Bila datang ujian dari Allah, ada ketikanya kita terkejut, tergamam dan pelbagai reaksi yang ada ketikanya tidak terduga langsung.
Permulaan tahun 2008, boleh dikira sebagai permulaan ujian dari Allah, yang datang tanpa henti. Aku hanya berserah kepada Nya. Aku hanya dapat melakukan mengikut kemampuan aku sebagai hambaNya yang lemah.
Aku pasrah !
Penyakit yang aku alami sekarang pun, belum pulih sepenuhnya.
Selepas aku keluar masuk hospital akibat penyakit yang aku alami, yang begitu meresahkan dan merimaskan. Anakku pula terpaksa dibawa berulang alik ke hospital akibat kesakitan didalam perut, hinggakan anak ku seperti fobia apabila mendengar cerita tentang jarum suntikan.
Yang terkini, anakku yang sulung pula terpaksa dimasukkan kedalam wad. Akibat bengkak di bahagian kaki. Puncanya, kerana terpijak tebuan yang berada didalam rumah. Nasib baik, tidak begitu serius, selepas ujian darah, keesokan harinya dibenarkan pulang.
Tidak habis disitu, kini aku pula terpaksa berhempas pulas mencari kerja lain. Ini adalah kerana, syarikat dimana selama ini aku mencari rezeki, terpaksa membuang pekerjanya, kerana diambil alih oleh sebuah syarikat lain. Hanya 3 orang pekerja sahaja yang dikekalkan. Itupun pekerja yang terpilih itu berkemungkinan sedang memikirkan untuk menolak tawaran itu. Disebabkan syarikat baru ini akan beroperasi di kawasan Damansara, sedangkan pejabat sekarang terletak dikawasan Pelabuhan Barat.
Ya, aku PASRAH !
Dengan sebulan notis, dan sebulan ex-gratia, apa lagi yang aku mampu lakukan ?
YA, memang aku PASRAH.
Kepada pengunjung blog ini, yang ingin membantu dari sudut apa sekalipun, aku terlebih dahulu ucapkan TERIMA KASIH. Dan hanya Allah sahaja yang layak dan mampu membalas jasa kalian.
# Jika pengunjung blog ini mempunyai sebarang kemusykilan, sila hantarkan ke alamat - safmi_80@yahoo.com
-
-
# Anakku bertanya "nanti abah nak kerja apa?"
Lalu aku menjawab "nak kerja cuci pinggan di warung"
22 comments:
salam tuan rumah,
doa kupanjatkan agar kesusahan sekarang dapat diatasi secepat mungkin.
Pasrah dan bersabar, jalan yang di redhai-Nya.
salam abg long... sabar yer abg long.. dugaan utk kita semua.. allah duga abglong dengan cara tu. utk kami, dugaan secara lain pulak... aperpun, kita sesama saudara seislam sentiasa mendoakan sesama kita agar kuat menghadapi segala dugaan tu...
p/s: abg long lahir tahun 80 ker?
Alahaii.. menitik air mata pokcik mendengornya.. sabo abg long.. saboo..
Jangan terlalu kecewa dengan masalah hari ini hingga melupakan kebahagiaan pada hari esok.
Mungkin esok, Tuhan telah tentukan kebahagiaan.. berkat dari kesabaran kita pada hari ini.
Alahaii....
salam abg long,
ye pasrah..byk2 bersabar.
semoga hari2 seterusnya ada berita yg menggembirakan buat abg long.
amin..
Abang Long
Sesungguhnya Allah menguji hambaNya kerana Dia Maha Tahu kemampuan hambaNya. Semoga kesabaran mengiringi tiap detik waktu bersama Abang Long. Jangan putus asa ...insyaAllah ada sinar menanti cerah. Amin...
Marilah kita sujud kepada Allah dan terus berdo'a. Minta, Mohon dan merayu kepada yang maha berkuasa.
salam abang long..
ALLAH uji kita kerana sayangkan kita.. insya-ALLAH, rezeki utk anak-anak abang long tetap ada... percayalah ALLAH sentiasa kasihkan hambaNYA yang sabar
Sabarlah abg long . Dugaan demi dugaan yg Allah turunkan ke atas kita menunjukkan betapa kasihnya Allah kepada kita . Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan pada seseorang melainkan sesuai dengan batas kesanggupannya . Dalam hidup ini Allah pasti akan uji hambanya dgn 4 perkara iaitu :
1) Perasaan susah hati
2) Kelaparan
3) Hilang kerja
4) Kehilangan org2 tersayang
Apa yang kita hilang pada hari ini pasti akan diganti dgn yg lbh baik pada masa hadapan . InsyaAllah . Yakinlah pd kekuasaan-Nya dan mintalah pertolongan-Nya, pasti akan terbentang seribu lorong utk keluar dr permasalahan ini .
Assalamualaikum Adinda Feroz,
Maaf kerana lama tidak berkunjung dan bertanya khabar. Kekanda bersimpati dengan dugaan yang sedang adinda Feroz hadapi.
MasyaAllah...beratnya dugaan ini.
Kekanda cadangkan adinda Feroz cuba mencari rezeki dengan menjadi pengedar buku. Mungkin adinda Feroz belum ada pengalaman tetapi bak kata orang kalau hendak seribu daya. Itu sahaja cadangan yang dapat kekanda berikan. Tetapi sekiranya adinda Feroz ada cadangan lain yang lebih baik boleh kita bincangkan mungkin kekanda boleh membantu.
Yakinlah bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
Ya Allah bantulah hambaMu ini...
salam abg long...
yg mampu cuma berdoa agar abg long sentiasa bersabar...
setiap ujian ade hikmahnya...
die sekadar menguji abglong di mana tahap sabar abg long...
semoga abg long di murahkan rezki...
jangan putus asa dan menyerah kalah abang long, bertenang, relax atas sejadah, bertafakur, beristikharah.. mungkin kendian anda akan nampak jalannya.
alahai sedihnya
insyaAllah ada rezeki abang long nanti
ini semua dugaan, harap abg long dpt hadapi dengan tabah
sabar dan bertenanglah. tidka ada yang lebih baik dari 2 berkara itu melainkan tawakal. Allah maha mengetahui dan maha mengasih lagi penyayang. amin..........
Semoga abg long tabah menghadapi dugaan ini.Teruskan usaha dan berdoa kpd yg maha pengasih dan penyayang.InsyaAllah ada sinar dihujung jln
Salam hormat, Abang Longku.. dah lama tak singgah ke sini.. tiba2 tergerak pula hati ni nak jengah2 insan yg sentiasa ada dlm ingatan DS. Abang Long, apa kbr? Semoga Allah swt lindungi dan peliharai kesihatan Abang Long sekeluarga. Dah lumrahnya begitu, insan yg disayangiNYA akan sentiasa diuji. Bgmn skrg, apa Abang Long nak buat utk menyara keluarga? DS cuma nk bg pendapat n terpulanglah kpd Abang Long.. apa kata Abang Long start 1 bisnes, kecik2 pun tak mengapa.. spt jual pisang goreng di tepi jalan atau jual nasi lemak utk sarapan. Cuba perhatikan, mrk yg berniaga ni.. boleh hidup senang. Kebanyakan org asing! Tak kisahlah jenis bisnesnya.. janji kita perlu pastikan bbrp perkara yang perlu dibuat sdkt survey spt sumber bekalan brg niaga itu ada n tak putus, lokasi, pelanggan berpotensi, rajin n cekal. Sekiranya bisnes yg kecil ni berjaya, barulah beralih kpd bisnes yg lebih besar.. berniaga ni sunnah n insya-Allah, rezeki tu ada. Akhirkata, slmt maju jaya utk Abang Long sekeluarga!
Salam Abang Long,
Saya doakan yang baik-baik saja untuk abang long. Moga tabah menerima ujianNYA. Macam kata pakcik mersik, Mungkin esok, Tuhan dah tentukan kebahagian, berkat kesabaran kita hari ini.
salam abg long..
kuatkan semangat yek...
dekatkan diri dgnNYA...
rezeki anak2 senantiasa dariNYA...
Salam ABg Long...things happn for reason.It's a blessing in disguise.Insyaallah,maybe esok lebih bak utk ABg Long and family.
Kita sama2 doakan ABg Long yea.BTW I donno if this is appropriate time of not but still I think you deserved it:
http://noushy-award.blogspot.com/2008/02/its-awesome.html
You're awesome, your postings has taught me a lot on humanity...
Take care ABg Long, All the best.
Semoga tabah
Salam abang long,
Bila Allah menutup satu pintu rezeki, Dia akan membuka pintu rezeki yang lain, InsyaAllah. Saya amat percaya itu kerana saya dan suami pernah mengalaminya dulu. Hanya kesabaran dan usaha yang perlu ditingkatkan.
Saya turut doakan supaya abang long sekeluarga dimurahkan rezeki. Yang penting, jangan lekas putus asa.
tak ada apa yang mampu diucapkan lagi. berat yang memandang, tentu bahu yang lebih terasa bebannya.
setiap yg berlaku pasti ada sesuatu yang Tuhan ingin lorongkan kepada kita.
Salam abg Long...dengar pantun ina..
daun pisang dibuat lepat
intinya pula kelapa merah
dalam hati sentiasa teringat
isinya pula doa yang melimpah.
tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami jangan tidak
esok tidak rindu-rinduan.
dalamnya laut usah dijangka
setitis hilang tidak mengapa
dalamnya ujian untuk menduga
setitis iman menyemarak dada.
ingatan ikhlas dari ina,salmah,mersik dan budi..
moga kita ada rezeki bersua lagi..
Post a Comment