Monday, July 13, 2009

Bila Ustazah Berendam ...


Bila Ustazah berendam ...


Hari Sabtu lepas. 11 hb Julai. Tepat jam 11.00 pagi. Konvoi tiba di tapak perkelahan Sungai Congkak. Sebanyak 8 buah kereta tiba serentak.


Perkelahan yang pasti akan meninggalkan kesan manis buat kami. Dimana, warga KAFA, Jalan Kastam berkelah dan meraikan Hari Keluarga yang paling ringkas. Tidak ada acara rasmi, tidak ada protokol. Yang ada ialah, berbual mesra, bersantai, makan - makan, minum - minum, makan buah durian di tepi sungai, dan acara paling aku tunggu - tunggu ialah - BERENDAM.


Malangnya, tempat yang kami aturkan itu, kawasan airnya agak cetek, hanya separas pinggang. Jadi, tidak ada siapa pun yang dapat menunjukkan kehebatan atau skil berenang.


Aku adalah orang dewasa yang pertama memecahkan rekod. Dimana, aku dengan bersahaja turun ke dalam air dan terus membasahkan diri, dan terus berendam dalam kesejukan air sungai.


Sewaktu berendam itu, tiba - tiba sahaja isteri aku memanggil, dalam gelak ketawa dan keriuhan, baru aku tersedar, rupa - rupanya, acara makan - makan baru dimulakan. Maka, aku dengan bersahaja dalam keadaan pakaian aku yang basah, terus sahaja mengambil makanan dan aku bawa ke tepi benteng dan makan sambil kaki mencecah air sungai, terasa enak sekali.


Selepas itu, aku telah 'diarah dan dikerah' untuk membuka buah durian. Maklumlah, 'pakar' membelah durian tidak ada. Jadilah aku 'bidan terjun' yang diiktiraf secara rasmi.


Longgokan buah durian, rambutan, pulasan dan manggis menyebabkan aku termangu. Bila dihitung, rasanya, peserta yang hadir tidak akan mampu untuk menghabiskannya. Aku pula hanya 'menyentuh' beberapa biji buah rambutan sahaja.


Dan acara yang aku tunggu - tunggu, akhirnya tiba juga. Aku sebenarnya hendak melihat bagaimana Ustazah - ustazah KAFA ini mandi dalam air sungai... hahahaha .. jangan fikir lain ya !


Seorang demi seorang ustazah - ustazah ini masuk kedalam sungai. Dan akhirnya semua ustazah - ustazah ini berendam dan ada yang 'terus tenggelam' didalam sungai. Memang riuh suasana disitu.


Aku dan para suami hanya melihat dari kejauhan, dan dengan senyuman melihat telatah isteri masing - masing yang bermain air dan berendam didalam sungai. Sungguh riang dan gembira seperti 'dunia ini mereka yang punya.'


Paling aku tidak tahan bilamana, seorang ustazah mengusung pinggan yang penuh berisi buah durian, dan sepinggan lagi penuh berisi buah rambutan yang telah dikupas. Dan ustazah ini membawa kedua - dua pinggan itu untuk diberikan kepada rakan - rakan yang sedang berendam didalam air. Tiba - tiba sahaja pinggan berisi buah rambutan terjatuh ke dalam air. Maka menjerit rakan - rakan yang lain, sambil cuba merebut dan mengambil kembali buah - buah rambutan yang bergolek dan terapung didalam sungai.


Alhamdulillah, pesta atau perkelahan setengah hari itu berlangsung dengan penuh ceria dan meriah sekali.


Perhatian: OldNewCollection. Saya memberikan kebenaran untuk mengambil entri seperti yang dikehendaki.


13 comments:

Anonymous said...

sonoknyerr abang long berendam ghitewww.. kannns, ehehe

farah, s. said...

picnic ramai2. seronoknya. best kan time panas2 kt malaysia. kt nz ni tak dpt la nk berendam2 gitu. hehe

Kujie said...

heheeh..abg long seronok yg mana?

chekdenoor said...

Dah lama chekdee sekeluarga tak g berkelah....makan dan mandi manda di tepi sungai ....ukhussss.... ada ker sungai yang bersih lagi

Mak Su said...

maksu suka mandi sungai sambil berkemban, macam berada dalam filem klasik gitu :D, auwwww

p/s: dah dekat ler ngan umah maksu tu

CikguZue said...

bestnyer duriannn....bak sikit.

Rumah Kuning said...

lucunya. pinggan rambutan turut berendam.

zara aluwi said...

Wah bergumbira di Sungai Chongkak ya... memang menyeronokkan mandi manda di sungai yang jernih itu. Memang air sungai di situ tak dalam. Kalau nak yang dalam ke hilir lagi Batu 14 tapi air sungainya sudah mulai keroh.

Sabiah said...

laa..kenapa xcakap g sg. congkak.rumah sy dekat sgt dgn situ,sebelah jambatan je.

cikceriacorner said...

salam..abg long..bestnye..ceria suasana..bestnye berendam..air fresh lagi tu..heheh

DaliaLiyana said...

pergghhh..bestnyer berendam..mst kecut2 jari kan??

maza said...

perkhh... memang meriah abg long..rasanya nak ikut sama jerk.. nak terjun sama2 kat dlm sg. congkak.. huhuhu


bestnya sg. congkak ini masih jauh lagi dri pencemaran.. masih terpeihara.. tak macam di sg. ulu yam atau sg. tua. aderkkk. kekadang penghuni punya angkara habis kotor sungai tersebut. huhuhu

Abang Long said...

yginsaf4 - Memang seronok bila berendam. :)

-------------------------

Farah Amin - Tapi di NZ suhunya sejuk kan ?

--------------------------

Kujie - Seronok semuanya ...hehehe

------

chekdenoor - Rasanya sungai di negara kita masih ada yang berseih dan tidak tercemar sepenuhnya.

------

Mak Su - Rasanya berkemban kelihatan lebih seksi dari bikini ... hmmmm

------

CikguZue - Ada dimana sekarang ?

------

CIKGUPANJI - Jatuh dan berendam bersama pembawanya sekali ...hahahah

------

zara aluwi - memang seronok mandi sungai tapi rasanya keadaan sungai kini sudah banyak yang terjejas.

------

Sabiah - Berikan nombor hp ?

------

ez - Memang menyegarkan ! Huhuhu

------

DaliaLiyana - Bukan 'semuanya' kecut ... hahahaha

------

maza - Bila kurang kesedaran kepada pengguna, beginilah yang terjadi ...hmmmmm