Wednesday, February 17, 2010

Akibat terlupa tanggal ...


Jemaah menjadi penonton.


Apa nak buat. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Perkaranya kecil sahaja. Tetapi menjadi perhatian manusia.


Aku bersolat dalam keadaan kedua belah tangan sedang memakai sarung tangan.


Kejadian berlaku tanpa aku sedari. Sudah beberapa hari, aku memandu dengan memakai sarung tangan putih. Aku rasa selesa menggunakan sarung tangan tersebut. Kalau hari panas, maka aku tidak terasa kepanasan stereng kereta. Dan, kalau hari hujan ditambah dengan kesejukan alat penghawa dingin, maka jari - jemari aku tidak sejuk ataupun kecut. Memang selesa.


Dan, sewaktu mengangkat barang - barang keluar dari kereta. Maka, sarung tangan itu juga digunakan. Jadi, mudah bicara, tangan aku tidak kotor.


Tetapi, semalam, aku terleka. Sewaktu aku keluar dari kereta. Aku melihat jemaah sedang berada dalam keadaan duduk tahiyyat akhir. Jadi, dalam keadaan tergesa - gesa, aku terus masuk kedalam surau dan terus mengangkat takbir untuk masuk kedalam solat berjemaah.


Usai bertakbir, aku terus duduk mengikut imam. Diwaktu itu, baru aku tersedar, aku masih memakai sarung tangan. Hendak buat macam mana. Aku terus bersolat. Tetapi, aku seperti tidak berapa khusyuk, kerana aku terlihat kelibat jemaah dihadapan aku yang memerhatikan aku.


Mungkin, pelbagai perkara dan pelbagai persoalan bermain di kotak fikiran mereka.


Usai solat dan memberi salam. Tanpa berlengah, aku terus sahaja menanggalkan sarung tangan dengan bersahaja.


Apa yang penting. Solat tidak batal. Namun, selepas itu, aku hanya mampu tersenyum sendirian mengenangkan akibat 'terlupa.'

8 comments:

NzA said...

dh lupa nk wat camnekn.....

Mak Su said...

hehehe... macam2 di fikiran kot

sally said...

salam abang Long.

'TER' bukan sengaja..
lagi pun solat tak batal kannn..

kakna said...

bile membayangkan.. ya agak janggal juga.. =)

cikceriacorner said...

heheheh...xpe abg long,xsengaja..xbatal pon..heheh..

silversarina said...

nak buat camen kan, dah namanya pun lupa ... akak gembira sebab akak dapat rasa abang long dah bertambah happy sekarang Alhamdulillah .

Rasha_rz said...

kak ila sangkakan, penyakit lupa hanya mengganggu kaum wanita. rupa2nya lelaki pun serupa.

p/s; kak ila dah banyak terlupa sejak akhir2 ni...

Masy said...

sibbaik sarung tngn, ade kes yg terlupa nk tanggal helmet tu lg teruk hahahah