Jalan - Jalan Cari Makan.
Sepanjang aku mengikuti program yang dibuat oleh pendakwah ini, aku dapati ada satu perkara yang benar - benar hampir sama antara aku dan pendakwah ini. Iaitu, kami sering bergurau dan menikmati makanan dan minuman yang sama.
Kali ini, aku akan menceritakan tentang bagaimana kami menjadi semakin arif dalam urusan mencari makanan atau minuman yang paling sedap.
Sepanjang penjelajahan aku seluruh Selangor ini. Dalam tempoh beberapa minggu ini. Aku dan pendakwah bebas ini akan memilih untuk menikmati air Lai Chee Kang. Bukan air LCK sejuk, tapi yang panas. Tetapi kami akan meminta ais ketul diasingkan.
Hampir beratus gerai, warung dan restoran yang kami singgah. Terlalu mendukacitakan, tidak ada satu warung pun yang boleh diberikan anugerah atau piala AIR LAI CHEE KANG TERSEDAP ! Nahi, nahi !
Bagaimana kami membuat penelitian ? Mudah sahaja. Kami pernah minum LCK di sebuah restoran di Kota Cornwallis, Pulau Pinang, dan kami dapati air LCK disitu adalah paling sedap. Satu mangkuk boleh dikongsi berdua. Isinya banyak dan pelbagai bahan dimasukkan kedalamnya. Bau atau aromanya memang membangkitkan perasaan ghairah untuk menikmati setiap isi sudu yang dimasukkan kedalam mulut.
Ops ... Maaf. Ramai yang sudah bertanya satu soalan yang paling utama.
Abang Long bekerja dengan siapa ?
# Natikan jawapannya dalam entri akan datang ... :)
Yang pasti, sedikit dari rupanya disiarkan. Baru kelihatan tangannya.
5 comments:
lai chee kang..sedapnya ..
sedapnye lai chee kang..feveret sy tu abg long..hehe
mm,byk cerita abg long sy tertinggal ni..nnti sy flash back blk.. : )
btw,abg long mmg dah masuk friend list FB sy,maybe abg long tk perasan kot..
Tie suka yang sejuk. Susah sangat cuba buat sendirilah Abanglong. Buah2 kering tu boleh di beli di kedai hypermarket je.
perghh lama x layan lai chee kang ni slurrpp
Abang Long...air LCK itu begitu mengujakan...cik abang akak suka air ni...kalau ke gerai mana pun ada LCK dia mesti order yang sejuk...sebab dia memang suka LCK sejuk
Post a Comment