Assalamu'alaikum dan salam hormat serta salam sayang buat semua pengunjung yang amat dihormati sekalian.
Setelah dua bulan menjalankan projek ini barulah kini didedahkan secara lebih terperinci. Aku dan seorang sahabat menjalankan projek seperti kata - kata yang diucapkan sebagai tajuk diatas.
Kenapa ada 3 ayat ? Sebenarnya hanya ada satu sahaja TAG LINE yang kami gunakan iaitu - SENTUHAN PERIBADI.
Konsep ini sungguh mudah. Kami usahakan untuk mencari dan mendapatkan buku atau novel atau apa sahaja bahan bacaan yang dikehendaki oleh pembeli. Dan kami akan uruskan penghantarannya.
Ada terlalu banyak sebab atau faktor dimana pembeli tidak menggunakan sistem dalam talian atau 'on line.' Maka dengan konsep yang kami tawarkan ini, pembeli hanya mengirimkan 1 sms atau emel menyatakan hajat atau hasrat untuk memiliki buku. Dan urusan seterusnya akan kami usahakan hinggalah pembeli mendapat buku yang diingini.
Contohnya begini, mudah sahaja. Katakan pembeli berkeinginan untuk mendapatkan sebuah buku terbitan KKSB. Maka caranya sungguh mudah untuk diikuti :
1 - Kirimkan sms atau emel seperti berikut:
Nama Penuh, Alamat Lengkap beserta Poskod, Tajuk Buku atau Novel dan Kuantiti.
Contoh: Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini. No. 16, Lot 552, Lorong Sungai Udang, Teluk Gadung Kecil, 41250 Klang, Selangor. Shamsiah Fakeh - 1.
Apabila anda telah mendapat pengesahan dari kami. Samada melalui sms atau emel -
'Maklumat diterima. RM26. Maybank - 112045101747 - Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini'.
1 - Maklumat diterima (segala maklumat telah kami terima dengan LENGKAP).
2 - RM26 (Harga buku + caj dan kos penghantaran.)
3 - Maybank (Amaun dimasukkan kedalam nombor akaun yang tertera).
Bukti pembayaran ?
Kirimkan sms atau emel. TARIKH, WAKTU & AMAUN yang dimasukkan dengan tepat. Jika ada yang dapat menyertakan sekali resit 'transfer bank' (melalui emel) adalah lebih bagus.
Itu sahaja ! Sungguh mudah !
Setelah kami mendapat jawapan tentang TARIKH, WAKTU & AMAUN. Maka kami akan melakukan semakan melalui sistem 'on line'. Dan setelah mendapat kepastian. Bermulalah usaha kami untuk mendapatkan buku dan membuat penghantaran kepada pembeli.
Untuk makluman anda. Kami hanya mengusahakan pencarian dan penghantaran buku untuk terbitan KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD sahaja :
1 - Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Grup Buku Karangkraf -
(ALAF 21, Buku Prima, Karya Bestari & Oasis).
Namun, dalam keadaan tertentu, jika ada permintaan untuk mendapatkan buku selain dari terbitan syarikat yang disenaraikan diatas, maka kami akan usahakan.
Dua cara yang mudah. Pilihan ditangan ANDA !
SMS - 019 2254 910.
EMEL - mohamad.feroz@gmail.com.
EMEL - mohamad.feroz@gmail.com.
Bukan sms sahaja akan dilayan, malahan SENTUHAN PERIBADI kami juga meliputi panggilan telefon.
Kami mempunyai pengalaman dimana beberapa orang warga emas hendak mendapatkan buku agama. Mereka menghubungi nombor yang diberikan. Dan permintaan mereka kami usahakan hinggalah buku selamat tiba ketangan mereka. Selamat dan Cepat. Alhamdulillah !
TERIMA KASIH atas segala sokongan yang ANDA berikan.
2 comments:
Soalan saya di FB terjawab sudah. Hanya 4 publisher sahaja yang terlibat. Tetapi itu publisher besar yang memang pioneer.
Teruskan usaha. Memang cara sebegini sangat mudah dan menjimatkan. Ramai orang mula beralih dgn cara sebegini dlm zaman teknologi canggih sekarang.
Assalamualaikum... Abg Long... sungguh mudah dgn cara itu... Teruskan usaha semoga berjaya
Post a Comment