Tunaikan AMANAH.
Dalam tempoh seminggu ini, aku berlegar - legar di sekitar kawasan Klang dan Shah Alam atas pelbagai tujuan. Pertamanya untuk mencari peluang pekerjaan. Keduanya untuk mencari peluang perniagaan. Ketiganya untuk menjalankan amanah.
Dalam tempoh lebih dari satu tahun ini. Semakin terbuka mata dan fikiran aku. Bagaimana warga negara asing hampir memenuhi pelbagai sektor pekerjaan di negara kita. Dan yang lebih jauh lagi ialah, bagaimana rakyat Malaysia 'merelakan' pengaliran wang yang begitu besar jumlahnya 'pergi' ke negara lain.
Bila aku merayau dibanyak kawasan, aku dapati semakin banyak peluang perniagaan yang hidup dan tumbuh bagaikan cendawan. Bayangkan, dikawasan sekitar kampong aku sendiri terdapat sebanyak 9 buah gerai menjual burger. Ada yang telah stabil dan ada yang 'gulung tikar.'
Sekarang, Alhamdulillah. Berkat dari usaha seorang rakan. Beliau telah memberikan idea yang begitu menarik. Sejujurnya, aku tidak pernah terfikir akan idea sebegitu. Maklumlah, hampir 20 tahun aku bekerja dan menjawat jawatan sebagai seorang Eksekutif di beberapa buah syarikat perkapalan. Kisah ini akan dipaparkan pada satu ketika yang sesuai kelak.
Alhamdulillah, hasil usaha yang berterusan dan doa yang tidak putus. Juga doa dari para sahabat dan teman penulis blog. Aku menerima pesanan demi pesanan yang tidak putus untuk mendapatkan buku atau kitab Terjemahan Muqaddam JUZ AMMA.
Ada yang memesannya untuk kegunaan diri sendiri. Dan ramai juga yang membuat pesanan untuk tujuan WAKAF, INFAK dan SEDEKAH. Alhamdulillah, amanah yang diberikan telah dapat aku laksanakan dengan baik dan sempurna.
Dimana, buku tersebut telah aku serahkan samada kepada Pengerusi Masjid, Mudir Madrasah dan Maahad Tahfiz sekitar Klang dan Shah Alam. Semoga AMAL JARIAH oleh penyumbang buku Terjemahan Muqaddam JUZ AMMA itu akan terus berkekalan. Cuba bayangkan setiap pelajar Tahfiz menggunakan buku tersebut, dan berkat dari ilmu itu diamalkan sepanjang hayatnya.
Dikesempatan ini. Aku menyampaikan ucapan TERIMA KASIH, SYUKUR ALHAMDULILLAH, JAZAKALLAH HUKHAIRAN KATHIRA, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Ditujukan oleh para Pengerusi Masjid, Mudir Madrasah dan Pentadbir Maahad Tahfiz itu kepada para penderma.
7 comments:
Saudara,
Assalamualaikum warahmatullah...
Saya tiada nombor Saudara mahupun emel bagi menghubungi.
Puan Nurazzah8 ada minta saya menghantar buku saya "Jadi, Anda Mahu Menulis?" tidak berapa lama dahulu. Dan telahpun saya poskan mengikut alamat yang dibekalkan Puan Nurazzah8.
Harap-harap buku itu telah selamat sampai. Juga moga mendapat manfaat buku saya yang tidak seberapa itu, ya?
Wasalam..
Dr. Umi Kalthum Ngah
PS. Saya alu-alukan segala komen membina bagi memperbaiki buku saya..Jemput, ya?
Umi Kalthum Ngah.
Saya sudah tinggalkan jejak di blog Puan. TERIMA KASIH. :)
Alhamdulillah ye abang long, masih ada insan yang bermurah hati menyumbang di masjid, amal jariah yang dibawa mati.....
alhamdulillah...jumpa jg akhirnya sumber rujukan sy..TQVM..buku kluaran PTS n KarnaDya mmg kegmarn ank2 sy.mmg sesuai 2 remaja n kanak2..br 2-3 hr lps kami g borong buku kluaran trbaru PTS n KarnaDya...
salam abg long apa kabar? semoga dipermudahkan segalanya
betul tu..sumbgn kite akan dinilai disana....semoga ramai lagi insan2 yang bermurah hati dan suka menderma di kalangn umat islam..aminn..
Alhamdulillah...
Semoga segalanya dipermudahkan dan mendapat berkat dariNya.
Post a Comment