Wednesday, July 04, 2007

Tag untuk Kebajikan

Ini adalah kesinambungan kepada proses "tag", yang aku terima dari Puan Nurazzah8. Sebagai menghormati dan berhasrat untuk bersama - sama menyumbang kepada sesuatu yang baik dan mulia. Maka aku teruskan proses ini.

Bagi sesiapa yang mengunjungi Blog Abang Long, maka diharap anda juga menyambung proses dan talian tag ini. Usai sahaja anda menyiarkan didalam blog peribadi anda, maka sila tingglkan pesanan di Blog Idham

Maka disini, aku turunkan kata - kata buat meme yang berkenaan:


1. A person is only as good ~
(seseorang itu dikatakan baik) > apabila dapat membuat atau memberikan kebaikan kepada orang lain.

2. Friendship is always ~
(persahabatan akan selalu) > mekar dan dihidupkan didalam jiwa.

3. To love is to ~
(menyayangi adalah) > menerima seseorang seadanya.

4. Money make me ~
(wang membuatkan saya) > gembira, hiba, tenang, lapang, dan ada ketikanya menyesakkan.

5. I miss ~
(saya rindu) … kehidupan sewaktu kecil.

6. My way of saying I care is by ~
(cara untuk menyatakan saya mengambil berat) > lakukan sesuatu yang menggambarkan saya memang prihatin.

7. I try to spread love and happiness by ~
(saya meluahkan kasih sayang dan kegembiraan dengan cara) > ucapan dan tindakan.

8. Pick the flowers when ~
(petik bunga apabila) > sedang mekar mewangi, tapi jangan dipetik bunga ditaman larangan.

9. To love someone is to ~
(menyayangi dan mengasihi seseorang bermakna) > tunjukkan yang kita masih sayang, dan yang pasti, masih ada yang sayang.

10. Beauty is ~
(kecantikan adalah) > lahir dari dalam jiwa yang disertai dengan peribadi yang unggul.

11. When I was thirteen, what I remember the most was ~
(perkara yang paling saya ingati ketika berusia tiga belas tahun) > mula belajar untuk bercinta.

12. When I was twenty one, I remember ~
(ketika berusia dua puluh satu tahun, seingat saya, saya) > sedang bertunang dan waktu itu sungguh indah.

13. I am most happy when ~
(saya sangat gembira apabila) > orang menghargai apa yang saya lakukan.

14. Nothing makes me happier than ~
(tiada perkara yang menggembirakan saya selain) > membuat orang lain merasa bangga dengan apa yang saya sumbangkan.

15. If I can change one thing, I will change ~
(jika saya mampu mengubah sesuatu, saya akan mengubah) > penduduk dunia ini supaya beriman dan tunduk patuh kepada Allah.

16. If smiles were ~
(jika senyuman adalah) > penyelesai segala masalah,
Then I ~
(maka saya akan) > dapati semua orang akan sentiasa tersenyum.

17. Wouldn’t it be nice if we could ~
(alangkah baiknya jika) > kemana sahaja kita pergi, tidak ada perasaan takut kepada sebarang ancaman.

18. If you want to ~
(jika anda mahu) > berjaya dalam hidup,
Then you have to ~
(maka anda perlu) > tempuhi segala rintangan dan sentiasa mengingati Allah.

19. Money is not everything but ~
(wang bukan segalanya, tetapi) > ia perlu ada untuk kita meneruskan kehidupan.

20. The most touching moments I have experienced is ~
(pengalaman yang paling menyentuh jiwa saya, ialah) > Ayah mengucapkan TERIMA KASIH, kerana membantunya berdiri.

21. I smile when ~
(saya tersenyum apabila) > saya mendapat apa yang saya idamkan.

22. When I am happy ~
(apabila gembira, saya) > bersyukur kehadrat Illahi, dan cuba untuk menggembirakan orang lain pula.

23. If I don’t have to ~
(jika saya tidak perlu) > mengubah kerjaya,
then ~
(maka) > saya akan terus bertugas didalam keretapi.

24. The best thing I did yesterday was ~
(perkara terbaik yang saya lakukan semalam, ialah) > diam dan merenung kedalam mata anak, apabila anak saya sedang memperkatakan sesuatu.

25. If I ever write a book, I will give it this title ~
(jika saya menulis sebuah buku, saya akan berikan tajuknya) > Buat, jangan sekadar Mencuba !


26. One thing I must do before I die is ~
(satu perkara yang saya mesti buat sebelum kembali kepangkuan Allah) > melaksanakan amalan sebanyak mungkin, sebagai bekalan.

27. Doing this meme, I feel ~
(menyempurnakan meme ini, membuatkan saya merasa seolah – olah) > bersama – sama melaksanakan sesuatu yang baik.

Aku tidak dapat meletakkan tag untuk sesiapa, kerana hampir kebanyakan blog kenalanku, telahpun disambung ke talian tag. Jadi kepada sesiapa yang berhasrat untuk menyambung tag ini, aku ucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Kekanda Long yang dikasihi. Semoga sentiasa sihat bersama isteri dan anak-anak.

Kekanda, terima kasih kerana telah dan turut menyokong usaha Encik Idham. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Aminnnnnn...

NURAZZAH8 said...

abang long, terimakasih kerana menyiapkan tag ini... hurm terimakasih juga kerana membuatnya dalam BM, jadi ayahanda Latip senang hendak membuatnya,...harap ayahanda Latip boleh rujuk di blog abang long..

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum Kekanda Long yang adinda hormati. T/kasih kerana memberi respon tentan LAMARAN pada blog adinda. Kekanda, adinda hanya menerima lamaran "tugas" itu sahaja, bukan lamaran menjadi isteri orang tau. Adinda masih berseorangan. Hehehe. Oh, rupa-rupanya kekanda juga aktif dalam pergerakan Pemuda ya? Kekanda minat politik? Adinda memang minat politik. Sebahagian besar keluarga melibatkan diri dalam bidang ini. Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, kan? Terlintas juga di hati adinda untuk bertanding pilihanraya untuk menyambung perjuangan arwah abah yang tidak kesampaian. Tapi, tak tahu lagi. Kalau mendapat sokongan ahli keluarga dan diizinkan suami (jika pada waktu itu adinda telah menjadi isteri orang), apa salahnya mencuba, kan? :-) Apa pendapat kekanda?