Syukur Alhamdulillah. Aku telah selesai membaca novel - novel diatas. Bukan sekali, tetapi dua kali !
Dua patah perkataan yang boleh aku berikan setelah selesai membaca novel diatas. KEFAHAMAN & KEPUASAN !
Bayangkan selama bertahun lamanya. Aku menghadap para ustaz, para ulamak, para kiai, hatta berhadapan dengan mereka yang bertaraf Proffesor dalam pengajian Islam. Untuk mendapatkan ilmu dan menadah kitab, khususnya yang berhubung dengan SEJARAH ISLAM. Namun, "bayangan" atau "gambaran" tentang sejarah kepahlawanan Islam itu sendiri agak kabur !
Sememangnya kisah tentang Nabi Muhammad dan para sahabat, khususnya kisah dan perjalanan hidup para Khalifah Amirul Mukminin, begitu banyak diperkatakan. Namun, kisah para sahabat yang lain, yang sama - sama berjuang disisi Rasulullah, begitu kurang diperkatakan, sedangkan, perjuangan dan pengorbanan mereka juga begitu hebat dan menjadi bahan sejarah.
Seperkara lagi yang boleh dibanggakan dengan novel diatas. Selain dari ianya mempunyai konsep seperti bercerita, ianya juga mengandungi dialog, yang mana ini sudah pasti tidak membosankan !
Ya, satu perkara yang tidak dapat dielakkan, malahan menjadi satu perkara yang normal, bila sahaja kita 'menghadap' buku sejarah, akan ada pembaca yang akan tertidur. Banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu 'tidur' ketika membaca buku sejarah.
Kepujian harus diberikan kepada penulis novel ini, kerana daya usahanya untuk menghasilkan sebuah kisah sejarah dalam bentuk sebuah novel.
Bilamana kisah sejarah para pahlawan dibuat dalam bentuk novel, satu perkara yang menjadi konsep yang diperlukan ialah "klimaks". Maka, disinilah akan lebih 'terserlah' kehebatan pahlawan atau pejuang Islam yang diperkatakan itu.
Para pembaca akan dapat menghayati dengan sepenuhnya pergerakan atau plot kisah yang dipaparkan dengan lebih jelas. Dan akan dapat merasakan debaran sewaktu berlakunya pertentangan diantara yang hak dan yang batil, diantara tentera Islam dan tentera musyrikin.
Masih ku ingat, sewaktu Pesta Buku Antarabangsa tempohari. Novel ini menjadi bualan para penggemar dan peminat novel, kerana 'kelainan' yang dipaparkan.
Ada yang minat kisah sekarah tetapi tidak suka membaca novel, dan ada yang menggemari novel tetapi tidak suka membaca buku sejarah. Maka novel diatas adalah pilihan yang paling tepat, kerana ianya "menggabungkan" kisah sejarah yang mempunyai fakta dan boleh dibaca dengan santai umpama membaca sebuah novel.
Keseluruhan isi kandungan novel diatas sememangnya boleh memberikan kefahaman yang lebih baik tentang kisah sejarah. Dan paling diperlukan ialah kepuasan dengan ilmu yang diperolehi.
4 comments:
Salam abg long...gumbira melihat kemunculan abg long, ada sy cuba hubungi abg long tapi mungkin dah tukar no hp? tapi alhamdulilah mengetahui perkembangan abg long walau belum berhasil mencari kerja. Abg long, napa tidak mencuba menjadi penulis? cuba menulis..saya merasakan abg long ada bakat menjadi penulis..melalui hari2 tanpa pekerjaan mungkin boleh diisi dengan menulis...
Salam Abg Long...Terima kasih berkunjung keblog Noushy and welcome back.
Didoakan Abg Long mendapat kemudahan insyaallah.I don't know what to say much about your current stuation- thus, I'm wishing you for all the best.
Take care ABg Long.Have a beautiful weekend.
abang long betul kata arsaili tu...klu abang long jadi penulis pun bagus ape..sebab abang long mang pandai menulis..
abang long..update plz...nak tahu perkembangan..
kita baca baca baca baca baca baca, dan kendian kita tanya tanya tanya tanya tanya
Post a Comment