21/09/1991 - 21/09/2011
20 tahun usia PERKAHWINAN.
Sepatutnya entri ini ditulis pada tarikh 21hb September 2011. Genap 20 tahun usia perkahwinan aku. Namun, dek kesibukan mencari kerja hingga apabila pulang sahaja kerumah, aku sudah terlalu letih. Kamudian, terpaksa keluar rumah semula untuk membeli barangan keperluan anak anak yang belajar di tahfiz.
Aku hanya mampu mengucapkan SYUKUR ALHAMDULILLAH, atas segala nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadaku selama ini. Ya, terlalu banyak nikmat yang telah diberikan oleh Allah. Alhamdulillah.
Pada tarikh 21hb September 1991, 20 tahun yang lalu. Aku dinikahkan di Masjid Jamek Pelabuhan Klang. Hari yang penuh debaran. Namun disambut dengan kesyukuran oleh kedua dua belah keluarga.
Dalam usia perkahwinan ini, kami telah dianugerahkan dengan kelahiran 5 orang anak. 4 lelaki dan seorang perempuan - Alhamdulillah.
Terlalu banyak ranjau, ujian dan rintangan serta halangan yang telah kami tempuhi bersama. Suka duka diharungi bersama. Ketawa ria dan berdukacita telah menjadi asam garam dalam kehidupan yang telah mematangkan kami.
Saat dan detik paling menggetirkan ialah bilamana kami sering diumpat keji hingga ketahap difitnah, bukan oleh orang luar, tetapi oleh sanak saudara sendiri. Pelbagai berita tidak benar ditabur dan disebarluaskan.
Namun, kami tetap cekal berhadapan dengan mehnah sebegini. Apatah lagi bila teringat kepada hadith Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud - "Aku melihat kaum wanita adalah penghuni paling ramai dalam neraka."
Kerana apa kaum wanita paling ramai dihumban kedalam neraka ? Jawapannya cukup senang dan paling mudah. Kerana mereka menggunakan lidah mereka untuk - mengata, mengumpat, mencaci maki, mengadu domba hingga membawa kepada perbuatan fitnah memfitnah !
Kini, setelah 3 tahun tidak bekerja. Hidup kami hanya bergantung kepada gaji isteriku (hakikatnya - hidup ini keseluruhannya bergantung kepada Allah).
Apakan daya, aku memohon maaf kepada isteriku. Sebenarnya aku memang menyimpan hasrat untuk membawanya ke Candle Light Dinner. InsyaAllah, jika ada lebihan rezeki dimasa akan datang, memang aku akan membawa seluruh keluarga untuk bergembira dan bersuka ria diluar.
Apapun, dikesempatan ini. Diruangan blog ini. Aku merakamkan ucapan TERIMA KASIH tidak terhingga kepada isteriku. ATAS SEGALA - GALANYA. Aku bahagia disampingmu !
Semoga kehidupan kami bahagia selamanya .... AMIN.

3 comments:
Tahniah Abang Long...
Semoga perkahwinan Abg Long dan isteri kekal abadi hingga ke akhirnya... semoga Allah melimpahkan Rahmat dan HidayahNya ke atas keluarga Abg Long dunia dan akhirat. Amin
alhamdulillah :-)
20 tahun bukan masa yg singkat.
mesti byk sekali kisah suka duka abang long dan isteri.saya doakan moga rumahtangga yg dibina krn Allah ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.amin
lama tauuuuuu 20 tahun tu, syukur abg long & kak long (eh boleh ke sy panggil mcm tu?) masih bersama smpi sekarang.
tahniah! :)
Post a Comment