di tiga jamrah.



Hadi's Nutri Meal. "Bersahur, sepeket pun dah cukup..."

Hadi\
HADI'S diadun daripada 17 bijirin terpilih yang berkhasiat. Diperkaya dengan zat vitamin, mineral dan serat untuk memastikan anda dan keluarga kekal sihat dan cergas sepanjang bulan Ramadan. Buat ibubapa prihatin. Sediakan sepeket untuk anak - anak yang akan menghadapi peperiksaan. Minuman ini berupaya untuk menjaga sistem penghadaman dan mencerdaskan minda.

2 comments:

Mak Su said...

tq abanglong, salam syawal dan moga gembira selalu, maaf lahir batin

chekdenoor said...

Selamat Menyambut Hari Lebaran.
Mudah-mudahan, kita semua memperolehi keberkatan.

Maaf jika ada terkasar bahasa.