Dahi si anak berkerut memikirkan kata - kata ayahnya. Namun si ayah hanya mendiamkan diri.
30 tahun kemudian. Si anak merakamkan kembali dialog itu didalam blog ini.






Bukan sembarangan orang. Ini dinamakan persembahan solo. Beliau mampu menarik perhatian dan kerjasama dari audien. Bukan rakyat Malaysia. Tetapi mampu melakukannya demi kerana kesungguhan dan kerjaya profesional. Seorang yang amat menghormati kebudayaan yang berbilang dibumi ini.
Layannnnnnn .........
Gaya persembahannya santai, namun mampu menggamatkan suasana majlis.


dua orang sahabatku, untuk berkunjung kerumah mereka.

Kisah 1 - Rezeki melimpah.
Sudah dipenghujung Syawal. Namun aku dan keluarga masih menghadiri jemputan dari saudara - mara dan para sahabat.
Dari permulaan, aku memang telah mengatur 'jadual' agar tidak tertinggal. Itupun terdapat beberapa buah yang terlepas akibat dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.
# Anakku sambil tertawa bercakap sesama mereka "eh, malam ini, abah nak pergi rumah ketigapuluh kan?"
Kisah 2 - BLOG & BLOGGERS @ rumah terbuka.
Hari raya ini, adalah hari raya yang pertama kali aku bertemu dengan begitu ramai bloggers. Entah kenapa, setiap kali bertemu muka dengan para bloggers, tidak kira dimana, yang pasti kami (bloggers) akan ketawa terlebih dahulu. Oh, inilah rupanya "awak". Didalam blog, punyalah 'havoc', rupanya "awak" ni pemalu !
# Terdedah segalanya - THE DARK SIDE OF
Kisah 3 - DUNIA INI KECIL - S-A-H-A-J-A.
Bloggers yang bersaudara. Itulah kesimpulan yang aku boleh berikan. Tiba - tiba sahaja, sewaktu berhariraya, sembang punya sembang, bual dengan rancak, bergurau senda, tiba - tiba salah seorang bloggers berkata "eh, Pak Ngah Karim, yang tinggal dikampong simpang Kamunting, di Taman Lela tu, ayah saudara awak ?" .... alahai .....
Maka bermulalah episod memandang wajah antara satu sama lain, dan tanpa kerlipan mata. "Ah, sudah ...." ayat yang tidak dapat dihabiskan, sambil menggaru kepala.
"Kenapa?" soal bloggers yang lain.
"Pak Ngah Karim tu, ayah saudara aku lah ...."
Semua terdiam .... lalu berlakulah adegan pertemuan seperti dalam program "JEJAK KASIH".
Itulah tanda kebesaran Allah.
# Maaf, aku sendiri tanpa sedar menitiskan air mata kegembiraan.

Kisah 1 - Jalan - jalan cari rumah.
Alamat rumah sudah tersedia, no telefon bimbit telah diperolehi, peta sudah berada ditangan. Tetapi, apakan daya, rumah yang dicari tetap tidak ditemui.
Ya, bagi sesetengah orang, atau bagi penduduk yang telah tinggal disitu, mungkin tiada masalah. Tetapi bagi orang yang belum pernah kesuatu tempat, agak sukar juga.
Inilah yang berlaku, sewaktu berkunjung ke salah sebuah rumah sahabat ku. Rupanya, rumahnya terletak 'dijalan mati'. Maksud aku, sudahlah rumahnya 'dihujung dunia'. Terletak dikawasan perumahan baru. Memang patut tiada dalam peta.
Cara terakhir, sahabat aku meminta aku tunggu disatu bangunan yang telah dikenalpasti, dan sahabat aku datang menjemput aku 'ditengah' jalan.
# Siapa yang harus dipersalahkan ?
Kisah 2 - Cakap kosong.
Bila sampai sahaja dirumahnya, baru aku sedar, rupanya, selekoh jalan yang aku lalui itu sebenarnya telah aku tempuhi beberapa kali. Namun kegembiraan terserlah, kerana akhirnya sampai juga kerumah sahabatku itu.
Sembang - sembang tentang 'salah jalan' sahaja memakan masa hampir 1 jam. Sambil menjamu selera pun masih bercakap tentang hal yang sama. Akhirnya, sewaktu mahu pulang, aku menjemput sahabatku itu, untuk berkunjung pula kerumah aku pula.
Tapi aku memberi jaminan, yang dia tidak akan tersesat jalan.
# Sebelum keluar dari rumahnya, aku telah meninggalkan kertas yang terlukis peta arah kerumahku. Sambil berkata "kalau engkau sesat juga, pergi ke balai polis." Seisi keluarga tertawa dengan gurauanku.
Kisah 3 - PETA kawasan.
Sewaktu naik kedalam kereta, tiba - tiba isteriku bertanya "abang tahu ke jalan nak keluar?".
Dengan bersahaja aku menjeling kearah isteriku dan berkata "tahu jalan masuk, takkan tak tau jalan keluar."
Tiba - tiba anakku menyahut dari tempat duduk belakang "abah nak tengok peta lagi?"
Aku menjawab "simpan dalam poket, buat pekasam."
# Pergi tiga jam, balik 1 jam.

Kisah 1 - MAKAN.
Sewaktu berkunjung kerumah salah seorang sahabat. Kelihatan seorang wanita yang memakai purdah datang bersama suami dan anak - anaknya. Aku perasan yang ramai yang memerhati wanita tersebut. Tetapi aku tidak tahu apakah yang bermain difikiran masing - masing diwaktu itu.
Aku dan anak - anak tidak menghiraukan situasi itu. Kerana satu ketika dahulu, isteriku juga berpurdah.
Tetapi, maaf ku pohon kepada semua. Sewaktu makan aku melihat wanita ini, duduk jauh disatu sudut dan membelakangi tetamu yang ada. Mungkin untuk mengelakkan wajahnya dari didedahkan kepada tetamu yang lain. Aku berasa ini adalah situasi yang kurang menyenangkan kepada tuan rumah dan tetamu yang lain. Tetapi, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan atau menjawab dalam perkara ini.
# Namun aku pasti, Islam ada jalan penyelesaiannya.
Kisah 2 - SATU TUTUP, SEPULUH BUKA.
Aku terkenangkan sewaktu zaman 'kebangitan Islam' satu ketika dahulu. Terutamanya bilamana berlakunya Revolusi Islam di Iran. Begitu ramai wanita yang bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Tetapi, zaman itu telah berlalu. Kini wanita yang tidak menutup aurat dan bertudung sudah hampir sama bilangannya dengan yang bertudung.
Malahan, sewaktu berhari raya dirumah sahabat ku. Bilangan wanita yang bertudung boleh dikira dengan jari. Yang lebih hebat, bilamana wanita yang memakai pakaian seksi sudah semakin bertambah. Lebih dahsyat, ada wanita yang memakai kain dan terdapat belahan dibahagian belakang yang begitu panjang, hampir - hampir kebahagian pangkal peha.
# Inilah yang disebut dengan jelas oleh Dato' Nik Abdul Aziz (Menteri Besar Kelantan), sebagai - "mengganggu emosi lelaki".
Kisah 3 - ANAK BERTUDUNG, IBU BERSELENDANG.
Hendak dikata "seruan" Islam tidak sampai, rasanya ramai ulamak yang telah menyebut tentang hal ini, ribuan kali.
Yang menariknya, si anak kecil dipakaikan tudung, manis dan comel dipandang. Si ibu hanya meletakkan sahaja kain selendang diatas kepala. Bila kain selendang lurut kebawah, dinaikkan keatas semula. Itulah yang dilakukan berulang kali.
# Anak aku bertanya soalan yang paling menarik "abah tahu tak, kat mana nak tengok perempuan yang pakai selendang paling ramai?"

Kisah 1 - Kesesakan Lalu LINTAS.
Sewaktu berhari raya, dan berkunjung kerumah saudara dan sahabat handai. Anakku sering merungut "lebih baik beraya dikampong, jalan tak sesak".
Dalam perjalanan balik kampong, aku singgah dirumah salah seorang saudaraku di sempadan Selangor dan Perak. Tiba - tiba, selepas selekoh dari jalan besar. Aku terpaksa memberhentikan kereta. Masalah lebih besar sedang menunggu kami. Dimana terdapat sekumpulan besar kambing sedang melalui jalan kampong. Hendak dibunyikan hon, kambing itu memang tidak akan beredar dari situ. Sudahlah begitu, kambing ini jalan dalam keadaan bersahaja.
Lalu aku berkata "nampaknya, jalan kampong lebih sesak".
# Anak - anakku terus terdiam. Isteriku hanya tersenyum.
.
.
Kisah 2 - SUP KAMBING.
Nasib baik aku tidak 'melanggar' kambing yang berkeliaran diatas jalan masuk ke kampong itu. Rupa - rupanya, kambing itu milik saudara aku.
Namun nasib kami begitu baik, selain dari berhari raya, kami dijamu dengan sup kambing. Sudahlah makan sup dirumah orang, diberikannya lagi bekalan untuk dibawa balik.
# Sewaktu pulang, anak aku berpesan, "abah, bawa kereta elok - elok, jangan langgar kambing". Berderai ketawa satu kereta.
.
.
Kisah 3 - AIR TANGAN MAMAK.
Sewaktu dalam kereta, isteri aku bertanya "sedap betul sup kambing tadi ya bang?"
# Aku hanya menjawab "mana tak sedap, mamak yang masak, air tangan mamak" sambil ketawa.

