Thursday, May 15, 2008

Diari Seorang PENGANGGUR (1)

Aku Redha, Aku Pasrah. Itulah ketentuanNya !



Seperti biasa, seawal jam 7.00 pagi, aku akan bergegas menunggang motosikal untuk menghantar anak ku yang kedua, yang berada didalam darjah 5 ke sekolah Anglo Chinese School (ACS) Klang, yang terletak 3 km dari rumahku.



Dan, seperti kebiasaan juga, laluan ke sepanjang perjalanan ke arah Bandar Klang sememangnya sibuk dan sesak. Kesesakan jalanraya sememangnya perkara lumrah.



Begitu juga laluan untuk ke sekolah ACS. Namun, kesesakan yang berlaku pada pagi tadi agak teruk. Namun, bagi penunggang motosikal seperti aku, ianya adalah agak mudah untuk diatasi.



Seperti kebiasaan juga, aku tergolong didalam golongan penunggang @ pemandu yang tidak gemar membawa kenderaan dengan laju.



Namun, bak kata pepatah, kalau sudah takdir. Dan malang memang tidak berbau. Sewaktu aku memotong kenderaan lain yang bergerak perlahan. Maka, secara tiba - tiba, sewaktu aku berada ditepi sebuah kereta jenis Toyota lama. Tiba - tiba sahaja pemandunya memberikan lampu isyarat untuk memotong, dan dalam sekelip mata sahaja, kenderaan itu keluar dari laluannya.



Maka berlakulah tragedi yang tidak ku duga. Dimana, motosikal yang aku tunggang, sudah tidak dapat dikawal, dan terus bergesel dengan kereta itu. Dan aku serta anak aku terus terjatuh diatas diatas jalanraya, terbalik bersama - sama dengan motorsikal yang aku tunggangi.



Kaki kiri aku dan kaki kiri anak aku tersepit dibawah motorsikal yang jatuh. Bila melihat kejadian itu, beberapa orang penunggang motorsikal yang berada berhampiran dengan aku terus sahaja memberikan bantuan segera.



Hati aku memang benar - benar terasa panas diwaktu itu, kerana pemandu kereta itu tidak langsung mahu mengaku kesilapannya yang cuai dan tidak berhati - hati serta berhemah dijalanraya. Beberapa orang penunggang yang ada disitu juga meluahkan perasaan marah mereka, dimana ada yang berkata dengan nada seperti orang yang hendak bergaduh.




"Heiii .... aku nampak tadi ... very clear ... engkau baru bagi signal dan terus masuk tengah jalan sebab nak potong..."



Aku yang masih lagi kebingungan, terus sahaja memapah anak ku yang terbaring diatas jalanraya, aku angkat dan letak ke tepi jalan. Anak aku terus sahaja menangis kesakitan yang teramat sangat. Aku hanya mampu berkata "Uzair, jangan menangis ya sayang..."



Aku melihat mulutnya berdarah, membasahi wajah dan baju sekolahnya. Manakala kakinya tidak dapat digerakkan. Seluarnya terkoyak. Kelihatan darah pada bahagian lututnya.



Beberapa orang kelihatan cuba menghubungi ambulan. Dan aku sendiri diwaktu itu, seperti orang yang dalam keadaan cemas dan mabuk. Nasib baik beberapa orang pemuda, memberikan kata perangsang kepada aku untuk bersabar, dan mereka cuba menghubungi isteri aku.



Setelah, aku dapat menghubungi isteri aku. Aku terus sahaja meminta agar beliau mencatatkan maklumat yang aku berikan. Seperti nama pemandu kenderaan, nombor pendaftaran, jenis kenderaan, waktu berlaku. Aku juga sempat menasihati isteri aku supaya bertenang. Walaupun pada hakikatnya, aku sendiri berada didalam keadaan cemas yang teramat sangat.



Seorang wanita, memberikan nasihat agar aku tidak menunggu ambulan. Dan wanita ini terus sahaja menawarkan diri untuk menghantar aku dan anak ku ke hospital. Tanpa banyak bertanya, seorang pemuda terus sahaja mengangkat anak ku masuk kedalam kenderaan MPV milik wanita itu. Manakala seorang pemuda yang lain terus sahaja meletakkan motorsikal aku ditempat yang agak selamat, dan terus sahaja menyerahkan kuncinya kepada aku. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu aku ucapkan kepada pemuda itu.




Sebaik tiba dihospital, dibahagian kecemasan. Beberapa orang staff hospital terus sahaja memberikan bantuan kecemasan kepada anak ku. Manakala aku terus berada dikaunter pendaftaran. Diwaktu itu, barulah aku sedar, rupanya aku juga mengalami kecederaan serius. Tangan ku disebelah kiri telah cedera akibat bergesel dijalanraya, begitu juga lutut aku telah mula membengkak. Dan, seluar aku juga terkoyak. Mungkin, demi memikirkan keadaan anak ku, hingga menyebabkan aku tidak sedar, aku juga senasib dengannya.



Selepas mendaftar, hati aku terus gelisah, memikirkan keadaan anak ku yang berada didalam wad kecemasan. Lantas, aku terus sahaja mengirimkan sms kepada beberapa orang rakan dan teman seperjuangan.



Sms yang berbunnyi ~ "Do'akan anak saya selamat, kami terlibat dengan kemalangan". Dalam beberapa ketika sahaja beberapa orang telah menghubungi aku. Termasuk Pengurus Besar ALAF 21, Encik Norden dan novelis Norzailina Nordin.



Setengah jam kemudian, barulah aku melihat staf hospital menolak troli anak ku keluar dari bilik X-Ray. Bila dianalisis, Dr. memaklumkan yang anak ku tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Tulangnya berada didalam keadaan yang baik. Cuma luka dibahagian luar sahaja, dan mengalami bengkak.



Dan Dr. terus memaklumkan yang aku dan anak ku boleh pulang. Syukur Alhamdulillah. Selesai menghantar anak ku pulang, aku dan isteri ku bergegas ke Balai Polis Trafik, untuk membuat laporan.



Usai membuat laporan, sewaktu keluar dari pejabat polis trafik, tiba - tiba aku dikejutkan dengan kehadiran orang kuat ALAF 21 yang juga Pengurus Besar ALAF 21, iaitu Encik Norden disertai oleh Kak Wan, Ruby, Molee dan Diddy.



Rupa - rupanya, setelah mendapat sms dari ku, mereka terus sahaja bergegas ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah. Namun, sewaktu mereka tiba, aku dan keluarga sudahpun meninggalkan hospital.



Aku merasa begitu terharu dengan kedatangan mereka, yang begitu mengambil berat tentang diri ku. Encik Norden turut menghulurkan sedikit sumbangan dari kakitangan ALAF 21. Ini membuatkan aku terasa sebak dan terharu. Kerana, sepertimana yang ramai ketahui, sehingga kini, aku masih tidak mempunyai sebarang pekerjaan.



Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua, yang mengirimkan sms, yang menghubungi aku, dan memberikan pelbagai pandangan untuk membantu aku.



Kepada Encik Norden, kakitangan ALAF 21, rakan - rakan dan novelis semua. Aku ucapkan TERIMA KASIH. Semoga ALLAH sahaja yang berkuasa membalas kebaikan kalian semua.



Klik disini untuk melihat gambar. Aku petik khusus dari Laman Web ALAF 21.



Sewaktu entri ini ditulis. Aku berada didalam keadaan yang kurang sihat. Terasa sakit dan sengal diseluruh tubuh aku.



Tapi, yang pasti. Aku PASRAH, AKU AKUR, dan AKU REDHA dengan TAKDIRNYA. Airmata ku terus mengalir...

39 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... biasanya semakin kuat dan teguhnya iman kita... semakin banyaklah kita diujiNYA... yang kekadangnya tak terjangkau oleh pemikiran kita... kenapa kita yang diuji, kenapa tidak diuji orang lain je...

Rumah Kuning said...

Setuju dgn Pak Ngah.
Ujian Allah menjanjikan pahala.Teruskan usaha dan tawakkal.InsyaAllah akan muncul sinar....

Juezura said...

Salam Abang Long. Kak Long harap abang long terus cekal menghadapi dugaan dari Allah swt. Semoga abang long dan Uzair akan pulih seperti sediakala, InsyaAllah.

aNIe said...

Salam abang long...

Alhamdulillah...tiada apa2 yg serius terjadi pada abang long & juga anak tu...kesian dia...harap2 kedua2nya akan sembuh sepenuhnya

Semoga tabah menghadapi ujian Allah..

Unknown said...

syukur selamat.

kalau laju, langgar orang. Kalau perlahan, orang langgar. Kes Abg Long ni kategori yang mana ek?

Err ... wanita MPV tu comei tak? hihi

arsaili said...

salam abg long...setiap kesukaran itu ada kemudahannya!

maklang said...

Salam Abang Long:

Semuga Abang Long dan Uzair dah sembuh...

Memang semuanya sudah ditakdir..

Setiap musibah itu InsyaAllah ada hikmahnya...

Maklang lagi menunggu untuk di MRI..Keki kebas dah sebulan ni..

Terimakaseh kerana mengunjungi teratak maklang...

Anonymous said...

saya dah baca semua entri abg long selepas entri terakhir tu. saya ada reply gak kat multiply. harap abg long terus bersabar. insyaallah ada rezeki abg long nnti. abg long call saya atau sms je kat saya, saya akan call abg long semula. nk sembang ngan abg long. mana tau saya bole tlg abg long dptkan kerja ke.

Abang Long said...

Pak Ngah: said...:: salam... biasanya semakin kuat dan teguhnya iman kita... semakin banyaklah kita diujiNYA... yang kekadangnya tak terjangkau oleh pemikiran kita... kenapa kita yang diuji, kenapa tidak diuji orang lain je...

pak ngah, abang long memang PASRAH akan ketentuannya.

Abang Long said...

CIKGU PANJI said...Setuju dgn Pak Ngah.
Ujian Allah menjanjikan pahala.Teruskan usaha dan tawakkal.InsyaAllah akan muncul sinar....

Terima kasih atas do'a itu.

Abang Long said...

KZue said...
Salam Abang Long. Kak Long harap abang long terus cekal menghadapi dugaan dari Allah swt. Semoga abang long dan Uzair akan pulih seperti sediakala, InsyaAllah.

TERIMA KASIH atas do'a itu.

Abang Long said...

Kak Lady said...

Salam abang long...

Alhamdulillah...tiada apa2 yg serius terjadi pada abang long & juga anak tu...kesian dia...harap2 kedua2nya akan sembuh sepenuhnya

Semoga tabah menghadapi ujian Allah..



InsyaALLAH, saya akan terus tabah.

Abang Long said...

Ainin Naufal said... syukur selamat. kalau laju, langgar orang. Kalau perlahan, orang langgar. Kes Abg Long ni kategori yang mana ek?

Err ... wanita MPV tu comei tak? hihi

Dalam hal ini, kami bergesel. Wanita MVP tu memang cantik.

Abang Long said...

arsaili said...
salam abg long...setiap kesukaran itu ada kemudahannya!

TERIMA KASIH atas panggilan itu.

Abang Long said...

maklang said...

Salam Abang Long:

Semuga Abang Long dan Uzair dah sembuh...

Memang semuanya sudah ditakdir..

Setiap musibah itu InsyaAllah ada hikmahnya...

Maklang lagi menunggu untuk di MRI..Keki kebas dah sebulan ni..

Terimakaseh kerana mengunjungi teratak maklang...


TAKDIR PENENTU SEGALANYA.

Abang Long said...

farah said...

saya dah baca semua entri abg long selepas entri terakhir tu. saya ada reply gak kat multiply. harap abg long terus bersabar. insyaallah ada rezeki abg long nnti. abg long call saya atau sms je kat saya, saya akan call abg long semula. nk sembang ngan abg long. mana tau saya bole tlg abg long dptkan kerja ke.

TERIMA KASIH. Hanya ALLAH sahaja yang berkuasa membalas kebaikan Farah.

Hasrul Halid said...

Doa saya panjatkan pada Rabbul Jalil untuk Abang Long sekeluarga. Semoga kita semua dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Dia.

Dan...

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. [Al-Baqarah 286]

mohamad kholid said...

salam,
semoga cepat sembuh. amin

ummu asiah said...

Berbalas kunjungan..Alhamdulillah, abg Long masih punya ramai teman yang setia..cepat betul datang memberikan bantuan dan semangat. InsyaAllah sokongan teman sejati pasti memberikan kekuatan. kebetulan terbaca rangkap ini dlm novel terbaru Fatimah Syarha keluaran Telaga Biru..

Apalah Nasibku..
Seringkali terbit di hati
Apa yg dimiliki rasa tak mencukupi
Milik orang lain nampak sempurna
Seolah tiada cacat cela,
Ketahuilah,
Nasib yg menimpa ketika ini,
Itulah yang terbaik sebagai penguji
Bukan untuk disesali,
Tapi untuk memajukan diri.

Ingatan utk diri sendiri sebenarnya.

Mak Su said...

apa kabar abang long dan uzair hari ini?

Noushy Syah said...

Salamz Abg Long...sorry to hear abt the accident,alhamdulillah Abg Long and Uzair telah bertambah pulih.

Dunno what else to say,other than,hope you both get well soon.

Take Care ABg Long.

Vee said...

alhamdulillah..semuanya selamat Abg Long.. Ujian Allah, tanda sayang dgn kita. Moga Abg Long & Uzair cepat sembuh.. Amin..

Nurul Nadiah said...

salam..

semoga cepat sembuh ya!

=)

Abang Long said...

Hasrul Halid. TERIMA KASIH atas peringatan itu. Begitu bermakna !

Abang Long said...

mohdkholid, TERIMA KASIH atas do'a itu.

Abang Long said...

ummu asiah, abang long terima segala - galanya TANPA SOAL.

Abang Long said...

Mak su, setakat ini, hingga hari ini, badan masih terasa berbisa dan sengal.

Abang Long said...

noushy syah, TERIMA KASIH kerana hadir memberikan perangsang.

Abang Long said...

"Vidara Nieta" TERIMA KASIH atas do'a itu.

Abang Long said...

nadia yuna, TERIMA KASIH atas do'a itu.

Kak Elle said...

Salam kembali ni kakelle singgah ..

Alhamdulillah...tiada apa2 yg serius terjadi pada abang long & juga anak tu..

Oh kebetulan saya pun bertugas di ACS(International) kat sini.

cikMilah said...

Salam Abang Long, apa khabar Uzair dan Abang Long hari ini.Semuga cepat sembuh. Semuga juga abang long dan isteri di beri ALLAH kesabaran yang tinggi. Kesian Uzair, anak kan, belum mengerti
tapi terpaksa tanggung sakit.

Rasha_rz said...

Taaziah di atas kemalangan itu. Syukurlah tidak ada yang teruk berlaku.Kak ila baru ini tahu perkara ini. Beberapa hari tak buka N3, internet problem. hari ni barulah dapat baca semua perkara.
Sabarlah, Allah mahu menguji kesabaran hambanya.

ainizakri said...

Salam Abang Long

Allah menguji kita kerana DIA lebih tahu kemampuan kita, Teruskan bersabar dan insyaAllah...ada sinar cerah yang menanti di depan.

Semoga Abang Long dan anak cepat sembuh hendaknya...amin

dS said...

Salam hormat,
Kiranya ds terlewat menerima berita musibah ini namun, syukur Alhamdulillah.. dua-dua selamat! Semoga abang long dan anak kembali pulih seperti sediakala.

Anonymous said...

saya doakan semoga abg long dan anak cepat sembuh...kesian ye si anak...harap2 tiada trauma pada si anak

Abang Long said...

kak Elle, TERIMA KASIH atas do'a itu.

Abang Long said...

cikmillah, itulah TAKDIR.

Abang Long said...

kak illa, ainizakri, dew! dan nash, TERIMA KASIH kerana berkunjung ke sini, dan TERIMA KASIH atas do'a itu.