Wednesday, November 05, 2008

WAD 4 A - Hospital Tunku Ampuan Rahimah

TERIMA KASIH MISI.


Di kesempatan ini, aku ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH. Khususnya kepada Dr. Wivien D dan kepada seluruh jururawat yang bertugas di Wad 4 A.


Selama beberapa hari. Aku dijaga dengan penuh kasih sayang.


Aku tahu ada jururawat yang menutup tubuhku yang kesejukan di malam hari dengan cadar tebal. Aku sudah lupa nama jururawat yang sering datang kepadaku untuk mengambil darah, diwaktu sedang lena, dan menggerak aku dengan penuh hemah.


Aku sudah lupa nama jururawat yang memapah aku untuk turun dari katil dengan begitu cermat. Yang pasti seluruh kakitangan yang bertugas di Wad 4 A menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh profesional, berhemah tinggi dan sentiasa senyum.


TERIMA KASIH Dr. TERIMA KASIH MISI. Sekarang sudah ada jururawat lelaki yang bertugas.

12 comments:

atty's said...

salam abg long..abg long baru kuar spital ke..harap abg long sht ye.

ilazz said...

wuiyyo baik sungguh misi2 itu ekk :P

msti rasa nak masuk balik kann :P

Nek Cun said...

Salam abang long, semoga cepat sehat dan boleh 'mentelaah' kembali buku-buku yang ada banyak tu... Jangan lupa makan ubat...

Sabiah said...

salam abg long,

mcm mana kesihatan skrg?harap dah beransur baik...

Neeza Shahril said...

semoga abanglong bertambah sihat... jaga diri ya..

qistina said...

mungkin tertinggal keretapi. Abg Long sakit apa? mungkin Qis boleh tolong.

qistina said...

Kakak Qis pun sekarang tengah berperang dengan canser dah 3 x kimo tlg doakan dia cepat sebuh ya, sebab doc yg bertugas cakap ada improvement. sel cancer tu tengah mengecut dan berat badan dia pun dah naik sikit.

Tie said...

Maaflah abang long. Tak tahulah samada abang long ingat atau kenal pada tie. Tie dah lama tak berkunjung ke sini. Tak tahu rupa2 abang long terlantar di hospital. Mudah2an akan kembali sihat seperti sedia. Salam utk keluarga tersayang. Jaga diri.

PuteriSatu said...

abang masuk sepital ke...?
tak tahu....dah lama tak jengok abang long...
semoga abang cepat sembuh ye...

silversarina said...

salam,

Semoga semakin sihat.Alhamdulillah jururawat2 semua menjalankan tugas terbaik mereka.

masni qisrine said...

maaf abglong
sudah lama xberkunjung ke sini
baru tahu abglong masuk wad
maaf abglong... :(

arsaili said...

salam..sakit apa abg long..moga cepat sembuh