Friday, December 14, 2007

JUST A JOKE (3)

Upgrade System.
From Boyfriend to Husband.



Dear IT Support,



Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewelry applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.



In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, Golf 3.0 and World Cup 2.0 .


And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system.


I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.


What can I do?


Signed,
Desperate Housewife






Dear Desperate Housewife,


First keep in mind:


Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system. Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0. If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5. But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night 6.1. Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wav files .




Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0. In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly.




You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Viagra 6.9.



Good Luck,
IT Support.

Thursday, December 13, 2007

Balik Kampong

Pada 7hb Disember yang baru lalu, sekali lagi aku pulang ke kampong halamanku di Taiping. Tetapi kali ini aku membawa bersama keluargaku.


Seminggu sebelum pulang, saban hari anak - anakku bercerita bersama saudara sepupu mereka tentang rancangan ini, begitulah telatah anak - anak, riang ria untuk pulang ke kampong untuk berjumpa dengan atuk mereka.


Aku sengaja membawa mereka pulang, kerana aku agak gusar dengan keadaan kesihatan ayahandaku yang kelihatan semakin uzur. Bak pesanan dari orang tua - tua "jangan menyesal tak sudah".


Yang paling aku kasihan sudah tentulah isteriku. Beliau bertungkus - lumus menyiapkan segala barangan keperluan dan pakaian untuk dibawa, persiapan yang mengambil masa dua hari. Maklumlah bukannya pakaian untuk seorang dua, tetapi untuk 7 orang. Termasuklah makanan dan minuman ringan sebagai bekalan diatas tren.


Maaf cakap, bagi anda yang mahu melakukan perjalanan jauh dengan menggunakan perkhidmatan tren. Lebih baik dan jauh menguntungkan, sekiranya anda membawa makanan dan minuman dari rumah. Ini adalah kerana harga makanan dan minuman yang dijual diatas tren, kebanyakannya terlalu mahal, dan ada ketikanya seperti 'tidak masuk akal.'


Tiga hari dikampong, anak - anakku seperti 'melepaskan geram'. Ada sahaja program dan projek yang dilakukan mereka. Walaupun riuh rendah dan gamat, tetapi aku perhatikan kedua orang tuaku seperti tidak jemu ataupun letih melayan karenah cucu mereka. Yang paling 'ajaib', bilamana ayahku boleh berjalan dan bermain dengan cucunya, dan tidak kelihatan seperti orang yang sedang sakit !


Hatta, ayahku boleh makan apa sahaja yang dihidangkan, sedangkan, menurut ibuku, ayah tidak boleh menjamah makanan ini, tidak boleh memakan makanan itu dan lain - lain pantang larang lagi.


Ayah dan ibu nyata gembira dikelilingi cucu - cucunya. Hinggakan, satu ketika, aku agak terperanjat bila anak - anakku dan anak saudaraku sedang makan buah rambutan. Aku lalu bertanya "siapa yang kaitkan buah ini?"


"Atuk" jawab mereka serentak !


Aku lantas menegur ibuku kerana mengaitkan buah rambutan, "kan mak tak sihat?" Ibuku hanya berbasa - basi "alah ... dah depa nak makan." Aku hanya menggelengkan kepala.


Sewaktu hendak pulang, pada malam itu, ibuku menyediakan pelbagai juadah untuk dimakan diatas tren. Dan saat paling memilukan bila seorang demi seorang anak - anakku bersalam dan memeluk atuk mereka. Ayah dan ibuku memeluk cucu - cucu mereka dengan begitu mendalam dan dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Cium tangan, cium dahi, cium pipi dan berpelukan sambil ketawa riang .... dan ayahku bertanya lagi "bila nak mai lagi?"

Wednesday, December 05, 2007

Untuk suami atau isteri ?

Aku dan isteri hanya tertawa, apabila begitu ramai kaum wanita yang memberikan maklumbalas tentang - 25 sebab lelaki 'mental'.


Ada yang secara sinis bertanya "cuba buat UNTUK Suami pula."


Sebenarnya, untuk makluman pengunjung sekalian. Didalam blog ini, peringatan dan nasihat serta teguran untuk para suami sudah kerap disiarkan. Cuma mungkin ada pengunjung yang terlepas pandang. Malah peringatan dan teguran untuk para suami adalah lebih banyak dari teguran untuk kaum hawa.


Jadi, untuk 'memuaskan hati' pengunjung wanita @ perempuan, yang aku pasti lebih ramai dari pengunjung lelaki. Maka kali ini, disiarkan sebuah kisah rumahtangga, yang mana kaum wanita pasti akan tersenyum.




Marty wakes up at home with a huge hangover.


He forces himself to open his eyes, and the first thing he sees is a couple of aspirins and a glass of water on the side table.


He sits down and sees his clothing in front of him, all clean and pressed. Marty looks around the room and sees that it is in a perfect order, spotless, clean. So's the rest of the house. He takes the aspirins and notices a note on the table.


"Honey, breakfast is on the stove, I left early to go shopping. Love you."


So he goes to the kitchen and sure enough there is a hot breakfast and the morning newspaper. His son is also at the table, eating.


Marty asks, "Son, what happened last night?"


His son says, "Well, you came home after 3A.M., drunk and delirious. Broke some furniture, puked inthe hallway, and gave yourself a black eye when you stumbled into the door."


Confused, Marty asks, "So, why is everything in order and so clean, and breakfast is on the table waiting for me?" His son replies, "Oh that! Mom dragged you to the bedroom, and when she tried to take your pants off, you said,


"Lady, leave me alone, I'm married!"



# Sebenarnya, kisah ini aku perolehi dari emel, dan aku tidak pasti dari mana punca cerita ini bermula. Cuma contoh yang paling menarik perhatian aku adalah, bilamana atau bagaimana seorang lelaki atau suami yang sedang mabuk, pulang kerumah dan merosakkan harta bendanya sendiri. Namun didalam keadaan yang tidak waras atau mabuk itu, si lelaki ini masih SEDAR, yang dirinya sudah berkahwin. Dan didalam keadaan separuh sedar itu, sewaktu isterinya sedang berusaha untuk menanggalkan seluarnya (si lelaki mungkin menyangka wanita lain sedang melakukan sesuatu untuk mengadakan hubungan seks dengannya).


Maka si lelaki itu 'menolak' wanita itu dengan baik, sambil berkata bahawa dirinya sudahpun berkahwin.


Hal ini sudah tentu menggembirakan seorang isteri. Walaupun didalam keadaan mabuk, suaminya masih ingat tentang dirinya yang sudah berkahwin, dan tidak akan menjalinkan hubungan intim dengan wanita lain.


Ya, bagaimana pula dengan suami yang tidak mabuk ?


Aku sengaja membiarkan persoalan tergantung.

JUST A JOKE (2)

santai dan jenaka sebentar...



MUTHU & THE INTERVIEWER
Interviewer : What is your birth date?
Muthu : 13th October
Interviewer : Which year?
Muthu : ... EVERY YEAR.




MUTHU & HIS MANAGER=
Manager asked Muthu at an interview... .
Can you spell a word that has more than 100 letters in it?
Muthu replied: P-O-S-T-B-O- X




MUTHU & LONDON TRIP
After returning back from a foreign trip,
Muthu asked his wife, Do I looklike a foreigner?
Wife : No! Why?
Muthu : In London, a lady asked me, "Are you a foreigner?". . that's why ..
Wife : SHOCKED!



MUTHU & TOURIST
One tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man born in this village or not .. and Muthu said .. "No sir, only babies were born here .."




MUTHU & HIS EXPERIMENT.
Muthu was doing experiment with cockroach. First he cut it's one leg andtold WALK. WALK. Cockroach walked. Then he cut it's second leg and told the same. Cockroach walked. Then cut the third leg and did the same. At last he cut it's fourth leg and orderedit walk! But cockroach didn't walk. Suddenly Muthu said loudly, "I found it. If we cut cockroach's four legs, it becomes deaf.
Muthu become a saint!




MUTHU & DRIVER.
When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted mirror. Muthu shouted, "You are trying to see my wife ? Sit back. I will drive





MUTHU GOES TO HOTEL.
Muthu went in a hotel. To wash hands he went to the washbasin. There he started washing the basin. Seeing this, the manager asked what was hedoing. Muthu pointed towards the board "WASHBASIN".




MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART.
Interviewer : Just imagine your in 20th floor in a building, it caught fire and how will you escape ?
Muthu : It's simple.. I will just stop my imagination .. :)

Thursday, November 29, 2007

Wahai Para Isteri ...

25 sebab SUAMI "Mental" !!!



1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ".



2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak " .



3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."



4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"




5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."




6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "




7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"




8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "




9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."




10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."




11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "




12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."



13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."




14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."




15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."



16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."



17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."




18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."




19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."




20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"



21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."



22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"




23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."




24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."




DAN AKHIR SEKALI



25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

Wednesday, November 28, 2007

Blog, Blogger, Bloggers


Cerita ringkas - 1


Hampir setiap hari aku melayari laman web dan pelbagai blog. Ada ketikanya, aku membaca apa yang dicoretkan oleh blogger, dengan sekali lalu sahaja. Dan ada ketikanya, aku membaca berulang kali, hingga aku faham setiap patah perkataan atau ayat yang ditulis oleh bloggers.



Ada ketikanya aku hanya singgah, untuk mendapatkan idea. Tanpa meninggalkan jejak. Ada ketikanya aku hanya meninggalkan jejak diruangan chat. Tetapi, secara peribadi, aku lebih suka meninggalkan jejak diruangan komen. Kerana, salah satu sebabnya adalah, untuk berkongsi pandangan dengan tuan punya blog, samada kita bersetuju ataupun tidak.


Tetapi minggu ini, tiba - tiba sahaja aku terpegun, dan membaca berulang kali, tentang satu perkara (bukan isu besar atau isu sensitif). Tetapi topik yang dibawa oleh blogger ini, benar - benar terkena 'batang hidung' aku sendiri. Entri beliau, dipersembahkan seperti sebuah kajian yang ringkas. Tetapi penuh bermakna.


Boleh klik disini. Blog Norzailina Nordin. Bertajuk - The Mysterious World of Bloggers




Cerita ringkas - 2


Beberapa hari yang lalu, sewaktu sedang berbual dengan guru anak ku. Tiba - tiba sahaja dia memaklumkan sesuatu "saya dan rakan - rakan selalu masuk kedalam blog peribadi Encik, bukan apa, untuk belajar dan mengetahui pengalaman Encik sewaktu berhadapan dengan karenah anak - anak."


Aku terkelu sebentar. Sebelum bertanya kembali "dari mana cikgu tahu tentang blog saya?"


"Sebenarnya, anak Encik yang memberitahu saya tentang blog Encik" jawab guru tersebut dengan sopan.


"Seperkara lagi, anak Encik juga kerap membaca apa yang disiarkan didalam blog Encik, tetapi dia hanya membuka blog itu dirumah saya, sewaktu selesai kelas tambahan."


Aku hanya tersenyum dan terdiam.



# Sesiapa sahaja akan melayari Blog Peribadi. Kawan, sahabat, saudara, kenalan, rakan bisnes, isteri, suami, anak - anak, cucu, cicit, menteri dan SESIAPA SAHAJA.

Friday, November 23, 2007

MASKARA kembali .....


Dengan segala hormatnya menjemput Tuan-Tuan & Puan-Puan ke Majlis Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah Dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka ( MASKARA ) edisi ke V.
*
*
Nama Program : Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah (Geng Jurnal) Dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (MASKARA) V
*
*
Tarikh : 1 Disember 2007 (Sabtu)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Rumah PENA, Kuala Lumpur
Masuk : Percuma
*
*
Wanita sentiasa istimewa.
*
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendengar karya wanita-wanita di malam MASKARA ke V pada 1 Disember 2007, 8:30 malam di Rumah Pena, Kuala Lumpur.
*
*
Pengacara : Kak AzieAzah - DJ Sahabat KLfm
*
*
Pembaca Naskah Yang Akan Tampil di pentas Istimewa kami :
*
1. Bernice ChaulyPenulis, Pelakon, Pensyarah dan Pembikin Filem (Siapa tengok gol & gincu?? ni datin Aina oke?)
2. Ras Adiba RadziPerformer, Penulis, Pengiat seni dan former Pengacara TV3.
Ummu Hani Abu Hassan ~ Penulis kreatif dan wartawan sambilan.
4. Persembahan Puisi dengan Bahasa Isyarat dari Nur Safiah Abd Raub (Juru isyarat amatur, sukarelawan bahasa isyarat persatuan org pekak johor), Nor Diyana Hassan (Juru isyarat tidak profesional) & Mawk (sukarelawan)
5. Farahana HussainPenulis dari ~ Minggu Penulis Remaja, 2002 dan penuntut sepenuh masa.
6. SalinaPenulis dari ~ Pink Platun
7. NidaPenulis dari ~ Pink Platun
8. Cik DaunPenulis ~ dari Pink Platun
9. Salina Ibrahim ~ Novelis terkenal.
*
*
Masuk percuma.
Makan percuma.
Minum percuma.
Buku percuma.
DVD filem percuma.
*
*
Jemput datang beramai-ramai Info lanjut?
Hubungi Vovin - 0123597857 / AttOkz - 0122488664

Thursday, November 22, 2007

Akhirnya, jawapan disiarkan ....

Bagai yang dijanjikan kepada semua pengunjung Blog Abang Long. Dan atas permintaan ramai. Maka sekali lagi disiarkan gambar foto Abang Long sewaktu Majlis Makan Malam Syarikat. Dan gambar foto Abang Long dan famili.




Bagi mereka yang telah meneka dengan tepat. Pakaian yang dipakai oleh Abang Long. Maka sila hantarkan emel ke - safmi_80@yahoo.com.




Berikan butiran, seperti nama dan alamat penuh, supaya proses penghantaran hadiah dapat dilakukan dengan cepat.





# Abang Long sedang berposing dengan isteri. Dihadapan kediaman kami. Sewaktu sedang bersedia untuk keluar berhari raya, tempohari.
















# Gambar foto yang dirakamkan didalam studio. Gambar ini diambil 3 tahun yang lalu. Sewaktu anak masih empat orang.













# Gambar foto Abang Long sekeluarga. Berposing didalam rumah mertua. Waktu gambar ini diambil, kami sedang bersiap sedia untuk keluar berhari raya, pada hari raya pertama.





# Empat orang putera dan seorang puteri.




Dan dibawah adalah gambar yang dinanti - nantikan oleh pengunjung Blog Abang Long. Kedudukannya, Abang Long berdiri disebelah kanan sekali. Jadi bila dilihat, diperhati dan dibelek - belek pakaian yang dipakai oleh Abang Long, boleh sesiapa menduga atau tekaan siapa yang tepat ?

TERIMA KASIH kepada semua pengunjung yang telah mengambil bahagian.

Wednesday, November 21, 2007

CERITA dahulu ...


Inilah acara 'team building' yang boleh dikategorikan sebagai program 'pecah otak'. Malah ada peserta yang dengan bersahaja berkata 'inilah acara menaikkan nafsu'. Walau apapun, tidak dinafikan, ada diantara soalannya yang berbaur seks. Tetapi itu mengikut persepsi seseorang.


Program ini diadakan dalam lingkungan 2 km. Tetapi jika ketua atau 'team leader' seorang yang bijak. Maka tidak perlu menurut nombor soalan mengikut turutan. Yang penting, mendapatkan jawapan dan menamatkan perlumbaan.


Persekitaran hotel menjadi gamat dan riuh rendah, kerana hampir 200 orang peserta berlegar disekitar hotel dan kawasan sekeliling, semata - mata untuk mendapatkan jawapan kepada soalan dan klu yang diberikan. Dan yang paling memeningkan serta menimbulkan gelak ketawa, bilamana ada soalan berkisar tentang filem yang ada kaitan atau 'twin' antara filem Hollywood dan Bollywood.


Apapun, jelas kelihatan yang menjelma, bukan 'team building'. Tetapi 'co-operations' antara satu kumpulan dengan kumpulan lain, yang terdiri dari 25 kumpulan kecil. Walaupun 'bertukar maklumat' adalah dilarang keras atau 'prohibitted', tetapi setiap kumpulan kecil ini bertukar maklumat 'dalam diam'. Hinggakan, akhirnya seluruh kumpulan dapat menamatkan 'perlumbaan' sebelum waktu penamat. Dan ini mengejutkan 'organiser', kerana setiap kumpulan memberikan jawapan yang sama dan tepat.


Dan acara gilang - gemilang dan dinanti - nantikan sudah tentulah - Majlis Makan Malam.
Kalau pada hari biasa, samada staff lelaki mahupun wanita akan berpakaian biasa, iaitu pakaian pejabat. Tetapi pada malam itu, semuanya bertukar 'dressing'. Yang lelaki kelihatan segak bergaya 'ala James Bond', manakala kaum wanita memakai pakaian yang kelihatan anggun, menawan dan seksi. Bukan seksi sedikit, malah ada yang berpakaian terlalu seksi. Bagi semua orang, inilah malam kemuncak untuk memperagakan fesyen yang digemari.

Tuesday, November 20, 2007

Hibur, Makan, Minum.

Bukan sembarangan orang. Ini dinamakan persembahan solo. Beliau mampu menarik perhatian dan kerjasama dari audien. Bukan rakyat Malaysia. Tetapi mampu melakukannya demi kerana kesungguhan dan kerjaya profesional. Seorang yang amat menghormati kebudayaan yang berbilang dibumi ini.

Layannnnnnn .........


Gaya persembahannya santai, namun mampu menggamatkan suasana majlis.

Kerja, Makan, Minum.


Sememangnya meletihkan. Begitu meletihkan. Hilang tenaga zahir dan batin. Selama dua hari dan satu malam, seluruh staff syarikat dikerah tenaga habis - habisan. Dengan program 'team building'.


Namun, akhirnya berbaloi. Yang pasti, seluruh kakitangan bersetuju dengan satu perkara, iaitu, 'team work'.


Kalau diikutkan, program yang dijalankan, tidak terlalu menggunakan tenaga atau kudrat. Cuma kami diminta untuk menyelesaikan 'kod rahsia' sahaja. Ditempat yang berlainan. Dan terpulang, kepada kami, untuk menyelesaikan 'masalah' itu mengikut kaedah turutan nombor atau tidak.


Buat setakat ini, biarlah cerita atau kisah ini tergantung. Nasib baik tempat penginapan dan makanan yang disediakan memuaskan hati semua orang. Bak kata seorang teman dari Lahad Datu "boleh naik 2 kilo badan kamek".
-
-
# Gambar foto diatas adalah bilik dimana Abang Long menginap. Bukan sekadar gambar hiasan.

Thursday, November 15, 2007

MAKAN MALAM TAHUNAN


Dalam seminggu ini, mood kerja benar - benar berubah, bukannya 10% atau 20% atau 30%. Tetapi benar - benar 'pusing' kepada 100%.


Masing - masing pekerja menjalankan tugas dengan penuh bersemangat. Penuh dedikasi. Dan masing - masing berusaha untuk menyiapkan tugasan secepat mungkin. Namun suasana 'hening' yang dilalui saban hari juga bertukar. Kini, samada di ibu pejabat mahupun pejabat cawangan diseluruh negara. Masing - masing seolah - olah sudah tidak sabar ataupun 'hilang sabar' untuk menyertai Program Makan Malam Tahunan dan Tari Menari, anjuran syarikat.


Bukan setakat hadiah yang hebat telah disediakan. Dan bukan juga disebabkan pada kali ini, wakil dari luar negara turut sama dijemput. Tetapi kerana majlis pada kali ini menggunakan tema yang agak 'havoc' dan pelbagai kata - kata 'provokasi' yang dilontarkan oleh kedua - dua belah pihak. Dan yang menariknya, perbuatan mereka 'direstui' oleh 'management team'.


Ironinya, pihak pengurusan juga telah 'terbahagi dua'. Dan kata - kata provok ini dihantar melalui emel. Menyebabkan berlakunya 'kesesakan' dalam peti emel masing - masing.


Diatas adalah POSTER yang menggamatkan suasana pejabat.

Wednesday, November 14, 2007

TERIMA KASIH

TERIMA KASIH atas prihatin saudara dan saudari yang sudi meninggalkan jejak dan kata - kata perangsang, atas tajuk KASIH AYAH.


Abang Long amat menghargainya !


Disebabkan oleh masalah teknikal, abang long tidak dapat menjawabnya seperti biasa. Maka entri ini adalah maklumbalas yang abang long terima dari insan yang tercatat nama @ blognya seperti dibawah:




mama ranggie said...
sesungguhnya kasih sayang mereka x dpt di balas walau dgn segunung intan berlian...tersentuh hati mama bile melihat betapa dlm nya kasih syg seorang anak...tahniah abg long..


JahRera said...
salam tuan rumah,air mataku mengalir mencurah-curah bila membaca entri ini,
pengalaman yg sama pada diri ini.


Lily Haslina Nasir said...
salam... sayu baca n3 ni.. memang jarang anak anak nak peluk cium orang tua sementara usia mereka masih bersisa...


Kak long said...
menitis air mata kak long membaca entri ini. Kasih sayang kedua ibu bapa tidak mampu kita membalasnya. Teringat arwah abah kak long.


zawahil-nor said...
beruntunglah ibubapa yg mempunyai anak-anak soleh yg sentiasa berbakti untuk mereka semasa kedua2nya masih hidup atau selepas mereka meninggal dunia.


Noushy Syah said...
Salam Abg Long...
Ibu bapa adalah segalanya buat kita, tanpa mereka siapalah kita...love them unconditionally the way they loved us...


Latiptalib said...
Semoga ayah Abang Long cepat sembuh. Semoga Abang Long dan keluarga diberi ketabahan menghadapi suasana begini.


pB said...
Salam Abg Long
Semoga kedua ibu bapa Abang Long dipanjang umurnya dan diberikan kesihatan yang baik.....
pB sayu membaca n3 kali ini ...


Sri Diah said...
Abg Long;
Semoga segala doa diberkati Allah. Memang doa seorang anak kepada ibu bapanya lebih afdal...


arsaili said...
tersentuh membaca entri ini..rasanya ramai anak2 tidak mampu nak menunjuk rasa kasih dengan org tua terutama dengan ayah...ia perlu diubah, kasih sayang perlu di zahirkan ...inilah contoh yang baik dari abg long.


Ainin Naufal said...
dulu ayah yang selak kelambu saya, sebab nak tengok saya yg sakit teruk diserang chikenpok, sampai tak mampu nak bangun. kata mak, ayah menangis tgk saya yg rupa dh x macam orang tu, ditambah dengan perut yg sarat waktu tu.

Bila dh nak sembuh, ayah bergurau. katanya, "antara kau dgn mak kau, mak kau lagi nampak muda dan lawa.

"Maklumlah masa tu muka saya penuh dgn bekas2 hitam chikenpok tu. hahaha.


dhiya zafira said...
salam abang long...semoga tetap tabah....


Jowopinter said...
Entri yang mengundang air mata....

Semoga ayah saudara, juga ibu saudara terus dipelihara Allah dengan kesihatan yang baik. Semoga kedua ibu bapa kita sama-sama diberkati dan dirahmati Allah...

Saya mengerti sebab saya juga anak sulung....

Sunday, November 11, 2007

KASIH AYAH IBU

KASIH AYAH ...


Pada hari Jumaat malam, aku keseorangan pulang ke kampong halaman ku di Taiping. Dengan menaiki keretapi. Pulang dengan menaiki keretapi jauh lebih murah dan terlalu murah berbanding dengan menaiki kereta, sudahlah terpaksa membayar harga minyak yang tinggi, bayar tol lagi, parking lagi, dan belum masuk lagi harga makanan dilebuhraya.


Keluarga terpaksa ditinggalkan sementara. Aku pulang ke kampong hanya untuk sementara. Untuk melihat ayah yang dilaporkan uzur. Sepanjang perjalanan aku hanya memikirkan keadaan ayahku yang sudah uzur. Dan sesekali terlintas difikiran tentang iklan Petronas, yang memaparkan aksi dan dialong, antara seorang ayah yang begitu pengasih dengan seorang anak yang banyak bertanya, tentang "burung apa?" Ini menyebabkan fikiranku terkenang kisah aku dan ayah, sewaktu aku masih kecil. Hingga menyebabkan aku menitiskan airmata, dan aku biarkan air mata terus mengalir keluar.


Sampai sahaja di Stesen Keretapi Taiping, aku diambil oleh adik kedua aku membawa kerumah orang tuaku.


Setibanya dirumah, waktu menunjukkan jam 3.45 pagi. Aku terus menghadap ayahku yang sedang tidur. Dengan cahaya lampu bilik yang suram, aku terus memegang tangannya dan mengucup lembut tangan ayah yang telah membela aku selama ini dengan sepenuh kasih sayang. Aku mencium dahinya, dan terbayang bagaimana ayah memeluk dan mengucup dahi ku sewaktu kecil.


Setelah itu, aku terus pergi kearah ibu yang sedang nyenyak tidur bersebelahan ayah. Rupanya beliau baru tersedar dari tidur, dan menyedari kehadiranku. Aku terus mencium tangannya dan memeluk tubuh ibuku dan mencium pipinya. Dengan nada suara yang perlahan aku bertanya "apakhabar mak?" "Alhamdulillah, sihat" beliau menjawab.


Lalu ibu ku berkata "pergilah tidur dulu, lagipun ayah belum bangun lagi."


Keesokan harinya, iaitu hari Sabtu. Aku tersedar, sewaktu ayahku menggerakkan diriku, untuk solat subuh. Tetapi nama yang dipanggilnya bukan nama aku. Tiba - tiba sahaja aku terasa bagaikan hendak menangis, manakan tidak, ayahku terlupa nama aku !


Dia bertanya "eh, siapa ni?" Bila aku beritahu nama aku, dia terus menjawab dengan bersahaja "oh, along..."


Aku bingkas bangun dan terus memeluk tubuhnya, sekali lagi air mataku mengalir keluar dengan derasnya. Bagiku, biarlah aku menangis sepuas - puasnya, sementara ayah masih ada.


Seperti biasa, sebagai anak sulung, aku adalah anak yang paling banyak bercakap dan bersembang dan membuat jenaka dengan ayahku. Aku tidak mahu membiarkan masa berlalu begitu sahaja, aku terus berbual dan mengusap lembut tubuhnya yang terlalu kurus. Aku dapat melihat dan merasakan yang tubuhnya seperti tinggal kulit dan tulang sahaja, dan kelihatan urat yang jelas ditangannya.


Waktu petang, sewaktu kesihatannya semakin terganggu, aku dan adikku terus membawanya ke klinik. Sewaktu memegang tubuhnya dan memimpin tangannya, sekali lagi airmataku mengalir keluar. Aku terkenang, bagaimana kasihnya ayah sewaktu memimpin aku diwaktu kecil. Ayah memimpinku dengan sepenuh kasih sayang, dan kini aku memimpinnya dengan deraian air mata. Terasa benar keuzurannya, namun masih boleh bergerak.


Pulang dari klinik, barulah ayah boleh makan dan berbual denganku. Berulang kali aku bertanya "ayah dah rasa ok ke?"


Ayahku memahami perasaanku diwaktu itu. Tetapi masih boleh tersenyum dan menasihatkan supaya aku mengambil keretapi malam. "Baliklah, nanti along nak kerja kan?"


Sewaktu mahu berangkat pulang, aku mencium dan memeluk tubuh kedua orang tuaku dengan sepuas - puasnya, "along minta ampun dan maaf, dunia akhirat, dan halalkan makan dan minum along", lalu ayah dan ibuku berkata "along ... along tak ada dosa dengan kami!" sekali lagi air mataku mengalir keluar. Aku sengaja tidak mahu mengelapnya. Biarlah air mata ini keluar.



# Ya, Allah, panjangkanlah umur kedua orang tuaku. Kasihilah mereka, sepertimana mereka mengaisihi diriku.

Friday, November 09, 2007

Macam - macam kisah (32)


Kisah 1 - Keluar masuk balik.
.
.
Pada hari Deepavali, semalam. Sewaktu aku dan keluarga sudah bersiap sedia untuk keluar. Dan anak - anakku sudah berada didalam kereta. Tiba - tiba kedengaran kenderaan memasuki ruang kawasan rumahku.
.
Bila isteriku melihat keluar, rupanya, saudaraku tiba dengan dua buah kereta.
.
"Hangpa nak keluaq ka" soal saudaraku. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk, namun tetap mempersilakan mereka masuk dahulu kedalam rumahku. Nasib baik kedatangan mereka hanya sebentar, usai solat zohor, kami beramai - ramai keluar rumah. Kerana aku telah berjanji dengan dua orang sahabatku, untuk berkunjung kerumah mereka.
.
# Sudah menjadi lumrah, ada ketikanya, disaat - saat begitu, ada sahaja tetamu (baca: rezeki) yang tiba.
.
.
.
Kisah 2 - Dua terakhir.
.
.
Aku tiba kerumah Puan Nurrazah8, 1 jam lewat dari yang dirancangkan. Aku telah membawa ahli keluargaku dan bersama Pokcik Mersik. Kedatangan kami disambut mesra dan dengan senyuman oleh Puan Nurazzah dan suami.
.
Maklumlah, selama ini, KAMI (Abang Long, Pokcik Mersik dan Puan Nurazzah8), hanya mengenali antara satu sama lain di alam siber.
.
Spontan Puan Nurazzah8 'mengusik', "oh, ini rupanya Abang Long dan Pokcik Mersik" .... Kami hanya tersenyum malu. Terutamanya Pokcik Mersik.
.
Sambil berbual dan bertanya khabar, kami terus dipersilakan untuk menjamu selera. Makanan yang dihidangkan memang benar - benar "membuka selera". Hingga aku melihat anak - anakku terus sahaja 'menghadap' apa yang terhidang diatas meja makan. Maklumlah waktu itu perut masing - masing memang sedang dalam 'kebuluran'.
.
TERIMA KASIH diucapkan kepada Puan Nurazzah8 dan suami kerana menerima kedatangan kami. Dan menjamu dengan makanan yang sememangnya menyelerakan. Hingga anakku berkata "lain kali Ummi masak macam tu, ya?"
.
# Sewaktu nak tidur, masih terbayang Ruz (nasi) Bukhari. Kalau rumah saudaraku, sudah pasti aku akan minta 'ta pau'.
.
.
.
Kisah 3 - SRI DIAH.
.
.
Kami tiba dirumah Puan Sri Diah, sudah agak lewat. Kerana seperti yang kita maklumi, Sri Diah adalah 'orang kuat' SINAR HARIAN, selain dari menjadi novelis yang tersohor.
.
Sambil berbual, kami terus sahaja menjamu selera. Walaupun anak - anakku kelihatan agak kehairanan dengan makanan yang disediakan. Namun setelah mereka mencuba, akhirnya bertambah - tambah mereka makan. Dan, aku juga menambah beberapa kali, kerana itu adalah antara makanan kegemaranku.
.
Tapi aku agak kasihan dengan Pokcik Mersik, kerana maklumlah, dengan giginya yang tinggal 'dua batang' itu, tidak banyak yang beliau mampu lakukan.


Kepada Kak Sri Diah, hanya ucapan TERIMA KASIH yang mampu aku dan keluarga ucapkan.
.
# Pokcik Mersik bertanya "selepas ni Abang Long nak kemana lagi?" Aku menjawab dengan bersahaja dihadapan Kak Sri, "nak balik rumah, cari bantal." Maklumlah perut dah kenyang.

Wednesday, November 07, 2007

Macam - macam kisah (31)



Kisah 1 - Semenjak kecil.


Soalan ini telah aku dengar, semenjak dari kecil, dan hingga kini masih kedengaran. Satu soalan yang paling mudah, tapi ada ketikanya sukar untuk dijawab.


Soalannya berbunyi:


Seandainya, kita tiada hari perayaan, seperti Aidilfitri, AidilAdha. Ataupun tiada majlis perkahwinan atau kematian, bilakah kita akan dapat bertemu dengan seluruh ahli keluarga dan sahabat handai yang telah lama berpisah ?


Ya, bukannya mudah untuk kita bertemu dan berkumpul dengan seluruh ahli keluarga dan sahabat handai dalam SATU MASA. Itulah HAKIKATNYA !.


Pada hari raya ini, aku telah bertemu dengan saudara aku yang telah 30 tahun tidak bertemu. Akhirnya, dengan persetujuan ramai, aku telah ditugaskan untuk membuat carta seluruh ahli keluarga dan susur galur atau salasilah ahli keluarga. Beberapa malam aku termenung memikirkan dari mana harus aku bermula. Dari maklumat awal yang aku perolehi dari ahli keluarga yang paling tua, seluruh ahli keluarga terdapat seramai 3,000 orang, samada yang menetap di Malaysia, Singapura (majoriti), Indonesia, Arab Saudi, Afrika dan Eropah.


# Aku termenung, "alahaiiiiii ........". Ramainya keturunan Banjar !




Kisah 2 - Dengar angguk, Faham geleng.


Bila sudah berkumpul, aku tersenyum sendirian, bising, riuh dan gamat, satu perkara yang pasti berlaku. Tetapi yang paling aku tak tahan, bila isteri aku bertanya "kenapa abang tersenyum?"


Aku menjawab dengan berbisik "cuba lihat, saudara abang keturunan Banjar, tapi cuba dengar perbualan mereka, ada yang telo Johor, Melaka, Perak, Singapura dan Indonesia. Cuma yang tua sahaja masih bercakap ikut telo Banjar" .... yang menjadi masalahnya, abang, sepatah haram perkataan Banjar pun abang tak tahu" ......


# Satu perkataan sudah aku pelajari: "Menukar" bermaksud "membeli barang".



Kisah 3 - Sama nama.


Walaupun ramai yang berkumpul, namun aku tetap berkesempatan untuk bertanya beberapa perkara. Yang menariknya, terdapat 5 orang ahli keluarga yang mempunyai nama yang sama. Bukan setakat nama yang sama, malah ejaannya pun sama.


Cuma tarikh lahirnya sahaja yang berbeza.


Dan seperti yang telah dipersetujui majoriti ahli keluarga, setiap keputusan akhir akan dibuat olehku. Memandangkan aku telah dilantik sebagai Mr. Chairman.


Seperkara lagi yang menarik adalah, aku telah memberikan 'arahan pertama'. Diminta semua yang hadir memberikan nama ahli keluarga, nombor telefon bimbit dan alamat emel. Masing - masing menyerahkan butiran yang aku kehendaki dan agat mengejutkan, kerana selain dari itu, mereka juga memberikan 'ang pau' untuk anak - anakku.


# Tiba - tiba isteriku pula yang malu, kerana seperti kebiasaan, apabila anak - anaku mendapat 'duit raya', secara spontan, mereka akan menyerahkan kepada isteriku untuk disimpan. Jadi, dalam majlis itu, anakku seperti biasa dan spontan berkata "nah ummi".

Monday, November 05, 2007

Macam - macam kisah (30)



Kisah 1 - Rezeki melimpah.

Sudah dipenghujung Syawal. Namun aku dan keluarga masih menghadiri jemputan dari saudara - mara dan para sahabat.

Dari permulaan, aku memang telah mengatur 'jadual' agar tidak tertinggal. Itupun terdapat beberapa buah yang terlepas akibat dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

# Anakku sambil tertawa bercakap sesama mereka "eh, malam ini, abah nak pergi rumah ketigapuluh kan?"

Kisah 2 - BLOG & BLOGGERS @ rumah terbuka.

Hari raya ini, adalah hari raya yang pertama kali aku bertemu dengan begitu ramai bloggers. Entah kenapa, setiap kali bertemu muka dengan para bloggers, tidak kira dimana, yang pasti kami (bloggers) akan ketawa terlebih dahulu. Oh, inilah rupanya "awak". Didalam blog, punyalah 'havoc', rupanya "awak" ni pemalu !

# Terdedah segalanya - THE DARK SIDE OF

Kisah 3 - DUNIA INI KECIL - S-A-H-A-J-A.

Bloggers yang bersaudara. Itulah kesimpulan yang aku boleh berikan. Tiba - tiba sahaja, sewaktu berhariraya, sembang punya sembang, bual dengan rancak, bergurau senda, tiba - tiba salah seorang bloggers berkata "eh, Pak Ngah Karim, yang tinggal dikampong simpang Kamunting, di Taman Lela tu, ayah saudara awak ?" .... alahai .....

Maka bermulalah episod memandang wajah antara satu sama lain, dan tanpa kerlipan mata. "Ah, sudah ...." ayat yang tidak dapat dihabiskan, sambil menggaru kepala.

"Kenapa?" soal bloggers yang lain.

"Pak Ngah Karim tu, ayah saudara aku lah ...."

Semua terdiam .... lalu berlakulah adegan pertemuan seperti dalam program "JEJAK KASIH".

Itulah tanda kebesaran Allah.

# Maaf, aku sendiri tanpa sedar menitiskan air mata kegembiraan.

Friday, November 02, 2007

Macam - macam kisah (29)



Kisah 1 - Jalan - jalan cari rumah.

Alamat rumah sudah tersedia, no telefon bimbit telah diperolehi, peta sudah berada ditangan. Tetapi, apakan daya, rumah yang dicari tetap tidak ditemui.

Ya, bagi sesetengah orang, atau bagi penduduk yang telah tinggal disitu, mungkin tiada masalah. Tetapi bagi orang yang belum pernah kesuatu tempat, agak sukar juga.

Inilah yang berlaku, sewaktu berkunjung ke salah sebuah rumah sahabat ku. Rupanya, rumahnya terletak 'dijalan mati'. Maksud aku, sudahlah rumahnya 'dihujung dunia'. Terletak dikawasan perumahan baru. Memang patut tiada dalam peta.

Cara terakhir, sahabat aku meminta aku tunggu disatu bangunan yang telah dikenalpasti, dan sahabat aku datang menjemput aku 'ditengah' jalan.

# Siapa yang harus dipersalahkan ?

Kisah 2 - Cakap kosong.

Bila sampai sahaja dirumahnya, baru aku sedar, rupanya, selekoh jalan yang aku lalui itu sebenarnya telah aku tempuhi beberapa kali. Namun kegembiraan terserlah, kerana akhirnya sampai juga kerumah sahabatku itu.

Sembang - sembang tentang 'salah jalan' sahaja memakan masa hampir 1 jam. Sambil menjamu selera pun masih bercakap tentang hal yang sama. Akhirnya, sewaktu mahu pulang, aku menjemput sahabatku itu, untuk berkunjung pula kerumah aku pula.

Tapi aku memberi jaminan, yang dia tidak akan tersesat jalan.

# Sebelum keluar dari rumahnya, aku telah meninggalkan kertas yang terlukis peta arah kerumahku. Sambil berkata "kalau engkau sesat juga, pergi ke balai polis." Seisi keluarga tertawa dengan gurauanku.

Kisah 3 - PETA kawasan.

Sewaktu naik kedalam kereta, tiba - tiba isteriku bertanya "abang tahu ke jalan nak keluar?".

Dengan bersahaja aku menjeling kearah isteriku dan berkata "tahu jalan masuk, takkan tak tau jalan keluar."

Tiba - tiba anakku menyahut dari tempat duduk belakang "abah nak tengok peta lagi?"

Aku menjawab "simpan dalam poket, buat pekasam."

# Pergi tiga jam, balik 1 jam.

Macam - macam kisah (28)



Kisah 1 - MAKAN.

Sewaktu berkunjung kerumah salah seorang sahabat. Kelihatan seorang wanita yang memakai purdah datang bersama suami dan anak - anaknya. Aku perasan yang ramai yang memerhati wanita tersebut. Tetapi aku tidak tahu apakah yang bermain difikiran masing - masing diwaktu itu.

Aku dan anak - anak tidak menghiraukan situasi itu. Kerana satu ketika dahulu, isteriku juga berpurdah.

Tetapi, maaf ku pohon kepada semua. Sewaktu makan aku melihat wanita ini, duduk jauh disatu sudut dan membelakangi tetamu yang ada. Mungkin untuk mengelakkan wajahnya dari didedahkan kepada tetamu yang lain. Aku berasa ini adalah situasi yang kurang menyenangkan kepada tuan rumah dan tetamu yang lain. Tetapi, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan atau menjawab dalam perkara ini.

# Namun aku pasti, Islam ada jalan penyelesaiannya.

Kisah 2 - SATU TUTUP, SEPULUH BUKA.

Aku terkenangkan sewaktu zaman 'kebangitan Islam' satu ketika dahulu. Terutamanya bilamana berlakunya Revolusi Islam di Iran. Begitu ramai wanita yang bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Tetapi, zaman itu telah berlalu. Kini wanita yang tidak menutup aurat dan bertudung sudah hampir sama bilangannya dengan yang bertudung.

Malahan, sewaktu berhari raya dirumah sahabat ku. Bilangan wanita yang bertudung boleh dikira dengan jari. Yang lebih hebat, bilamana wanita yang memakai pakaian seksi sudah semakin bertambah. Lebih dahsyat, ada wanita yang memakai kain dan terdapat belahan dibahagian belakang yang begitu panjang, hampir - hampir kebahagian pangkal peha.

# Inilah yang disebut dengan jelas oleh Dato' Nik Abdul Aziz (Menteri Besar Kelantan), sebagai - "mengganggu emosi lelaki".

Kisah 3 - ANAK BERTUDUNG, IBU BERSELENDANG.

Hendak dikata "seruan" Islam tidak sampai, rasanya ramai ulamak yang telah menyebut tentang hal ini, ribuan kali.

Yang menariknya, si anak kecil dipakaikan tudung, manis dan comel dipandang. Si ibu hanya meletakkan sahaja kain selendang diatas kepala. Bila kain selendang lurut kebawah, dinaikkan keatas semula. Itulah yang dilakukan berulang kali.

# Anak aku bertanya soalan yang paling menarik "abah tahu tak, kat mana nak tengok perempuan yang pakai selendang paling ramai?"

Thursday, November 01, 2007

Macam - macam kisah (27)



Kisah 1 - Kesesakan Lalu LINTAS.

Sewaktu berhari raya, dan berkunjung kerumah saudara dan sahabat handai. Anakku sering merungut "lebih baik beraya dikampong, jalan tak sesak".

Dalam perjalanan balik kampong, aku singgah dirumah salah seorang saudaraku di sempadan Selangor dan Perak. Tiba - tiba, selepas selekoh dari jalan besar. Aku terpaksa memberhentikan kereta. Masalah lebih besar sedang menunggu kami. Dimana terdapat sekumpulan besar kambing sedang melalui jalan kampong. Hendak dibunyikan hon, kambing itu memang tidak akan beredar dari situ. Sudahlah begitu, kambing ini jalan dalam keadaan bersahaja.

Lalu aku berkata "nampaknya, jalan kampong lebih sesak".

# Anak - anakku terus terdiam. Isteriku hanya tersenyum.

.

.

Kisah 2 - SUP KAMBING.

Nasib baik aku tidak 'melanggar' kambing yang berkeliaran diatas jalan masuk ke kampong itu. Rupa - rupanya, kambing itu milik saudara aku.

Namun nasib kami begitu baik, selain dari berhari raya, kami dijamu dengan sup kambing. Sudahlah makan sup dirumah orang, diberikannya lagi bekalan untuk dibawa balik.

# Sewaktu pulang, anak aku berpesan, "abah, bawa kereta elok - elok, jangan langgar kambing". Berderai ketawa satu kereta.

.

.

Kisah 3 - AIR TANGAN MAMAK.

Sewaktu dalam kereta, isteri aku bertanya "sedap betul sup kambing tadi ya bang?"

# Aku hanya menjawab "mana tak sedap, mamak yang masak, air tangan mamak" sambil ketawa.

Wednesday, October 31, 2007

Raya lagi ...



Kisah 1 - JAMUAN.
-
-

Hampir semua rumah yang aku kunjungi, sempena dengan hari lebaran ini, menyediakan juadah yang hampir sama. Nasi himpit, lemang, kuah kacang, lontong, mee kari, laksa dan pelbagai juadah lain.
-
-
Cuma sebuah rumah, menyediakan juadah yang lain, serta 'lari dari topik'. Tuan rumah menyediakan masakan barat. Cuma kuih muih sahaja yang ada persamaan dengan sambutan hari raya.
-
-
# Kiranya, ok juga.
-
-
-
Kisah 2 - SAMA WAKTU.
-
-
Sewaktu berkunjung ke rumah terbuka, aku tidak berapa gemar, atau kurang selesa, sekiranya terlalu ramai yang datang secara serentak. Maklumlah, selain dari perlu berbaris (terasa macam pergi restoran makanan segera), maka ramai yang mengambil makanan seperti sudah lama tidak mendapat makanan. Ada yang mengambil makanan hingga terjatuh ke lantai.
-
-
Ada tuan rumah yang menetapkan waktu untuk rumah terbuka, ada yang hanya mencatatkan dari jam sekian hingga makanan habis. Dan ada juga yang hanya memaklumkan tarikh sahaja.
-
-
# Emel yang diterima, terpaksa aku balas kembali: "Saudara, rumah terbuka dari jam berapa?"
-
-
-
Kisah 3 - AKU TERSENYUM dan ramai tersenyum.
-
-

Sudah menjadi kebiasaan, apabila kita mendapat jemputan untuk rumah terbuka, maka kita akan berpakaian seperti biasa. Melainkan ada makluman khusus dari tuan rumah.
-
-
Tiba - tiba, dalam satu majlis rumah terbuka, anjuran seorang wakil rakyat. Terdapat sekumpulan orang bukan Melayu (tetamu berbangsa Inggeris dari Scotland). Yang datang dalam dua buah keluarga, dimana seluruh ahli keluarga berpakaian Melayu (baju melayu lengkap bagi lelaki dengan bersongkok, dan perempuannya memakai baju kurung dan ada yang berkebaya).
-
-
# Masing - masing tetamu hanya tersenyum, dan memandang kearah satu sama lain.

Monday, October 22, 2007

SMS ....


SMS oh SMS.



Ini adalah diantara sms yang aku terima, yang membuatkan aku tersenyum.


Seiring salam seharum ganja,
Kasih sayang sejernih vodka,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun berdosa sebesar extacy ...
SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAQHIR BATIN.
~ Sahabat novelis.


"Hari RAYA yang sebenarnya ialah hari dimana kita tidak melakukan sebarang MAKSIAT pada Allah didalamnya" (IMAM ALI). SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.
~ Sahabat ulamak.


Setulus hati maaf kuhuluri,
Terkhilaf teralpa terguris melukai,
Ramadan menginsafi,
Syawal mensyukuri,
Salam Aidilfitri.
~ Sahabat novelis.



SELAMAT HARI LAHIR. Semoga dipanjangkan umur, diberi rezeki yang melimpah ruah. Bahagia dunia dan akhirat. SAYANG ABANG ....
~ Sahabat, Kekasih, Teman Wanita @ Isteri.

Friday, October 19, 2007

Macam - macam kisah (26)

Kisah 1 - "Bukan budaya kita?"


Bayangkan seramai 5 buah keluarga, berjalan beramai - ramai ke surau, yang terletak tidak sampai 1 km. Sambil berjalan, kami bertakbir, bertasbih dan bertahmid memuji kebesaran Allah.


Sebaik keluar dari rumah, aku terus mengalunkan takbir hari raya, lalu disambut oleh anak - anak dan anak saudaraku. Walaupun ibu bapa mereka kelihatan terpinga - pinga, namun aku buat 'selamba' sahaja.


Dalam perjalanan itu, begitu ramai yang tersenyum memandang kami, maklumlah 'tidak pernah dibuat orang'. Yang menariknya, disebabkan jumlah kami yang ramai, ada beberapa buah kenderaan yang 'terpaksa' berhenti untuk memberikan laluan kepada kami.


Usai solat hari raya, sewaktu berjalan pulang, perkara yang sama dilakukan, hingga jemaah memberikan perhatian kepada 'gerombolan' kami.



# Sewaktu sedang menjamu selera, tiba - tiba sahaja salah seorang ipar ku bertanya "bang, saya rasa lain macam je tadi, waktu kita bertakbir ke surau". Lalu bertanya kembali "kenapa ?, benda yang elok bukankah baik dijadikan budaya".




Kisah 2 - DUIT RAYA.


Seperti kebiasaan, usai menjamu selera dan sewaktu hendak pulang, tuan rumah akan menghulurkan 'duit raya' kepada anak - anak kecil. Sambil mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin.


Tiba disalah sebuah rumah bapa saudaraku yang agak berada. Tiba - tiba, lancang sahaja mulutku berkata "anak - anak dapat duit raya, bapa mereka tak dapat ke?" ...


Yang hadir ketawa mendengar kata - kata aku. Tiba - tiba bapa saudara aku terus sahaja menghulurkan duit raya kepada aku. Aku terasa malu, namun bapa saudaraku terus juga menghulurkan duit raya kepada ku. Katanya "hang pun kira pangkat anak juga, ambillah .... ah buat malu - malu pulak". Dan dengan bersahaja aku mengambil duit raya itu.


# Tiada komen.



Kisah 3 - Rombongankah atau gerombolankah ?


Manalah tuan rumah tidak kelam kabut, walaupun dihari raya. Maklumlah, kali ini, seluruh ahli keluarga aku telah sepakat untuk berjalan dihari raya secara serentak. Aku tidak pasti, adakah jumlah ini dinamakan rombongan atau gerombolan.


Ya, semua sekali seramai 28 orang.


# Yang pasti, tuan rumah tetap senyum dan ramah melayan kami.

Wednesday, October 17, 2007

Alahai omak ...



Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih ku lurutkan,
Jauhi makanan berlemak,
Walaupun berselera,
Nasihat Doktor 'terpaksa' ku turutkan.


Terliur, kecur air liur, meleleh atau tergoda. Mohon ampun, terpaksa aku tinggalkan.



Setelah bertahun menikmatinya, akhirnya aku tewas. Dek kerana faktor kesihatan dan juga kerana sudah tua (sedar diri tak apa). Akhirnya aku terpaksa 'mendengar' nasihat Doktor.


"tak dapek den nak nolong"

Tuesday, October 16, 2007

RAYA tanpa TV


Sewaktu berkunjung ke rumah saudara, rakan dan sahabat handai. Bersempena dengan hari raya ini. Satu perkara yang aku perasan, kali ini terlalu banyak yang dibualkan. Dari kisah pembunuhan kejam Nurin, hari raya yang bersamaan dengan 50 tahun kemerdekaan, kisah angksawan negara dan kisah kemalangan demi kemalangan ngeri yang berlaku dinegara ini.



Tetapi, ada sebuah rumah sahabat yang aku kunjungi, memang ada kelainan. Masing - masing berbual sambil menjamu selera dan tiada sebarang 'gangguan'. Terasa keriuhan dan keseronokan berhari raya.




Rupanya baru aku perasan sesuatu. Dirumah sahabat aku ini. Peti televisyen telah 'disimpan' didalam bilik. Bila aku bertanya kepada sahabatku ini, kenapa beliau 'menyimpan' peti televisyennya. Dengan tersenyum beliau menjawab:



"Seronok tak, bila semua orang dapat berhari raya, tanpa menghadap tv?"



Aku hanya menggangguk tanda bersetuju dengan tindakan beliau.

Tuesday, October 09, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (25) - SALAM LEBARAN


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

SELAMAT HARI LEBARAN.

SELAMAT HARI RAYA PUASA.



Dikesempatan ini, dihari baik bulan mulia ini. Abang Long menyusun sepuluh jari. Memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung Blog Abang Long. Andai ada terkasar bahasa (maklumlah Abang Long bukan pakar bahasa), atau melakukan apa sahaja kesalahan dan kesilapan, sepanjang Abang Long menulis di Blog Abang Long ini.


Setiap entri yang dipaparkan adalah hasil dari pengalaman dan pemerhatian kepada keadaan sekeliling. Dan lebih fokus kepada kehidupan sebenar Abang Long dialam nyata.




InsyaAllah, gambar Abang Long sekeluarga akan disiarkan didalam Blog Abang Long, tidak berapa lama lagi. Tetapi buat makluman semua, gambar foto itu akan disiarkan dalam tempoh 5 jam sahaja. Dan entri serta gambar itu akan dipadamkan. Jadi, kalau ada sesiapa yang teringin melihat wajah sebenar Abang Long dan isteri serta anak - anak. Maka tunggu sahaja pengumumannya.


Kepada semua pengunjung blog ini, samada anda meninggalkan jejak ataupun sekadar membaca entri yang disiarkan. Abang Long ucapkan TERIMA KASIH. Dan setinggi penghargaan kepada mereka yang sudi meninggalkan jejak dan kata - kata didalam entri didalam blog ini.


Kepada pengunjung sekalian. Semoga berbahagia berhari raya bersama keluarga tersayang. Jangan lupa menziarahai mereka yang berada didalam kesusahan, seumpama anak yatim dan ibu tunggal.


Yang terpenting adalah, peringatan atau AMARAN KERAS kepada semua pemandu - BERHATI - HATI DIJALAN RAYA.


# Blog ini akan bercuti sehingga15hb Oktober 2007 - InsyaAllah.

Tazkirah Universiti Ramadhan (24)


Keliling kampong dan keliling bandar.
/
/
Aku dan isteri sengaja menunggang motor sekeliling kampong dan keliling bandar. Hari ini adalah hari ke 27 puasa. Malam ini lebih dikenali sebagai malam 27 likur. Dimana malam ini dijangka malaikat (?) baru mengetahui jalan atau lorong masuk kerumah seseorang.
/
/
Rangkuman apa yang aku lihat dan dengar:
/
/
1 - Akhbar menyiarkan tentang persiapan terakhir, angkasawan (?) negara yang pertama.
-
2 - Aku sakit tekak, sebab terpaksa cakap kuat dengan isteri aku. Kerana disekeliling kami, pusat membeli belah membuka lagu raya dengan begitu kuat sekali.
-
3 - Parkir kereta penuh disegenap sudut, dan ada yang meletakkan kenderaan sesuka hati, hingga menyebabkan kesesakan lalulintas.
-
4 - Kedai menjual kasut, pakaian raya, songkok penuh sesak.
-
5 - Gadis yang tidak segan silu memakai baju ketat, ada yang kelihatan jelas sebahagian belahan dada. Memakai skirtyang terlalu pendek. Aku tidak pasti adakah mereka itu - amoi atau minah ?
-
6 - Promosi harga kuih raya yang hampir tidak masuk akal.
-
7 - Orang ramai sudah tidak takut dengan saman. Sebab tahun hadapan pasti dapat diskaun.
-
8 - Dataran Klang sudah menunjukkan tanda akan menjadi "mini jakarta".
-
9 - Bazar Ramadhan dibuka 24 jam.
-
10-Jemaah solat isya' dan tarawih di Masjid Klang, adalah seramai 6 orang termasuk imam.
/
/
Macam - macam ada, disaat - saat akhir menjelang Syawal.

Monday, October 08, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (23)

Sewaktu masing - masing sedang bersiap hendak keluar dari rumah, untuk berbuka puasa diluar. Tiba - tiba sahaja ahli keluarga aku terpaku sebentar dihadapan televisyen.

4 generasi, menonton iklan tersebut. Anak, aku, bapa dan datuk. Semuanya terdiam.

Usai iklan, kami semua masuk kedalam kereta, tiada siapa yang bersuara, masing - masing melayani fikiran masing - masing.


Hendak tahu iklan apa ? Klik disini.

Tazkirah Universiti Ramadhan (22)


KESIHATAN MENTAL & FIZIKAL, KEUPAYAAN & KECERGASAN seorang pemandu amat penting dan mustahak. Kesemua faktor itu tidak boleh diabaikan


Polis bahagian trafik mengesahkan bahawa: 90 % daripada kemalangan dan kecelakaan dijalanraya adalah berpunca dari KELALAIAN anusia.



Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik. Dan cubalah berhemat dijalanraya. Jalanraya bukan tempat untuk berlumba !

Friday, October 05, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (21)



NOSTALGIA yang dikembalikan.

Aku sebenarnya terkejut dan teruja. Selepas 7 tahun aku tidak menerima sebarang kad raya. Tiba - tiba sahaja tahun ini. Aku menerima 3 keping kad raya.

Memang aku benar - benar merasa terharu !

Aku bukan seorang artis, atau wakil rakyat, atau seorang novelis, atau seorang yang glamor. Aku hanya seorang insan biasa. Tetapi bila ada yang sudi mengirimkan sekeping kad raya (ucapan selamat hari raya sebagai pengganti diri), sudah membuatkan aku tidak dapat tidur lena. Kerana bukan harga pada sekeping kad itu yang menjadi ukuran, tetapi pemberian IKHLAS dari pengirimnya yang membuatkan diri ini merasa dihargai.

Hinggakan isteriku tersenyum, bila melihat telatah aku yang asyik membelek kad raya itu.

Bagi diri aku. Inilah NOSTALGIA yang tidak ternilai.

Alhamdulillah, kad tersebut telah aku balas.

Thursday, October 04, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (20)


"Salam mesra kepada semua pengunjung. Untuk makluman para muslimin dan muslimat sekalian. Sekarang telah masuk waktu maghrib dan anda boleh berbuka puasa. Terima kasih".



Sebenarnya, tiada yang aneh ataupun pelik dengan ayat atau kenyataan diatas. Tetapi, bagi diri aku, ada sesuatu yang menarik perhatian. Kerana pengumuman itu dibuat oleh seorang gadis berbangsa Tionghua, dan berugama Buddha.


Cara beliau menyebut dan telornya juga jelas mengikut caranya.


Gadis itu bertugas dibahagian kaunter. Dan suara pengumumannya bergema diseluruh bangunan. Aku dan rakan - rakan sepejabat hanya tersenyum, begitu juga dengan pengunjung yang lain, yang turut sama berbuka direstoran itu.


Namun, seperti kebiasaannya, rakan sepejabat aku yang masih bujang dengan bersahaja berkata "lepas makan nanti, aku nak jumpa amoi tu, nak ucap terima kasih, kerana dia pandai jaga hati orang Islam".


Dan dengan bersahaja juga, aku berkata "lepas tu amoi tu boleh jaga hati engkau".


Rakan - rakan sepejabat aku terus ketawa. Rakan aku yang 'diusik' itu merona merah wajahnya, namun tetap tersenyum.

Wednesday, October 03, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (19)


Seorang doktor berkata kepada pesakitnya "maaf, kamu hanya ada 9 bulan sahaja lagi untuk hidup"



Seorang ibu berkata kepada anak gadisnya, yang akan melangsungkan perkawinannya tidak lama lagi "jaga diri kamu baik - baik, kamu hanya ada 9 hari lagi untuk majlis perkahwinan"


Kedua - dua kenyataan diatas sememangnya 'mendebarkan' menurut pandangan masing - masing.


Bagaimana dengan kita, yang hanya 'berbaki' 9 hari sahaja lagi, untuk menjalani ibadah puasa.


# 10 hari terakhir. Rasulullah S.A.W lebih banyak menghabiskan masa dan beriktikaf dimasjid.

Tuesday, October 02, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (18)



PROMOSI tinggal 10 hari sahaja lagi !!!


# Maaf, gambar disebelah, tiada kena mengena langsung dengan entri pada kali ini.


Tiba - tiba sahaja anak aku berkata, "abah, promosi puasa tinggal 10 hari sahaja lagi tau!"

Maaf, aku memang langsung tidak memahami apa yang diucapkan oleh anak aku.

Untuk mendapatkan kepastian kepada perkara itu, aku langsung bertanya kembali, tentang perkara itu kepada anak aku. "Angah kata apa tadi, abah kurang faham?"

Lalu anak aku berkata "macam ni, tadi kat sekolah, ustazah kata, kita kena rebut peluang buat baik dibulan puasa, sebab promosi tuhan tinggal 10 hari je lagi"

Spontan aku mengangguk dan menjawab "ya, betul tu, memang promosi tinggal 10 hari sahaja lagi"

Aku tidak pernah mendengar kaedah sebegini mudah untuk 'memahamkan' anak dibawah umur, supaya faham tentang agama. Maaf, ada ketikanya, para pendakwah kita menggunakan ayat yang berbelit - belit tentang agama.


# Aku pernah membaca jawapan seorang berpendidikan TINGGI dalam bidang agama (Pegawai Kerajaan). Soalannya mudah. Apakah HUKUMNYA berpakaian bertudung dan menutup aurat. Jawapannya hampir satu muka penuh, berbelit - belit. Namun tiada jawapan yang tepat dan rumusan yang betul. Kenapa TAKUT SANGAT hendak menjawab - "hukum bertudung dan menutup aurat adalah wajib!"

Monday, October 01, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (17)


DUA UJIAN SERENTAK !

Hari ini, anak - anak kita yang sedang belajar ditingkatan 3 akan berhadapan dengan Peperikasaan Menengah Rendah - PMR. Begitu juga kebanyakan pelajar disekolah menengah akan berhadapan peperiksaan akhir.

Sebagai ibubapa, marilah kita bersama - sama berdo'akan. Semoga anak - anak kita bersedia dan berjaya mengharungi peperiksaan, dan dalam waktu yang sama, menjalani ibadah puasa.

Anak - anak kita berhadapan dengan DUA UJIAN ~ SERENTAK, pada kali ini.