Saturday, July 03, 2010

PENGEDAR HEBAT !


Soalan Tanpa Suara.


Sepanjang aku berkhidmat dengan pusat tahfiz ini. Tidak dapat dinafikan, aku menghadapi pelbagai ujian dan mehnah. Tetapi, tidak kurang juga peristiwa melucukan. Aku merasakan bahawa aku berhadapan dengan lebih banyak perkara atau peristiwa melucukan berlaku. Hingga ada waktunya, aku tertawa hingga terasa sakit rahang dan senak perut.


Sewaktu aku sedang melayan pelanggan yang berkerumun dimeja bisnes. Seorang gadis berdiri tidak jauh dari aku. Si gadis hanya tersenyum memandang kearah aku. Tidak dinafikan. Memang wajahnya cantik. Tinggi lampai orangnya. Bertudung labuh dan berjubah.


Beberapa ketika, aku memandang kearahnya, si gadis tetap memandangku dengan tersenyum. Begitu manis dan menawan senyumannya.


Ya, sejujurnya, aku merasa tidak keruan.


Habis sahaja urusan. Aku mengemas barangan. Dan si gadis mampir kearahku. Lalu dipegangnya produk. Dibeleknya produk. Aku segera berkata "Produk itu memang bagus ..." dan aku terus bercakap dan bercakap memberikan penerangan tentang produk itu.


Tiba - tiba si gadis memberikan bahasa isyarat. Rupa - rupanya si gadis tidak dapat mendengar. Aku terlopong. Dengan senyuman aku juga menunjukkan bahasa isyarat "memohon maaf."


Sekarang, terpulang bagaimana pengunjung blog ini hendak menggambarkan bagaimana aku "berbual" dengan si gadis itu, disamping memberikan penerangan tentang produk kesihatan.


Akhirnya. Si gadis bersetuju membeli produk yang diingininya.


Dan kami bertukar kad bisnes.


Beberapa hari kemudian. Si gadis mengirimkan sms. "Saya berminat untuk menjadi pengedar."

4 comments:

kakna said...

hehe..

Masy said...

mujur abg long tau bahasa isyarat.. klu sy, dah tentu main tulis2 kat kertas je huhu

Mak Su said...

semua boleh, yang penting kejujuran :)

zara aluwi said...

Salam,

Mereka faham apa yang kita cakap cuma kita yang tak faham apa yg hendak dia sampaikan. Jadi kita cakap sajalah dan tanya. Kalau dia mengangguk makna dia setuju lah tu.