Friday, May 09, 2008

Catatan Seorang PENGANGGUR

Munajat seorang PENGANGGUR.


Hari ini telah genap 70 hari, aku tidak bekerja. Menjadi PENGANGGUR. Perasaan ? RESAH, GELISAH, TAKUT, RISAU, RIMAS, HINA, FIKIRAN BUNTU.



Ramai yang memberikan nasihat agar BERSABAR. Ya, sudah 70 hari aku bersabar. Dan InsyaAllah, aku akan terus bersabar.



Sudah berusaha ?



Inilah FAKTA dan HAKIKAT:-



17 Syarikat Perkapalan.
9 Syarikat Jual Beli kereta terpakai.
23 buah restoran.
5 buah pasar malam.
4 buah syarikat kawalan keselamatan.
3 buah hipermarkat.
2 buah perbadanan kemajuan kerajaan tempatan.
2 buah syarikat pengangkutan.



Itulah senarai pendek, tempat dimana aku berusaha dan bertanya andainya ada jawatan kosong. Dari tepi pantai Pelabuhan Klang, hingga ke pusat bandar Kuala Lumpur. Dari tepi longkang distesen komuter (manalah tahu kalau ada kerja sebagai pemotong rumput), hinggalah ke pejabat yang berpermaidani setebal 1 kaki. Dari penemuduga yang berwajah bengis hinggalah kewajah pan-asian, dari lelaki, wanita hinggalah yang tiada identiti jelas. Semuanya telah kutempuhi.




Cuma, aku belum buat kerja dengan memegang tin kosong dan duduk diatas jambatan. Tetapi seandainya, anak aku lapar dan aku tidak mampu lagi untuk menyekolahkan anak, maka aku tidak akan malu untuk berbuat demikian. Bukan bergurau, tetapi DEMI ALLAH aku akan lakukan !



Buat masa ini, aku sudah TIDAK BERDAYA lagi, aku sudah terlalu letih untuk ditemuduga. Dan yang pasti, wang untuk gambar foto (resume) pun adalah dari wang simpanan isteriku, yang berjumlah tidak sampai RM500.00.



Kini, aku memang tidak berbuat apa - apa lagi, aku hanya tinggal didalam masjid dikampung aku. Aku hanya bermunajat dihadapan Allah. Aku MENYERAH diri kepadaNya. Aku sudah tidak berdaya lagi. Aku sudah tidak mampu berhadapan dengan ujian dan dugaan ini.

14 comments:

Batara Guru said...

ku doakan kan bertemu pekerjaan itu. Amin.

mamaranggie said...

semoga abg long akan ketemu jua keje ye!

fusarium solani said...

mahu tidak jadi seorang penulis skrip drama tv? emel saya kalu mahu. insyallah ada jalannya.

tele:rm 4,000.00
siri 30mnt:1,000x13 eps=Rm13k
siri 1jam:1,300 (depends)x26:RM16900

suealeen said...

assalamualaikum & salam perkenalan

just nak bagi pandangan... kat area saya ni sekali potong rumput kena bayar RM15 untuk rumah teres 22x75. kalau kena lot banglo lagi mahal. pemiliknya kena maintain lot kalau tak kena saman dengan majlis. rumput depan rumah sebulan 2 kali kena potong kalau tak nampak semak sangat. selalu yang datang cari rezeki tu abang-ladesh.

apakata abang long cuba cari mesin potong rumput? kalau tak dapat miliki sendiri, sewa la dulu kat kawan2 yang mana ada. ermm.. saya jugak boleh tanyakan pada adik saya yang keje dengan kontraktor landskap kot ada keje kat site.. camne? ok tak?

en_me said...

"ulat dalam batu pun boleh hidup.." tapi itu ulat kan kan.. semoga berjaya mendpt pekerjaan baru.. me turut simpati..

Anonymous said...

Assalamualaikum Abg Long,

Teruskan bermunajat & solat hajat. Hanya Allah tempat kita mengadu & berserah. Usaha, doa & tawakal. Allah Maha Tahu setiap hambanya.

Ada hikmah atas apa yg berlaku. Saya sudah laluinya, walaupun tidak sepahit sdr Abang Long.

Web Sutera said...

Assalamualaikum Abg Long,

Teruskan bermunajat & solat hajat. Hanya Allah tempat kita mengadu & berserah. Usaha, doa & tawakal. Allah Maha Tahu setiap hambanya.

Ada hikmah atas apa yg berlaku. Saya sudah laluinya, walaupun tidak sepahit sdr Abang Long

Web Sutera said...

Abang Long,

Saya ada satu idea. Boleh tlg katering saya? Buat marketing. Kita kira komisen, bleh?

Ainin Naufal said...

Abg Long, apa lagi? Kan ramai yang nak bantu tu. Jalan ke arah rezeki dah ada depan mata, so jangan lepaskan peluang. Chaiyok! (berusaha!)

Kaklong Syikin said...

Salam,

pertama kali ke sini.

simpati saya dngn abg long.moga dah dpt kerja skrg.

saya tertarik ngan doa abg long utk 3 insan yg pernah menolong abg long. doa di bwh ni:
"Ya Allah, aku memohon dari Mu, agar ENGKAU panjang usia insan ini, murahkan rezekinya, tambahkan iman mereka, jauhkan meraka dari bala bencana didunia mahupun diakhirat, selesakanlah kehidupan mereka, rahmatilah kehidupan mereka, berilah kejayaan yang berlipat ganda buat mereka, selamatkanlah mereka didunia mahupun diakhirat .... AMIN, AMIN, AMIN YA RABBAL 'ALAMIN".

saya harap, abg long gunakan doa yg sama utk diri abg long juga ya. jgn lupa doa utk diri sendiri sblm doakan utk org lain, itu pesan Nabi kita.

CIKGU PANJI said...

Mata yg melihar tidak sama dgn bahu yg memikul.Semoga diberi kekuatan

Mak Su said...

lupakan masalah abang long, bertenang dan merenung

nadia yuna said...

salam..

abg long masih mencari kerja?

abg long ada lesen x?
ada kenderaan tak?

abg long ada pengalaman kerja kapal kan? bahagian apa ya?

nadia ada kenal uncle supplier pekerja untuk MAS
die selalu habaq suruh bagitao kalao ada sesiapa yang tak ada kerja tapi nak kerja.. die boleh tolong..

kalao abg long berminat
abg long roger nadia ye

tao..

=)

Rasha_rz said...

abang long, menganggur itu juga kerja. (gurau je, jangan tersinggung) sebenarnya kak ila dapat rasakan peritnya menyandang jawatan itu (penganggur)sebab kak ila pernah dilantik begitu dan suami juga. akhirnya setelah rezeki menyebelahi kita, dengan sendirinya kita akan dilucutkan dari jawatan tinggi itu. Insyaallah, bersabar dan berusahalah.