Wednesday, April 04, 2012

Masih adakah TALIAN HAYAT ?


Al Ma'thurat.


Mesej yang aku titipkan didalam FB Abang Long:

[Usai solat Asar disebuah surau petang tadi. Aku terlentang diatas permaidani akibat terlalu letih. Tiba - tiba aku disapa oleh seorang lelaki tua. "Saudara, setiap kali bangun malam untuk solat, tolong jangan lupa untuk mendoakan kejayaan sahabat kamu ...mereka amat mengharapkan bantuan saudara." Aku terus terlelap. Bantuan ? Aku sendiri tidak punya apa apa ...]


Hujung bulan ini, maka berakhirlah kontrak kerja aku disebuah syarikat perkapalan. Maka adakah aku akan kembali menjadi penganggur ? Wallahu'aklam.


Diketika ramai yang sedang menikmati kehidupan yang semakin sukses. Sedang memikirkan perancangan untuk membesarkan rumah atau membeli kereta baru. Aku pula masih terus menulis 'resume' untuk mencari kerja.

Apa yang aku fikirkan ialah bagaimana hendak mencari sumber pendapatan bagi menyekolahkan anak anak aku. Bagaimana hendak mencari wang bagi pembayaran yuran tahfiz anak anak.


Kepada pembaca blog ini. Ini bukan tempat untuk anda mencari keseronokan. Aku bukannya terlalu lemah. Blog ini adalah salah satu tempat untuk aku 'bercerita.' Jika ada sahabat yang ingin membantu ... maka aku dahului dengan ucapan TERIMA KASIH. Semoga Allah sahaja yang membalas budi baik anda.


Bak kata seorang ustaz yang menjadi pembaca setia Blog Abang long. "Ini adalah detik sukar kehidupan saudara, dan ini juga adalah waktu untuk seluruh umat Islam mendapatkan pahala kerana membantu sesama saudara dalam agama ... yang pasti, kita tidak tahu bilakah kita akan mati ... penuhkan dada kita dengan keinsafan dan terus beramal."

Hayati kisah Saidina Ali yang bersedekah sewaktu sedang rukuk dalam solat.


Untuk makluman para pembaca yang dihormati. Kini, aku sedang gigih menjadi penjual buku. Walaupun hasilnya tidak setara mana, tetapi aku terus bergerak. Jika ada sahabat atau pembaca yang sudi membantu, aku ucapkan TERIMA KASIH.



{{{ Abang long menjual buku. Amat berharap ada sahabat yang sudi membantu. Jual dan hantar buku secara 'dalam talian'. Inilah 'talian hayat' kami sekeluarga.}}}


No comments: