BUTA AL QURAN.
Aku teringat antara dialog yang diucapkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem AHMAD ALBAB. "Ana bukan tidak tahu bacalah, ana tidak kenal huruf."
Dialog yang sama diucapkan oleh seorang guru agama @ guru Al Quran. Sewaktu mengajar kelas dewasa. Bagaimana beliau berhadapan dengan satu keadaan yang amat berbeza. Dimana, terdapat ramai ibu bapa yang menghantar anak - anak ke pusat - pusat Tahfiz Al Quran. Yang menariknya, bagaiamana terdapat kisah seorang ayah yang mempunyai beberapa orang anak yang sedang belajar di Pusat Tahfiz. Dan si ayah pula 'buta Al Quran.'
Satu ketika, si ayah benar - benar insaf (sebenarnya si ayah telah lama insaf, cuma si ayah seorang yang tidak kuat daya ingatan, menyebabkannya tidak dapat menghafal segala hukum di dalam Al Quran bagi melancarkan pembacaan mengikut tajwid). Satu keadaan yang dimaafkan kata Ustaz tersebut. Yang penting si ayah telah berusaha sebaik mungkin.
Lalu satu ketika. Sewaktu si anak pulang dari pusat tahfiz. Si ayah dengan perasaan rendah diri telah 'menolak' anaknya yang masih kecil (dalam lingkungan usia 13 tahun) untuk menjadi imam dalam solat Maghrib. Si anak yang begitu terdidik mengikut syariat dan adab kesopanan telah 'menolak' pula ayahnya untuk menjadi imam, kerana menghormati ayahnya.
Lalu dengan segala perasaan berasalah, si ayah lalu menjadi imam dalam solat. Sewaktu surah Al Fatihah dibaca. Si anak yang menjadi makmum telah menegur pembacaan ayahnya. Dan bukan satu kali teguran, malahan terlalu banyak kesilapan dalam pembacaan surah Al Fatihah. Akhirnya, masuk rakaat kedua, akibat tidak tahan dengan teguran yang bertalu - talu, si ayah mengambil keputusan untuk membatalkan solat. Dan diwaktu itu, si ayah pun memalingkan tubuhnya lalu menghadap anaknya lalu berkata "ayah rasa kamu lebih layak menjadi imam."
Maka secara spontan, berderailah ketawa mereka sekeluarga. Manakan tidak ... suasana itu tiba - tiba menjadi lucu. Seluruh jemaah keluarga telah BATAL dalam solat.
Terlalu banyak pengajaran dalam kisah ini yang boleh dijadikan iktibar.
1 - Bagimana begitu ramai umat Islam yang tidak tahu tentang hukum hakam dan tajwid dalam Al Quran. Yang menyedihkan, mereka tidak mahu berusaha untuk belajar. Cuba bayangkan bagaimana kedudukan solat mereka akibat salah dalam pembacaan surah Al Fatihah. Ramai yang membaca surah Al Fatihah dalam kaedah yang salah. Al Fatihah yang mengandungi 7 ayat, tetapi dibaca dalam 5,6,8 ayat.
2 - Masih ramai orang lelaki yang tidak sudi malah keberatan untuk bersolat secara berjemaah di surau ataupun masjid. Mereka lebih selesa bersolat dirumah.
3 - Cuba anda hitung, dalam daerah atau kampung atau kawasan kediaman anda. Berapa ramai guru atau ustaz yang bersedia untuk mengajar Al Quran. Satu perkara yang mengejutkan, dimana, ramai ustaz yang tidak mempunyai waktu untuk mengajar Al Quran akibat kesibukan berceramah.
Bak kata seorang ustaz. Andai kesedaran telah tiba. Hidayah dari Allah telah meresap kedalam sanubari. Bacalah Al Quran. TOLONGLAH jangan tinggalkan dari membaca Al Quran setiap hari. Jika kita 'buta' Al Quran, maka carilah guru atau ustaz untuk membimbing kita.
Perlu diingat, antara soalan di dalam kubur ialah menyangkut tentang AL QURAN.
Rasa - rasanya kita terlalu sibuk dengan urusan dunia. Dan urusan itu akan berhenti bila roh sudah berpisah dari jasad.
Ya Allah, SAKITNYA SAKRATUL MAUT !!! Inilah yang diucapkan oleh Baginda Junjungan Besar kita. Nabi Muhammad Salallahu 'alaihi wasalam.
7 comments:
satu peringatan utk di renungkan dan di ambil ingatan bersama..
Alhamdullah, moga artikal ini jd satu panduan brguna...
Terima kaseh.. :)
terimakaseh abang long...ingat mengingati ini memang di tuntut agama..
Sebenarnya masih ramai yg tidak dpt membaca Al-Quran dgn betul. Bukan setakat org2 biasa, malahan masih ada juga imam2 di surau2 yang masih tidak betul bacaan Al-Fatihah nya.
Salah satu puncanya, tok2 guru dulu2 tidak menekankan sangat-sangat soal Tajwid semasa mengajar. Walaubagaimanapun, masih ada peluang utk kita memperbaikinya. Banyak ustaz2 yang pakar2 dlm ilmu tajwid yg sedang aktif mengadakan kelas. Ambillah peluang utk menyertainya. Jgn malu2, yg penting kita berusaha utk memperbaikinya.
nak pandai qur'an, salah satu cara kena blajar bahasa arab
tp x ramai amik inisiatif nk blajar bahasa tersebut
aderk! den lak selalu dlam kalangan org yg jarang baca al quran..aderk
taubat! taubat! taubat!...
nak baca kembali lah. huhuh
Post a Comment