TERJEMAHAN MUQADDAM DAPAT SAMBUTAN
BUKU terbaru Karya Bestari bertajuk Terjemahan Muqaddam Juz Amma merupakan buku terbaru di pasaran dan kini mendapat sambutan hebat di Pesta Buku Alaf 21. Buku berwarna hijau ini mendapat sentuhan yang begitu istimewa daripada Ustaz Naib Mohammed Khalid, Muhammad Nazir Mohammed Khalid, Mohd Azim Sardan dan Kamal Rul Ariffin Awang. Editor yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembikinan Muqaddam, iaitu Norhayati Mat Kassim dan Norliza Salih berasa syukur kerana melalui penerangan tentang buku ini, pengunjung rasa terpanggil untuk memilikinya. “Alhamdulillah, jualan yang memberangsangkan sepanjang dua hari berlangsung jualan buku Alaf 21 walaupun pada mulanya, ada pengunjung agak sukar menerima keistimewaan buku ini. Lama-kelamaan apabila diterangkan satu per satu kaedah mempelajari buku ini, mereka sudah boleh faham dan terima. | |
Kiri: Norliza dan Norhayati |
Saya syorkan buku ini perlu dimiliki oleh semua orang kerana susunan isi kandungan iaitu surah-surah dalam Muqaddam sangat sistematik, mudah baca dan lebih istimewanya pembaca boleh belajar bahasa Inggeris, mengeja jawi, bahasa Arab selain bahasa Malaysia dalam setiap surah,” kata Norhayati.
Norliza pula menambah, “Tanggapan pengunjung tentang Muqaddam ini iaitu buku ini sama dengan Muqaddam yang ada di kedai-kedai buku. Sebagai editor yang bertanggungjawab, bagi saya tidak sama. Kerana apa? Kerana surah-surah yang terdapat dalam Muqaddam diterjemah satu per satu dan ini membezakan Muqaddam yang ada di pasaran.
Yang dikatakan istimewanya ialah kita memahami setiap patah perkataan itu satu per satu dan mudah menghafalnya. Malah, surah-surah yang terdapat dalam Muqaddam merupakan surah yang lazim dibaca dalam sembahyang.”
Selain keistimewaan yang diperkatakan oleh kedua-dua editor ini, Muqaddam diterjemah secara Lafziyah (Melayu-Inggeris-Jawi) berserta tajwid. Buku ini juga merupakan panduan mudah untuk mempelajari membaca dan memahami al-Quran. Hukum tajwid yang dibincangkan disusun secara sistematik dan disertakan penerangan ringkas mengenainya.
Dan, anda tidak perlu waswas kerana buku Muqaddam ini telah mendapat perakuan kesahihan daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
# Artikel diatas dipetik dari Laman Web ALAF 21 DENGAN IZIN.
Bagi Abang Long. Buku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam. Begitu bernilai ilmu didalamnya. Malahan kualiti kertas buku ini begitu tinggi.
Sila berhubung dengan Abang Long dengan mengirimkan emel ke -
mohamad.feroz@gmail.com
9 comments:
alhamdulillah bagus bagus.. salamm abang long itteww
sangat bagus..
Akak dah terima buku ni semalam, memang macam yang akak mahukan, Alhamdulillah .
hmm dulu2 ada gak muqaddam yang ada terjemahan di bawah setiap ayat..
tapi ia ditulis dlm jawi.. hehehhe
Uwaaaa.....bagusnya.
Tie dok kat ganu laa...
Salam Tuan Rumah. :)
Salam Tuan Rumah. :)
yginsaf4 - Salam kembali :)
------
zino - Memang bagus untuk seluruh generasi.
------
silversarina - TERIMA KASIH dan Syukur.
------
maza - Sudah memilikinya ?
------
Tie - Boleh membuat pesanan melalui pos.
------
Percubaan
Post a Comment