6 bulan berjalan, menjalani dan perjalanan.
Ramai yang sudah tahu dan ramai juga yang belum tahu tentang satu perkara - APA KISAH ABANG LONG SEKARANG ?
Diruangan ini, aku akan mendedahkan apa yang telah berlaku kepada diri aku selama 6 bulan ini. Hanya perkara yang sensitif dan ada unsur 18SX sahaja yang tidak akan dipaparkan. :)
Bermula dari bulan November 2009. Bolehlah dikira sebagai waktu akhir sempadan azab dan sengsara serta derita selama hampir 3 tahun. Aku hampir tumbang. Namun, Alhamdulillah, masih ada ramai sahabat yang menjadi 'tongkat sakti' diwaktu itu, yang memapah aku dengan perasaan KASIH SAYANG dan UKHUWAH sesama MUSLIM.
Bermula dari bulan 9, adalah waktu kemuncak. Dimana, tanpa disangka, aku meluahkan perasaan (seumpama gunung berapi meluahkan lahar). Dihadapan sekumpulan Ulamak dan para ustaz. Aku menceritakan segala - galanya tanpa perasaan malu.
Kerana bagiku KELUARGA adalah paling utama. Setiap SEN adalah NYAWA !
Akhirnya, ketentuan Allah. Seorang ustaz yang juga pendakwah bebas dan merupakan mudir disebuah pusat Tahfiz. Telah bersedia untuk mengambil aku menjadi seorang staff di pusat tahfiz itu.
Yang paling menarik ialah, Ustaz itu mengambil aku bekerja tanpa melalui SESSI TEMUDUGA. Kerana, seperti yang telah aku nyatakan bahawa. Aku TIDAK MAHU untuk ditemuduga. Aku benar - benar kesal dan tersangat kecewa dengan proses temuduga.
Maka, bermulalah episod aku bekerja dan berkhidmat dengan pusat tahfiz tersebut. Pelbagai pengalaman telah aku timba. Bila aku dan ustaz tersebut menghadiri pelbagai jemputan program di seluruh negara.
Apakah tugas hakiki Abang Long ? :)
Tugas aku begitu rencam, dan yang pastinya, tugas aku langsung tidak sama dengan cara dan corak aku bertugas di syarikat perkapalan.
Aku bertugas sebagai PEMANDU (Drebar - bahasa mudah).
Sebagai PA,
sebagai Penulis Blog,
sebagai PEGAWAI PENGIKLANAN,
sebagai PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM,
sebagai PENIAGA PRODUK MUSLIM,
sebagai PENYAMBUT TETAMU,
sebagai JURUGAMBAR yang langsung tidak professional (atas nama JURU FOTO KOMTAS),
sebagai KERANI KAUNTER,
dan sesekali sebagai IMAM TUA.
Pendapatan aku berpandukan kepada margin keuntungan perniagaan harian. Inilah rezeki yang Allah berikan kepada kami sekeluarga. Samada cukup atau tidak, itu urusan Allah. DIA yang menghidupkan dan DIA yang mematikan segalanya.
Yang pasti kami sekeluarga wajib berjimat dalam segala urusan. Alhamdulillah, kalau dahulu, selama 3 tahun, aku langsung tidak punya apa. Dan sekarang, sekurang - kurangnya sekarang ada juga beberapa sen dalam poket. ALHAMDULILLAH.
Kehidupan aku sekarang adalah bersama pusat tahfiz ini. Dari selepas Subuh, aku akan berada di pusat tahfiz itu. Dan program akan bermula dari jam 6 petang. Khususnya program kuliah Maghrib.
Banyak lagi akan aku ceritakan dalam blog ini. InsyaAllah, bersambung lagi ...
TERIMA KASIH KHUSUS kepada penulis blog, HANYA ANDA dan Allah sahaja yang MAHA MENGETAHUI siapakah yang telah menghulurkan sumbangan kepada Abang Long.
Setiap kali pelajar tahfiz berdoa. NAMA - NAMA KALIAN sentiasa aku sematkan dalam doa itu.
AMIN.
#Eh, apa kena mengena dengan gambar Lai Chi Kang dalam entri ini ? Jawapannya dalam entri akan datang. Hehehe ....
8 comments:
Alhamdulillah.... semoga abanglong dan keluarga sentiasa dirahmatiNya.
Salam Abg Long
semoga aBangLong dan keluarga dimurahkan reseki lagi selepas ini
Assalamualaikum...
Syabas Abg Long...
Inilah berkat kesabaran...
Sehingga bertemu lagi...
Alhamdulillah, rezeki ttp ada cuma lambat n cepat...sy xjemu ,mengikuti prkembangan abg long sedari kenal smpai kini.....
sungguh sedap laichikang tuh,
salamm,
Salam Abang Long,
ALhamdulillah syukur ke Hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan rezeki buat abang Long sekeluarga..setelah menjalani satu fasa kehidupan seumpama satu tempoh ujian...Alhamdulillah juga Abg Long telah berjaya melalui tempoh fasa tersebut tanpa terujis sedikit pun Iman di dada...malah boleh dikatakan dugaan, cabaran dan ujian tersebut telah menambahkan lagi IMAN Abg Long...
Ketahuilah bukan semua orang dapat melalui fasa tersebut dgn jayanya, hatta diri akak ni yg sedang berkata-kata...tidak tentu lagi akak akan berjaya diuji begitu...
Semoga kehidupan Abg Long akan sentiasa dilimpahi Rahmat dan Hidayah dari Allah SWT...
Pls sms akak ya...nak tahu no hp abg long...masih yg lama atau sudah bertukar??
Wslm,
Kak Azzah8
alhamdulillah ye abglong ..semoga dimurahkan rezeki utk abglong sekeluarga amin
Semoga Allah mudahlan lorong...untuk bangkit selepas gangguan itu.....
Abang Long...saya juga pernah melaluinya. Tapi tidaklah sesukar dugaan yang abang Long terima... Semoga sentiasa kuat!
Post a Comment