Istighfar, Redha dan Bersyukur.
Mengambil masa selama 45 minit perjalanan dari rumah ke tempat kerja. Walaupun perjalanan agak jauh, namun aku bersyukur kerana aku menunggang motor, banyak hikmahnya.
Ramai sahabat yang mengirimkan sms, menulis di FB mengucapkan tahniah, kesyukuran dan kegembiraan apabila mendapat tahu aku telah mendapat kerja. Walaupun kontrak, namun sudah cukup memberikan pengalaman bermakna buat diri aku.
Terima kasih juga buat sahabat yang sudi membantu aku dalam pelbagai perkara. Hanya aku mampu berdoa memohon kasih sayang dari Allah agar menurunkan limpahan rezeki buat para sahabat.
Tugasan yang aku terima begitu mencabar. Namun, hasil dari pengalaman selama 20 tahun dalam bidang perkapalan, sedikit sebanyak membantu aku untuk melaksanakan tugasan dengan mudah.
Pejabat yang sederhana luas dengan pekerja seramai 30 orang. Masing masing dengan tugasan yang telah ditetapkan. Bermula dari - Sales, Akaun, HR, Logistik, Customer Service hinggalah kepada Operasi Kapal. Aku ditempatkan dibahagian Operasi Perkapalan. Tumpuan lebih kepada operasi perkapalan dan kemaskini data pergerakan kapal.
Hingga detik aku menulis ini. Pihak syarikat kelihatan amat teruja kerana banyak tugasan yang tertangguh selama ini berjaya diselesaikan dalam tempoh yang tidak terduga. Aku melakukan kerja 'pembersihan dan kemaskini' bak 'halilintar.'
Kerana aku sentiasa berpegang kepada prinsip - Kerja itu adalah AMANAH !
11 comments:
TAHNIAH Abg Long! Akak sangat teruja membaca entri ini...semoga Abg Long sentiasa dikurniakan ALLAH SWT kesihatan yang baik agar dapat terus melakukan tugasan dengan baik dan lancar... itu yang penting kernaa jika kita sakit, kita tidak dapat melakukan apa-apa kerja pun dengan baik (peringatan bagi diri akak sendiri agar menjaga kesihatan)
Kak Azzah8
http://nurazzah8.blogspot.com/
Moga Allah beri kekuatan utk abglong terus bekerja...
SalaM Maal Hijrah ~
Assalamualaikum...semoga kesihatan abang long pada tahap yang baik... agar dpt melaksanakan tugas tanpa sebarang gangguan...ameen
Setuju sgt dengan kata2 abang long bahawa kerja itu adalah ibadah...
Selamat bertugas abang long...
Semoga diserapkan menjadi pekerja tetap
Assalamualaikum, sahabat budiman. Izinkan saya mengambil catatan ini untuk salah satu entri dalam buku yang masih dalam pembikinan. Saya akan kreditkan kepada tuan hamba. Saya juga akan lakukan proses editing. Menunggu jawapan darimu :-)
Assalamualaikum. Izinkan saya gunakan tulisan ini sebagai salah satu kisah dalam buku yang masih dalam bikinan. Menunggu jawapan dari sahabat :-)
tahniah abg long.
alhamdulillah ;)
tumpang gembira utk abang long
Moga Abang Long terus menjadi survivor terbaik. Alhamdulillah
iklanla apa sj product bang long di group saya Cintai Novel Malaysia Novel Cermin Hidup dan facebook saya, dialu-alukan
sudah sekian lama saya tidak menjenggah blog abg long...suatu ketika dahulu saya adalah pembaca setia blog abg long walaupun jarang sekali meninggalkkan jejak...tapi lain benar dgn entry kebelakangan ni...kenapa begitu sekali...semoga abg long senantiasa dalam rahmahNYA....
Post a Comment