Showing posts with label PERMAINAN. Show all posts
Showing posts with label PERMAINAN. Show all posts

Friday, February 06, 2009

YOB BERPANTUN

YOB kejor YOB !
Kejor Yob, kejor !


Dalam tempoh 48 jam, begitu banyak sms yang aku terima, khususnya dari sanak saudara, teman dan sahabat. Samada yang menetap di Perak mahupun yang tinggal diluar Perak. Semuanya mengirimkan sms berbaur marah, geram, sakit hati dan ada juga yang masih sempat berpantun.


Maafkan aku YOB ! Aku memang tidak akan dapat membalas sms kalian. Kedudukan kewangan aku sudah meruncing. SETIAP SEN adalah NYAWA.


Seperkara lagi, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menasihati YOB. Kerana aku bukan ahli politik, bukan poliTIKUS, jauh dari menjadi seorang poliTIPU, ataupun poliTIBAI, apatah lagi menjadi seorang poliTAMAK.


Teman faham, ada orang sedang bergembira dinegeri kita YOB. Tetapi percayalah, BERJUTA - JUTA rakyat sedang menangis, sedih dan pilu memikirkan, apa akan terjadi beberapa bulan akan datang.


Dapat makankah ? Dapat kerjakah ? Dapat bantuankah ? Dapat berjalankah ? Dan pelbagai perkara yang menggerunkan sedang menerjah minda dan fikiran rakyat Malaysia dan penduduk bumi.


YOB. Bila teman 'menjelajah' dari satu blog ke satu blog. Teman dapati begitu banyak blogawan yang meletakkan entri tentang - KATAK. Memang teman tersenyum. Begitulah manusia, dalam keadaan terdesak dan mendesak, tiba - tiba sahaja pelbagai idea boleh terpancul keluar.


Jadi, teman fikir, untuk 'meredupkan' sedikit api kemarahan YOB. Apakata kita berpantun, YOB dan pengunjung blog ini cuma 'bertugas' menyambungkan sahaja pantun itu:


Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi tinggi,
(Sila sambung...)


Lompat si katak lompat,
Lompat atas tangga,
(Sila sambung...)


Lompat si katak lompat,
Lompat keatas darat,
(Sila sambung...)


Samada YOB dan pengunjung blog ini penyokong BN ataupun PR. Jangan malu dan segan. Tunjukkan bakat 'terpendam' anda dalam berpantun.

Thursday, November 15, 2007

MAKAN MALAM TAHUNAN


Dalam seminggu ini, mood kerja benar - benar berubah, bukannya 10% atau 20% atau 30%. Tetapi benar - benar 'pusing' kepada 100%.


Masing - masing pekerja menjalankan tugas dengan penuh bersemangat. Penuh dedikasi. Dan masing - masing berusaha untuk menyiapkan tugasan secepat mungkin. Namun suasana 'hening' yang dilalui saban hari juga bertukar. Kini, samada di ibu pejabat mahupun pejabat cawangan diseluruh negara. Masing - masing seolah - olah sudah tidak sabar ataupun 'hilang sabar' untuk menyertai Program Makan Malam Tahunan dan Tari Menari, anjuran syarikat.


Bukan setakat hadiah yang hebat telah disediakan. Dan bukan juga disebabkan pada kali ini, wakil dari luar negara turut sama dijemput. Tetapi kerana majlis pada kali ini menggunakan tema yang agak 'havoc' dan pelbagai kata - kata 'provokasi' yang dilontarkan oleh kedua - dua belah pihak. Dan yang menariknya, perbuatan mereka 'direstui' oleh 'management team'.


Ironinya, pihak pengurusan juga telah 'terbahagi dua'. Dan kata - kata provok ini dihantar melalui emel. Menyebabkan berlakunya 'kesesakan' dalam peti emel masing - masing.


Diatas adalah POSTER yang menggamatkan suasana pejabat.

Tuesday, March 06, 2007

Sambungan 6 perkara PELIK

Sewaktu kali pertama aku dikenakan “tag” oleh Nur Raina Afsana, aku tergamam, namun aku merasakan bahawa itu merupakan satu “penghormatan” sebenarnya. Bila seseorang menulis nama kita dihalaman Blog peribadi seseorang, itu bermaksud yang kita adalah seorang yang “dekat di hati” pengendali Blog itu.

Dan aku menyahut seruan itu, namun dihatiku berkata – kata, “takkan semua orang ada enam perkara sahaja yang pelik ?”. Namun disebabkan peraturan tidak rasmi hanya menghendaki enam perkara sahaja, maka aku turutkan juga.

Selepas beberapa ketika, maka aku merayau sekali lagi ke Blog insan yang kupilih secara rawak, maka keenam – enam Bloggers yang ku pilih telah memberikan maklumbalas yang begitu baik, dan mampu membuatkan pengunjung dan pembaca tersenyum, kerana ada lima perkara paling penting yang aku perolehi:-

1 – Jalinan persahabatan yang semakin erat.
2 – Mampu menceriakan alam Blog itu sendiri.
3 – Kemungkinan besar ada persamaan sikap pelik itu antara satu sama lain.
4 – Ada yang kurang dalam perkara teknikal.
5 – Didalam dun-ya ini “bukan aku seorang sahaja yang ada sikap pelik”.

Keenam – enam insan yang kupilih adalah seperti dibawah dimana aku berikan secara ringkas:

1 – Qaseh – Membawakan tajuk: “Smart Tag”.
Tajuk kecilnya: (berangan / menangis / kuat makan / cepat terasa hati / suka berjalan bila … / garu kepala).

2 – Noushy – Membawakan tajuk: “6 weird habits…”
Tajuk kecilnya: passion / can’t sleep well without / No / “bitting and eat” / hate / slurppss).

3 – PU3salju – Membawakan tajuk: “meriahkan duniamu dan dunia semua”.
Tajuk kecilnya: (ekspressi / lupa dunia / cartoon / dua alam / princess / sahabat).

4 – Retna – Membawakan tajuk: “Taggie game in 2007”.
Tajuk kecilnya: (bunyi hon / kaler merah / tangan lelaki / suka berangan / muka comei / ulam etc).

5 – Kak Long – Membawakan tajuk: “Pelik tapi benar”.
Tajuk kecilnya: (touch N go / mengunyah waktu tidur / takut sesat / coklat / pantai / bunga).

6 – Nieys – Membawakan tajuk: “Enam”.
Tajuk kecilnya: (mudah berbual @ bisu / suka menghadap pc / tak suka memandu / berani tapi penakut / mudah ingat / tempat mengadu).

Dikesempatan ini, aku mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada mereka yang terplilih secara rawak, atas kesudian mereka untuk bersama – sama berkongsi sesuatu yang menyeronokkan dalam usaha untuk menjalinkan persahabatan yang lebih erat.

Setelah tamat usaha ini, aku menyangka, dunia “tag” ini telah tamat untuk musimnya, namun sangkaan ku jauh meleset. Kerana apabila aku “merayau” kembali kedun-ya Blog, aku tergamam sekali lagi. Kerana masih ada lagi insan yang sudi untuk meletakkan namaku dalam senarai “tag” mereka. Tapi kali ini bukan seorang, tetapi 4 orang. Mereka adalah – Farah, Ija, Umi Azrini dan Zara Juita (Umi dan Zara adalah novelis baru).

Seperti ayatku diatas, aku pasti setiap orang pasti ada lebih dari 6 perkara pelik yang ada pada mereka. Maka kali ini aku tambahkan lagi, 6 perkara pelik yang ada pada diriku.

Dan semoga 12 perkara pelik yang aku paparkan disini, akan menjadi penamat kepada dunia TAG, buat musim ini.

6 perkara pelik tentang diriku:

1 – (tanggal kasut). Sewaktu sedang duduk didalam pejabat (waktu menghadap pc), aku akan menanggalkan kasut dan meletakkan kedua – dua belah kakiku diatas cpu.

2 – (mata). Paling aku tak gemar bila aku sedang bercakap dengan seseorang, tapi matanya, memandang kearah lain, maka aku akan membalas kembali dengan cara, aku akan membaca suratkhabar atau apa sahaja bahan bacaan yang kubawa bersama, biar orang itu terasa. Lain kali bila aku bercakap tolong berikan tumpuan atau perhatian, kerana sikap aku, bila seseorang sedang bercakap aku akan memberikan tumpuan.

3 – (makan waktu berbual melalui telefon). Aku paling benci bila sewaktu seseorang itu bercakap melalui telefon dalam keadaan mulutnya sedang mengunyah makanan. Aku akan terus berkata “maaf ya, awak makan sampai habis dulu, kemudian call saya balik”.

4 – (miss call). Jangan harap aku akan menjawab atau menghubungi kembali pemanggil, sebab aku juga membayar bil telefon (kecuali panggilan dari ibu bapa / isteri atau Bos).

5 – (nombor rahsia). Aku selalu terlupa nombor rahsia laluan untuk membuka pintu pejabat, sedangkan cuma ada 4 digit sahaja.

6 – (sayur). Sewaktu makan, biar tiada lauk pauk, asalkan ada sayur – sayuran, aku boleh makan dengan selera, dan kalau ada ulam, maka aku boleh makan bertambah.


Maka itulah sahaja 6 perkara pelik tentang diriku, yang boleh dikongsi bersama.

Tamat PERMAINAN.