Sunday, October 19, 2008

Rencah RAYA

Kisah 1 - Bloggers tidak dikenali.


Sewaktu berkunjung dari rumah kerumah. Selain dari untuk menjalinkan silaturrahim, sambil menjamu selera. Sudah tentu pelbagai perkara dibualkan.

Antara yang aku tidak dapat lupakan ialah, bilamana seorang gadis yang bercerita tentang dunia blog. Beliau tidak mempunyai blog sendiri, tetapi sering mengunjungi blog - blog persendirian.

Yang menariknya, antara blog yang sering dikunjungi oleh si gadis ini ialah Blog Abang Long. Jadi sebagai pemilik blog ini, sudah tentu aku cuba 'mengorek' apa yang patut dan perlu. Untuk mengetahui sejauh mana pandangan orang yang tidak dikenali tentang tulisan di blog ini.

Aku hanya tersenyum, bila si gadis ini memberikan pendapat dan pandangan tentang tulisan di blog ini. Beriya benar si gadis menceritakan tentang blog ini. Apa - apapun, Alhamdulillah, aku bersyukur kerana si gadis ini memberikan pendapat yang jujur.

Kepada si gadis itu (maaf, aku tidak pula bertanya siapa namanya waktu itu). Masih ingat pertemuan di majlis jamuan hari raya, di rumah Wan Farid, Taman Sri Andalas, Klang ?

Andainya cik adik membaca tulisan ini, maka dimaklumkan bahawa, seorang lelaki yang membawa anak seramai 5 orang, itulah - Abang Long.



Kisah 2 - SMS Amaran.


Tiba - tiba sahaja, seorang sahabat mengirimkan sms. "Kenapa sudah lama tidak kemaskini blog, abang long sihatkah ?"

Bila ku buka, baru aku sedar, sudah lama aku tidak kemaskini blog, terlalu banyak yang hendak diceritakan. Terlalu banyak yang hendak dikongsi bersama.



Kisah 3 - BLOGGERS BERKUMPUL BERAYA.


Sudah ramai yang bertanya, kenapa tidak diadakan pertemuan hari raya diantara semua bloggers.

Aku sendiri tidak pasti siapa yang akan memulakannya. Yang pasti, pertemuan kecil - kecilan antara bloggers memang sudah berlangsung dimerata tempat.

Rasa teringin untuk melihat dan mengenali dengan lebih dekat, bloggers dan pemilik blog yang selama ini 'berselindung' disebalik pelbagai nama samaran.

Persoalannya ialah, siapa yang hendak mula ?

9 comments:

ILA said...

Assalamulaikum...
Tertarik dgn al-kesah pertama.berkenaan 'silent reader/pmbaca senyap' yg suka mnjenguk ke blog abg long.
Tak sangka si dia mgkomen di hadapan empunya blog tersebut tanpa di sedari.
'perjumpaan bsama bloggers' ????
bukan kah kebetulan kita duduk di daerah yg sama.mungkin kita bley bkerjasama.INsyaallah..
RAsanya Abg Long dah ramai mgenali/bhubung scara lansung dgn beberapa rakan blogger.senang sikit tu:D

Ungku Nor said...

abanglong take the lead, boleh?

m.q said...

abglong,
chaiyo!!chaiyo!!

arsaili said...

salam abg long..apa kabar..semoga sihat hendaknya

suriani said...

hi,
first time visit sini.. salam kenal...

mmgla abanglong ramai peminat tu!
bravo..

Nek Cun said...

Salam, seronok juga dapat jumpa abang long di 'open house' tempoh hari... barulah nekcun kenal sape abang long!... itulah kebaikan blogs kerana dapat mengiratkan siratulrahim dan ukhwah sesama Islam, sekiranya dilandasan yang betul...

p/s: cucu nekcun seronok dapat main dengan anak abang long tempoh hari... dlm kereta dia merungut kenapa nekcun nak balik awal...

Kaktiny said...

nak jumpa?.. nak ikut.. hihihihi

CikguZue said...

salam abang long,
sibuk beraya nampaknye...hehehe...selamat hariRaya diucapkan, walaupun syawal dah nak habis.

memang ramai silent readers...dan tentunye byk jugaklah silent comments...

Anonymous said...

abg long. aku silent explorer blog ab long. hhe