Sunday, November 09, 2008

Macam - macam kisah

Kisah 1 - Pakcik. Abang.


Sewaktu berada didalam wad, tempohari. Hampir kesemua kakitangan yang bertugas memanggil aku - PAKCIK. 'Terasa' benar aku sudah tua. Benar, kalau berpandukan kepada uban yang 'melekat' di kepala aku ! Walau apapun, biarlah ada uban, supaya aku 'sedar diri.'


Sewaktu sedang berjalan ke bilik air. Aku melewati kaunter pemeriksaan, kebetulan ada Dr disitu, lalu aku mengambil kesempatan untuk bertanya, bilakah aku dapat pulang. "Dr, bila saya dapat keluar ?" Lalu Dr menjawab dengan senyuman "Bila abang nak keluar ?"


Aku tahu Dr cuma bergurau.



Kisah 2 - Realiti, jangan jijik !


Perut aku memulas - mulas. Terasa ingin melepaskan hajat. Tetapi aku berkira - kira. Hampir dua jam aku bertahan. Akhirnya, aku sudah tidak ada daya ketahanan lagi. Perlahan - lahan aku turun dari katil. Menuju ke tandas. Dengan jarum dan air masih melekat di tangan. Terasa ngilu yang teramat sangat.


Selesai membuang air besar. Aku mencedok air dengan tangan kanan lalu membasuh (xxx). Kerana tangan kiri ada jarum dan air yang melekat, juga botol yang masih tergantung.


Kepada pengunjung sekalian. Jika ada sesiapa yang mempunyai saudara di hospital. Cubalah memahami keadaan 'genting' itu.



Kisah 3 - Suntik yang menusuk.


Adakah ini nasib ?, atau kerana pakar ?, atau kerana pengalaman ?


Ada ketikanya jarum masuk dengan begitu cermat dan sakit yang minima, ada ketikanya terasa benar jarum itu masuk, tetapi paling malang, bila ada petugas yang menyuntik jarum seumpama bermain - main. Jarum suntikan diacu didalam kulit berkali - kali, hingga terasa hendak pengsan !


Dalam satu tahun ini sahaja, aku telah disuntik sebanyak 9 kali ! Ambil darah, ambil darah, ambil darah ! Terkadang aku terfikir, betapa TIDAK EFFISEN nya perkhidmatan kesihatan, khususnya KEMENTERIAN KESIHATAN.


Setiap kali hendak memberi ubat, maka aku perlu 'memberi darah'. Memang 'cekik darah !'


Tidak adakah satu sistem, dimana darah pesakit diambil dan disimpan keputusan serta direkodkan dan boleh menjadi rujukan kepada semua pihak. Maklumat RAHSIA PERIBADI itu boleh disimpan dan hanya boleh dirujuk oleh pegawai kesihatan yang bertugas. Pada bila - bila masa.


Bukankah cara itu boleh menjimatkan masa, menjimatkan jarum suntikan dan menjimatkan DARAH pesakit ?

11 comments:

cikMilah said...

Assalamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh…

Semoga ALLAH Subhana wa Ta`ala mencurahkan RahmatNYA pada Abang long sehingga tersingkir segala rintangan, terbuka segala kemudahan, dan dilimpahi ketenangan dan kebahagiaan dalam melakukan perkara-perkara yang baik.

Semoga ALLAH Subhana wa Ta`ala mengangkat segala penyakit dan cubaan yang sedang di alami, melimpahkan kesembuhan dan `afiah, serta menggantikan penyakit Abanglong dengan Rahmat, ketenangan dan kebahagiaan. ALLAHumma amiin.

al-Fatihah dari saya, dengan niat kesembuhan yang sempurna untuk Abanglong wa ilaa hadratin Nabi ShalALLAHu`alaihiwasalam, al-Fatihah…

Neeza Shahril said...

takkanlah tua sangat abanglong untuk dipanggil pakcik kot... kalau ayah neeza tu logik laa.. doctor panggil abang tu sesuai la.. mana ada doctor yang sangat muda.. melainkan doctor tak lulus universiti hehee...

biasalah abanglong cuci tangan kanan.. nak buat camana... dah terpaksa.. neeza tak geli la.. lepas tu kita cuci la kan..

Tie said...

Pasal cucuk bubuh ubat atau ambil darah tu memang betul. Kekadang malah selalunya tempat cucuk tu jadi bengkak dan lebam.

Tie pernah kena, bila mengadu sakit, misi cepat2 cabut. Tie rasa dia buat silap,sebab dia nampak kelam kabut. Anak tie pun pernah kena, malah adik ipar (masa bersalin dulu) pun kena gitu. Bahaya laa.....

aNIe said...

Salam abang long...

Kenapa diorang tu cekik darah...orang yang masuk sepital dah lah tak sihat...abih kejap2 amik darah...kenapa tak efisyien sungguh...

Semoga apa juga penyakit dan dugaan yang dialami abang long akan baik sepenuhnya...

Segala yang berlaku ada hikmahnya...

en_me said...

siannyerr abang long ittewww..

Azis said...

salam ziarah...pertama kali jejak ke sini :)

Mak Su said...

kisah 1, camner tu abanglong, dr very sporting, panggil abang. yang lain nampak sangat hentam kromo, ek. ntahlah

kisah 2, tak per, saya paham :)

kisah 3, huhuhuh, nyeri

zino said...

pengalaman abanglong tu zino lalui baru2 ni.. bila misi tu cucuk tangan nak buat drip.. main hentam je.. memang macam nak pengsan menahan sakit..

masa ambil darah tu ok.. yg buat tu kira pro la..

memang siksa bila kena ke bilik air.. nasib zino hari tu kena duduk atas kerusi roda tak larat nak jalan.. bila duduk terus rasa nak pitam..

bila dalam bilik air tu sorang la..terpikir juga kenapa la tak buat satu tempat gantung benda alah tu dalam bilik air.. bila tak pegang tinggi darah keluar ikut tiub hehe..

sabar je lah..

Anonymous said...

Am semasa masuk hospital pun macam tu juga bang long, kadang kala tu tengah tido pun kejut ambil darah juga, angin satu badan dibuatnya hehehe

ps: tapi kat hospital semua panggil adik hehehe

zino said...

zino2020@gmail.com

Unknown said...

Faham sangat2 perasaan pesakit. sebab saya pun pernah sakit :D