Restoran Cina Muslim.
Restoran Wak.
Setakat pengalaman yang terlalu sedikit. Baru bertatih. Aku dapati, berurusan dengan pemilik atau taukeh restoran Cina Muslim adalah paling mudah. Mereka mudah memberikan ruang untuk menjual produk. Senang berkira. Cepat berkomunikasi. Apatah lagi kalau berurusan dengan isteri taukeh.
Restoran mamak agak liat sewaktu hendak membayar. Pernah beberapa kali aku pergi untuk menghantar stok baru, taukeh pagi kata taukeh petang akan bayar, tapi bila aku pergi petang, dia kata taukeh pagi yang kena bayar. Dan setiap kali hendak menyerahkan wang, setiap kali itulah mereka akan kata produk lain jauh lebih murah.
Entah kenapa, dari maklumat beberapa rakan bisnes, aku dapati ada kebenarannya. Kalau boleh, jangan letak produk diwarung Wak. Apabila produk habis, dan kita akan letakkan yang baru, sewaktu hendak mengambil wang, mereka akan pertikai, jumlah produk yang diletakkan. Jadi, hasil dari tunjuk ajar rakan bisnes, aku tulis dan rekod semua maklumat didalam buku rekod, dan Wak mesti turunkan tandatangan.
Setakat ini, secara keseluruhannya aku tidak menghadapi masalah terlalu besar. Hanya memerlukan kesabaran untuk berurusan dengan 3 golongan ini.
Cuma aku akan lebih berhati - hati, jika ada panggilan dari kaum wanita Melayu. Jika mereka bertanya terlalu banyak, maka aku akan terus menghentikan perbualan dan menamatkan urusan. Kerana dari situ sudah terdedah, bahawa golongan ini agak menyombong dan teramat berkira !
Tetapi, jika wanita Cina yang membuat panggilan. Aku akan terus melayan. Kerana, dari pengalaman aku. Lebih banyak mereka bertanya, lebih mudah aku membuat jualan dalam kuantiti yang lebih banyak dan berupaya menjual dengan diskaun minima.
Berbeza bukan ? Maaf ya, ini pengalaman aku sahaja.
2 comments:
terima kasih kongsi pengalaman, itulah hakikat sebenar
saya bersetuju sangat kekadang niat kita menolong sesama bangsa selalu tidak pernah dihargai dunia ini selalu nampak menghampakan tapi saya masih percaya alla itu maha menyayangi dan dia aka terus menguji hambanya yang diaayangi
Post a Comment