Tuesday, February 23, 2010

Pantai Cherating.


Pantai Cherating.


Aku menghirup udara panas pantai Cherating, Pahang. Kenapa udara panas ? Kerana memang hari itu panas, dan udara yang bertiup terasa habanya. Namun, aku tetap bersenang dan bersantai di pantai itu.


Aku berjalan sambil sengaja membenamkan kaki kedalam pasir sepanjang pantai. Sambil berjalan, aku melihat suasana sekeliling yang benar - benar mendamaikan. Memang mendamaikan bagi seorang yang telah begitu lama terperuk didalam rumah.


Namun, seperti biasa, ditepian pantai. Satu perkara yang tidak mampu dan tidak boleh malah tidak berupaya dielakkan ialah melihat gadis, perempuan dan wanita yang memakai bikini, malah ada yang berani memakai pakaian yang hampir - hampir kelihatan mendedahkan seluruh bentuk tubuh.


Ini baru Cherating ! Bisik hati aku.


Tiba - tiba sahaja aku terfikir. Bagaimana kalau dijalankan program rehlah. Dimana, orang ramai dijemput untuk menghadiri program - IBADAH, UKHUWAH & SANTAI CERIA bersama keluarga di kawasan pantai.


Orang ramai bersolat beramai - ramai, berzikir dan alunan zikir itu beralun dan bergabung dengan suara ombak yang memecah pantai. Selepas itu diadakan acara sukan ala - ala 'telematch.' Makan beramai - ramai untuk mengeratkan ukhuwah dikalangan sesama kaum muslimin.


Aku suarakan idea ini kepada seorang sahabat. Lalu dia ketawa terbahak - bahak. "Cuba engkau bayangkan, sewaktu kita sedang bersolat, tiba - tiba seorang wanita berbikini memegang kamera dan merakamkan gambar kita ... hahaha."


Lalu dia bertanya soalan paling 'ganas' kepada aku.


"Waktu itu, apa engkau 'rasa' ?"


Aku hanya mampu tersenyum.

8 comments:

silversarina said...

Ooo abang long ke cerating .. dekat dah rumah akak tu :)

Akak pernah rasa dah apa yang abang long tuliskan masa bawak anak2 murid ber rehlah di pantai chendur , budak2 semua ternganga lihat minah saleh lalu berbikini , akak dah taktau nak kata apa .. memang bahaya betul , perosak minda kanak2 dan belia .

Mak Su said...

alllaaammaakkkkkk........ :(

NzA said...

rasa xkhyusuk la tu...

izman said...

ideaa tu tak salah, tapi penerimaan orang berbeza.

jauh makan angin abanglong.

Rasha_rz said...

apa lagi... abang long pun ikut mandi matahari le... bersama si gadis seksi. hehehe.. gurau je. jangan marah ha, nanti kena jual...

CikguZue said...

Banyak 'pencemaran' sekarang ni...dulu, masa sekolah, ok lagi. Selalu buat rehlah dgn kekawan dan guru2. Sekarang ni, nak bawak budak2 pun kena fikir byk kali.

Nek Cun said...

Adinda Long... apa khabaq? Biasalah tu long... kalau kat tepi pantai camtu... itu baru di Cherating, kalau di Phuket lagi hebat... sampai nekcun dan anak2 rasa malu sendiri nek berehat di tepi pantai!...

Masy said...

rasa? rasa x khusyuk la kot heheh