Tempat jatuh lagikan dikenang ...
Sesiapa yang pergi ke daerah Taiping, Perak. Salah satu dari tempat yang mesti dilawati adalah Jam Besar. Terletak dipusat bandar. Arah timur, terletak Pasar Besar Taiping. Manakala arah barat, terletak sebuah restoran yang terkenal di Taiping - Restoran Bismillah.
Sebuah warung menjual cendol, berada dilokasi yang sama, "menumpang" disebelah restoran Bismillah. Itulah tempat aku melepak, sewaktu berada di sekolah menengah hampir 20 tahun yang lalu. Ya, belajar "mengorat " pun disitu ... tapi malangnya, sebab wajah memang tak hensem, jadi tiada seorang pun gadis yang terpikat.
Tidak berhasrat untuk cerita panjang, cukuplah kepada tetamu Blog ini untuk klik disini.
5 comments:
abang long, assalamualaikum,
oohhh...rupanya abang long orang 'tepen' jugak ya? hurm...saya sebenarnya bukanlah asal sana, tapi pernah bersekolah di sana dari darjah 3 sampai form 1... ikut abah dolu kerja warder, bukan diPenjara Taiping tapi di Kem Tahanan Kamunting. Hi..best sungguh kalau ingat balik memories kat sana. Rumah saya dalam kem tu, di kaki bukit Jana... udara yg segar dan nyaman...ada air terjun lagi... saya sekolah di TMGS... pernah dgn kwn2 daki Maxwell Hill tu jalan kaki sampai atas... budak2 dulu boleh lah...skrg ni surrender... jalan2 kat Taman Tasik Taiping... pergi zoo kat situ... ikut mak pergi shopping kat bandar tu(naik bas laa..mana ada kereta zaman dolu), hhaaa...mmg saya ingat lagi Jam besar kat sebelah pasar tu...
Hurm...byk memori indah di sana... kalau ada masa mmg nak singgah, 3 tahun lepas pernah singgah kat Kem tu rumah kawan abah saya... tapi skrg dah byk kemajuan...kat Kamunting tu pun dah byk pembangunan, rumah dah banyak, tak macam dulu...lapang aja dgn tasik bekas lombong..
... dah buat tag tu? kalau ada masa buat lah ya...
abang long...kak long masa kecik2 dulu selalu juga ke Taiping ikut abah ziarah sepupu abah yang dulu tinggal di kuarters kerajaan dekat dgn taman tasik taiping. Pernah juga ke tempat2 yang abang long sebut di dalam entri.
Kenangan seumur hidup yang tidak mungkin dapat dilupakan. Kini hanya gambar2 di taman tasik menjadi tatapan :)
Hmm.... cakap pasal restoran bismillah ,terkenang zaman dolu2 . Di sinilah tempat saya selalu bertemu dengan si 'dia' sebelum kami sama2 berjalan kaki ke perpustakaan awam Taiping untuk belajar bersama2.Oleh kerana si dia pelajar SMKE (junior abg long 5 thn ) dan saya lak belajar kat Convent , so inilah tempat yang paling strategik utk berjumpa selps waktu sekolah . Tapi semuanya hanya tinggal kenangan . Masing2 dah bawa haluan hidup sendiri . Kerana 'dia' la saya tercampak kat PJ ni dan kerana 'dia' juga la saya terpaksa menahan hati setiap kali balik ke Taiping . Tapi apa boleh buat , semuanya sudah suratanNYA .Huwaaaa.... sedihnya.
assalamualaikum abang long.. nak mencelah juga.. tepen... mmg besttttttttt... raya tahun ni kat sana.. x sabar rasanya nak balik...
asalnya dulu x suka coz saya lahir di pahang... tp tup tup kawin dgn org tepen... best kat sana... x leh nak citer how is it.. but to be honest... tepen was in my list for my resettlement nanti (about 17 years to go)..
tepen... hmmm... bestttt
Assalamualaikum abang long,
saya orang tepeng. Tepeng memmang best. Saya duk kat changkat jering. Jalan nak pi terong tu..
Post a Comment