Tuesday, February 02, 2010

Ekspedisi Dakwah & Tarbiyyah di JANDA BAIK.

Janda Baik.


Kawasan sekitarnya memang terasa begitu nyaman. Itulah Al Sakinah. Sebuah penempatan buat pelancong. Untuk pergi menginap disitu, kita akan berjalan diatas jampatan kecil yang tergantung.


Air sungai yang begitu deras mengalir, menyebabkan terasa sedikit gementar tika melaluinya, apatah lagi dengan jambatan gantung yang bergoyang.


2 hari berada disitu untuk ekspedisi dakwah dan tarbiyyah, benar - benar meninggalkan kesan mendalam buat diriku, begitu juga buat para peserta lain.

Selama ini aku hanya mendengar cerita tentang Janda Baik. Kini akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki kesini. Dan jadual serta tugasan yang agak bebas dan santai memudahkan pergerakan aku.


Paling terasa bila seluruh penghuni, pelancong dan peserta dibangunkan ditengah malam untuk melakukan tahajjud, berzikir dan bermunajat diiringi alunan deras air sungai yang mengalir. Terasa begitu tenang dan syahdu. Hingga menyebabkan ramai peserta mengalirkan air mata keinsafan yang teramat sangat.




# Al Sakinah. Gambar menunjukkan sebuah bangunan tempat melakukan solat. Bangunan terbuka. Dihadapan bangunan ini mengalir air sungai yang deras. Dan chalet terletak dibahagian belakang.

8 comments:

zara aluwi said...

Salam Abang Long,

Akak belum pernah sampai di tempat tu lagi. Membaca coretan AL membuatkan akak teruja ingin mengunjungi tempat berkenaan.

Mak Su said...

alhamdulillah.

saya pun dah lama verangan nak ke janda baik, org kata tempatnya cantik

nza said...

Seronoknya dpt menikmati alam yg indah dismping mendapat ilmu agama...2 in 1.

Tie said...

Belum pernah ke sana lagi, tapi nampak mendamaikan.

Abang Long said...

zara aluwi - Memang menarik, tenang dan mendamaikan. Saya syorkan tempat ini sebagai destinasi untuk berehat bersama famili.

Abang Long said...

mak su - Pergilah, InsyaAllah memang menarik. :)

Abang Long said...

bza - Betul tu. Alam ciptaan Allah.

Abang Long said...

Tie - Memang best :)