Monday, July 20, 2009

KISAH SEKS (5) buang bantal peluk ...


Santai Bersama Mantan TOK KADHI.


Bukan mudah untuk mendapatkan ilmu dalam keadaan bersantai. Apatah lagi berbual mesra, sambil minum - minum, dan tidak berhenti ketawa. Aku sendiri terasa sakit rahang akibat banyak ketawa, perut pun terasa senak. Ada yang ketawa hingga keluar air mata.


Semuanya dek kerana seorang mantan tok kadhi yang menceritakan tentang kisah rumahtangga, khususnya di MALAM PERTAMA.


Seorang tua yang begitu banyak pengalaman dalam menangani permasalahan rumahtangga. Bagitu banyak berhadapan dengan para isteri. Dan begitu banyak kisah dalam selimut yang wajib diketahui oleh lelaki dan perempuan yang telah dan sedang melayari kehidupan sebagai suami isteri.


Paling menarik. Beliau tidak langsung menceritakan kisah seks atau hubungan kelamin. Yang dikisahkan ialah bagaimana melayari kehidupan suami isteri berpandukan kepada hukum. Yang mana halal dan yang mana haram.


"Ingat, Rasulullah sewaktu kali pertama masuk kedalam kamar, pada malam pertama Baginda akan membawa segelas air susu. Sebagai muqaddimah kepada perbualan. Maklumlah isteri adalah seorang perempuan yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat, apatah lagi waktu dahulu, ada bakal isteri yang langsung tidak pernah bertemu dengan bakal suami. Maka Baginda menjadikan segelas air susu sebagai 'perantara' untuk memulakan perbualan. Dan menghilangkan perasaan gemuruh kepada si isteri. Kita hari ini... yang tahu hanyalah 'hendak terkam' sahaja, biarlah kita ikut sunnah ... malam pertama kita berbual, malam kedua kita bergurau dan malam ketiga ... bila masing - masing sudah 'serasi' dan seperti sudah hilang sedikit rasa malau ... barulah kita boleh 'start gear pertama'.


Tiba - tiba seorang tetamu mencelah "Tok, kenapa malam ketiga baru hendak mula 'gear pertama?"


Dengan spontan mantan Tok Kadhi yang banyak pengalaman ini menjawab "Habis tu, macam mana kamu hendak mula gear pertama... kalau enjin kereta pun belum start lagi ..."


Berderai ketawa para tetamu yang hadir.


Sambung mantan tok kadhi lagi "Bila sudah serasi berbual ... barulah bantal peluk yang 'memisahkan kedudukan' kedua - dua mempelai itu dipegang dan diletakkan ketepi ... itu sebagai tanda isyarat ... yang suami sudah mula hendak 'melepasi kawasan sekatan jalan raya.' Dan sudah mula hendak 'masuk kawasan' isteri ... "


Seorang lagi tetamu mencelah "Tok, kalau bantal peluk tak ada?"


Kisah bersambung ...

21 comments:

AiNeRzA said...

ala...abg long...tertunggu nak baca nih...uhuk...

Anonymous said...

Waaakakakakaaa.........

Tie setuju!! Kena ada sesi suai kenal dulu... walaupun ada yang dah kenal sebelum ni, rasa malu tu masih menebal tau!!

attyfir said...

salam abglong..hehehehe

ANAKIRANA said...

cepat sambung..hehe

Anonymous said...

ammvoiii abang long tewww..

farah, s. said...

haha. tapi betul lah kan, itu lebih baik daripada terkam terus ;p

cikceriacorner said...

abg long..kalo tdo ngan bantal peluk best ape..

Cikja said...

salam abang long...

hahahahha..merah pipi saya bila baca n3 nie...:)

Masy said...

sy malu2 ni tp baca gak hehe

SoFie NuR said...
This comment has been removed by the author.
silversarina said...
This comment has been removed by the author.
cendawanintim said...

lambat lagi ke sambungannya?!!

nadinezuharra said...

teringat bantal peluk di dlm bilik..hehehe

kalau ikut sunnah Nabi,segalanya sempurna aturannya..

chekdenoor said...

chekdee ada sediakan bunga untuk semua sahabat diblog chekdee..... tanda terima kasih kerana sudi menjadi sahabat chekdee. Silalah ambil.... thanks ya

izman said...

hanya senyum membaca kisah ni..

Nek Cun said...

Adinda Long, N3 ni banyak mengimbau kenangan lebih 30 tahun lalu!... Sekali sekala mengenangkannya, seronok juga!... hehehe...

wanita mutalib said...

salam abg long, salam kenal..

tersenyum sendiri baca n3 nih..

tp biler sambung, senyum sumbing saya hee..

penat nak tunggu sambung nih hee..

zara aluwi said...

Salam Abang Long,
Mudah-mudahan pasangan sekarang dapat menyabarkan diri mereka mengikut seperti yang diterangkan itu. Tapi ada ke? sedangkan pasangan sekarang telah kenal sama sendiri terlebih dahulu.

v said...

Hee heeeeh ... zaman skang ni masih malu2 camtu ker? No komen!

Precious

ckLah @xiiinam said...

"....apatah lagi waktu dahulu, ada bakal isteri yang langsung tidak pernah bertemu dengan bakal suami....."



Abang Long...
Hi..hi...hi....

Nak buka rahsia ni..
ckLah pun macam tulah abang Long....
Masa nikah baru kenal....
Walaupun...err..ckLah ni bukanlah 'zaman dulu' sangat pun...



Lepas nikah..
... sentiasa lari-lari
Sebab nak tenung mata dia pun segan..
Naik motor....dua2 tangan pegang belakang..
kes segan nak peluk pinggang dia









Seminggu nikah baru masuk gear...he...he..

NzA said...

eem, xsbr nk tunggu smbungannya nih..