Tuesday, September 21, 2010

AL FATIHAH. "Kami sayang papa, namun kami reda !"


Waktu: 11.56 am.
Tarikh: 16/09/2010.


Ayahku - MOHAMMAD ZAINI BIN ABDUL HAMID. Menghembuskan nafis terakhir dalam ketenangan. Dikelilingi oleh seluruh ahli keluarga. Setelah berada dalam keadaan koma selama beberapa jam sebelum meninggalkan kami buat selama - lamanya.


Terdahulu, selama beberapa bulan, keadaan kesihatan ayah begitu membimbangkan. Ingatan ayah tidak begitu memuaskan. Namun, masih berupaya untuk berbual dan menjamah makanan.


Ayah dibela dengan begitu rapi oleh ibu dan adik lelaki aku. Ibu juga kurang sihat, namun digagahkan juga diri yang telah tua dan uzur itu untuk terus menjaga ayah. Nazmi Faisal, adik pertama yang paling banyak memberikan masa dan tumpuan untuk menjaga ayah.


Memang ironi. Inilah kuasa Allah. Ayah dilahirkan di Singapura, bersekolah dan bekerja di Singapura. Bila pencen, ayah terus menetap bersama ibu dan adik - adik di Taiping. Sewaktu uzur, juga dijaga oleh ahli keluarga di Taiping. Namun, ketentuan Allah. Beberapa hari selepas hari raya, adik perempuan aku - Nur Fatiah membawa ayah dan ibu kerumahnya di Sri Kembangan.


Tanpa disangka, keadaan ayah semakin uzur dan semakin membimbangkan. Kami sekeluarga berbincang dalam keadaan genting. Akhirnya isteri aku mengusulkan supaya ayah dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang, supaya memudahkan urusan penjagaan dan lawatan, kerana tugasan aku yang agak ringan.


Sewaktu di Hospital TAR, Klang. Ayahku terus dimasukkan kedalam wad kecemasan untuk rawatan rapi. Selepas pemeriksaan rapi dan selepas mendapat pandangan dan penjelasan dari Doktor pakar yang memeriksa. Ayah mengalami strok dibahagian kepala, dan mengalami kekejangan. Akhirnya kami bersepakat untuk membawa ayah pulang kerumahku di Kampong Delek, Klang.


Sewaktu dirumah. Usaha dilakukan dengan bacaan doa, tahlil dan yaasin oleh seluruh ahli keluarga. Malahan, kami dibantu oleh pelajar tahfiz dari 2 buah pusat tahfiz berdekatan. Begitu juga dengan sumbangan bacaan doa dan penawar oleh Mudir kedua - dua buah pusat Tahfiz.


Masuk hari kedua, iaitu pada tarikh 16hb September, jam 11.56 pagi. Keadaan ayah sudah semakin tenat dan menampakkan tanda nazak. Dihadapan kaum keluarga yang tidak henti - henti membacakan ayat - ayat Al Quran dan laungan kalimah suci. Akhirnya ayahanda yang tercinta pergi meninggalkan kami buat selama - lamanya.


Jenazah Allahyarham Ayahanda kami disemadikan di tanah perkuburan Islam Selat Klang.


Kami reda dengan ketentuan Allah.


Dikesempatan ini juga. Aku merakamkan ucapan TERIMA KASIH atas panggilan telefon dan kiriman sms yang bertalu - talu, yang datangnya dari dari kaum keluarga dan sahabat handai yang mengenali diriku dan keluarga kami.


Begitu juga dengan kaum keluarga yang dekat mahupun yang datang dari Singapura.


Namun, dikesempatan ini juga aku ingin MEMOHON AMPUN dan Maaaf. Kepada sesiapa sahaja yang tidak mendapat berita ini dalam kadar segera. Memandangkan kesibukan dan kelemahan diriku yang terlalu banyak perkara yang mesti dilakukan pada hari tersebut, terutamanya untuk urusan jenazah dan pengkebumian.


Semalam, aku berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk tujuan pengesahan kematian ayah ku.


Marilah sama - sama kita sedekahkan surah AL FATIHAH buat Allahyarham MOHAMAD ZAINI BIN ABDUL HAMID. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan kedalam golongan orang - orang yang saleh. AMIN.


8 comments:

Sabiah said...

takziah buat arwah ayahanda abg long.

aNIe said...

AL-FATIHAH buat ayahanda abang Long... semoga rohnya dicucuri rahmat... dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman... patutlah abang long sunyi di FB ...

Takziah dari akak buat keluarga abang long...bnykkan sabar dalam menghadapi kehilangan ini... kerana segalanya telah ditakdirkan dan bila sampai saatnya tidak dilengahkan walau sesaat...

m.q said...

takziah abang long
semoga roh ayahanda dirahmati ALLAH dan bersama org2 yg beriman

NzA said...

Salam takziah buat kluarga abg long...al_fatihah.

mama sy pn skrg brada di ICU dlm keadaan kritikal..doakan mama sy....

http://4fn1mn.blogspot.com/2010/09/dairy-mama.html

Tie said...

Takziah dari Tie buat Abang Long sekeluarga.

Web Sutera said...

Takziah untuk Abang Long dan keluarga. Sesungguhnya cukuplah kematian itu peringatan untuk para Mukmin.

cikMilah said...

Takziah Abang Long dan keluarga.. Sabar dan redha keran itulah yang terbaik.

AlFatihah untuk aruah

sally said...

Alfatihah untuk ayah abg Long dan takziah dr saya buat keluarga abg Long. Minta maaf baru hari ni saya dapat tahu...