Friday, May 23, 2008

Catatan Seorang PENGANGGUR (2)

DUKA LARA.



Tiada apa yang mampu aku lakukan lagi. Aku tidak tahu apakah ini adalah undang - undang atau peraturan. Selama seminggu ini, aku berulang - alik, antara hospital, klinik dan balai polis trafik.



Tubuh aku masih sakit, masih sengal dan masih terasa bisa dibahagian sendi. Sakitnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Lukanya dari siku hingga ke pergelangan tangan, calar yang begitu teruk akibat dari kulit yang tersiat sewaktu jatuh dari motorsikal. Manakala dibahagian lutut, lukanya sudah kelihatan semakin surut, tetapi aku tetap menahan sakit, sewaktu hendak sujud.



Anakku hingga hari Rabu, masih berjalan terhinjut - hinjut, akibat kecederaan dibahagian lutut, namun tetap pergi ke sekolah, kerana ujian belum selesai. Kakinya sentiasa berbalut.



Malang sejuta kali malang nasib aku kini. Hari Khamis, sekali lagi aku pergi ke balai polis cawangan trafik. Bertemu dengan seorang peguam, dimana beliau menyatakan bahawa, aku tidak akan mendapat sebarang pampasan. Kalau ada sekalipun, aku hanya akan mendapat bayaran pampasan kurang dari RM1000. Dan tidak ada mana - mana peguam yang akan mengambil kes aku, kerana bayaran guaman pun tidak lepas. Ini bermakna, aku perlu berusaha sendiri, dan tempoh masanya mungkin akan mengambil masa antara 1 hingga 5 tahun ! Dan kalau aku perlu ke mahkamah, maka semua kos aku perlu tanggung sendiri.



Aku mencuba untuk mendapatkan nombor telefon pemilik kenderaan yang terlibat. Namun pihak polis menyatakan bahawa, aku tidak boleh dan tidak dibenarkan untuk mendapatkan rahsia peribadi pemilik kenderaan itu. Jadi, sekarang bagaimana aku hendak menyelesaikan kes aku ?



Seperkara lagi, selepas berbincang dengan pegawai atasan polis trafik dan peguam itu. SAH, mereka menyatakan bahawa aku tidak boleh atau tidak berpeluang untuk mendapat pampasan, kerana aku tidak bekerja. Atau dengan erti kata lain, aku tidak boleh membuat tuntutan PERKESO atau SOCSO kerana aku seorang - PENGANGGUR !



Dalam erti kata lain, walaupun aku telah bekerja selama 20 tahun, tetapi bila aku menganggur dan terjadi sesuatu, maka aku tidak dapat berbuat apa - apa.


Ya ALLAH ! Beginikah undang - undang ?

Dimana aku hendak membuat tuntutan atas rawatan kecederaan ku ?
Dimana aku hendak membuat tuntutan keatas rawatan kecederaan anak ku ?
Gigi kekal anakku pecah.
Seluarnya koyak.
Seluar aku juga koyak.
Motorsikal rosak, cermin pecah, clutch bengkok.


Semuanya KOS yang aku perlu tanggung SENDIRI sebagai seorang PENGANGGUR !

13 comments:

cikgu jawe said...

sedih baca catatan abg long. moga2 abg long tabah dn kuat. abg long cuba pergi meru. byk kilang kt sana. mana le tau ada rezeki kan.

KZue said...

kak long dapat merasakan duka lara abang long sekarang ini. Dah jatuh di timpa tangga pulak. Sebab tu mamsa kereta kena langgar hari tu tak pergi ke bali polis pun sbb kereta tak rosak teruk dan fikir byk perkara akan timbul ..terpaksa ulang alik tapi tak menjanjikan kita akan mendapat pampasanpun.

nadia yuna said...

sabaq ya abg long..
sedih nadia baca kisah abg long ni
=/

ainizakri said...

itulah undang-undang yang di reka utk kepentingan org2 tertentu agaknya..saya simpati dgn nasib abang long.

Hanya doa yang mampu saya hulurkan, moga suatu hari segala lara akan terlerai hendakNya. hanya Allah Maha Tahu dan pasti tiap yang berlaki ada hikmahnya.

Moga Abang Long tetap tabah dan terus tabah.

mama ranggie said...

ABG LONG..
berat bahu memandang,berat lg bahu memikul..abg long,semoga abg long tabah hadapi semua dugaan ni...

Mak Su said...

mmg brt sungguh penanggunganmu

Abah Mui'zz said...

Abang long, moga Allah berikan hati yg kukuh kesabarannya buat AL.

Undang2 dunia walau macamana baikpun, tetap akan ada cacatnya AL. Tapi undang2 Allah itu jugalah yg sempurna. Semoga pampasan atas kesabaran dan keredhaan AL akan dibalas sewajarnya disyurga kelak, insyaAllah.

lla said...

Undang2 dunia ni hanya ciptaan manusia semata2. Terimalah ketentuan-Nya setakat yg termampu dan terdaya oleh kita . Walau apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan .

Noushy Syah said...

Salam ABg Long..

I dunno what to say and what to advise...May Allah bless you Abg Long.

Life sometimes is unfair...Be strong yea.

faisal said...

Subhanallah..abg long, apapun yang berlaku smoga abg long tabah hadapi semuanya ya..sedih baca cerita abg long yg lepas2..sbnrnya kalau ada org dalam mmg bleh dapat maklumat tuan punya kenderaan tu..dulu ada membe kerja balai polis skrg dah tak kerja susah nak dapat..if tak bleh sy tolong,huhu..

U-HAH said...

Cubalah pegi mana-mana persatuan kebajikan, minta lah apa-apa bantuan yang ada...kalau mahal sangat pilah cari mana-mana pusat zakat, minta cover bayaran hospital...sabarlah wahai abg long...

Batara Guru said...

Sabarlah abg long mungkin ada hikmah di sebalik setiap sesuatu itu. Sapa tahu....

Raiyan said...

salam,
kuatkan semangat. tabahkan hati ya. banyakkan berdoa, hanya Allah saja yg dapat membantu.
p/s: teringat2 saya semasa saya accident thn lepas mengalami patah tangan, pinggul retak, dan paling sedih... anak meninggal dlm kandungan.
-Raiyan-