Monday, July 23, 2007

PROGRAM BERSAMA RAMLEE AWANG MURSHID



Kepada semua peminat novelis thriller tersohor -

RAMLEE AWANG MURSHID.

Dengan segala hormatnya, Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF21FC. Dengan berbesar hati menjemput anda, untuk menghadiri program bersama Ramlee Awang Murshid.

Ramlee Awang Murshid juga akan meluangkan masa untuk beramah mesra, menandatangani autograf dan bergambar kenangan. Jamuan makan tengahari juga disediakan.

Program pada hari itu juga akan diserikan dengan alunan muzik dari sebuah kumpulan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Nantikan kemunculan mereka.

"Door gift" yang menarik akan diberikan kepada pengunjung yang menghadiri program ini.

Datanglah bersama rakan, kenalan, sahabat handai dan saudara - mara.

Program ziarah novelis akan diteruskan, sebaik sahaja PAsiNo selesai. Dimana bagi mereka yang berhasrat untuk menemui novelis - Sharifah Abu Saleem. Kelab menganjurkan program konvoi kerumah beliau.

Bagi anda yang berminat atau mempunyai sebarang persoalan atau kemusykilan, sila tinggalkan jejak anda diruangan komen.

Atau boleh sahaja menghubungi - Saudara Zaiful: 012 - 2488664 atau Saudara Roslan: 013 - 3019380. Untuk maklumat lanjut.

TERIMA KASIH

1 comment:

nurazzah8 said...

salam abang long, lama tak denagar berita? sibuk agaknya menulis..atau mengendali Pasino...maaflah akak tak dpt pergi sana, kerana pd tarikh yg sama akak ada kursus haji, tapi anak2 akak minat jugak baca novel RAM...
Selamat Berpasino...