Friday, February 22, 2008

ENTRI TERAKHIR

Seperti entri lalu yang bertajuk PASRAH. Hari ini secara rasmi, merupakan hari terakhir aku berkhidmat di syarikat tempat aku mencari rezeki selama ini. Walaupun majlis perpisahan akan diadakan pada hujung minggu hadapan. Namun, suasana didalam pejabat telahpun bertukar. Tiada lagi wajah ceria dan gembira.



Masing - masing hanya menahan rasa sedih, sebak dan lebih ramai yang mendiamkan diri. Sebahagian besar dari kakitangan, telahpun tiada ditempat masing - masing, kerana mendapat pelepasan untuk mencari kerja ditempat baru.



Nasib diri aku juga masih terumbang - ambing, tiada haluan. Sudah hampir 10 tempat, aku menghadiri temuduga, namun tiada satu pun yang memberikan maklumbalas yang boleh menggembirakan. Ini bererti, selepas 29hb Februari ini, aku secara rasmi bergelar PENGANGGUR.



Sememangnya aku merasa teramat dukacita, dengan situasi yang melanda diriku sekarang. Kerana, dari satu segi, aku sudah tiada kerja, tetapi dari segi lain, ini bermakna, aku dan seluruh ahli keluarga aku, anak - anak dan isteri telah kehilangan tempat untuk bergantung harap. Hilang punca rezeki.



Hampir setiap hari, dengan menunggang motorsikal buruk, aku menyandang beg yang berisi resume. Dimana - mana sahaja aku akan parkir motorsikal dan bertanya, andainya ada jawatan kosong. Namun jawapannya memang menghampakan. Aku benar - benar bimbang dengan apa yang akan aku berikan kepada anak dan isteri aku.



Aku memang tidak memilih kerja, asalkan halal. Tetapi, memang benar kata - kata yang diucapkan oleh beberapa orang saudara aku. Takkan pengalaman selama 15 tahun dalam industri perkapalan, akhirnya aku menjadi pencuci pinggan di warung ? Namun, bagiku, itu juga tugas yang mulia, dan rezekinya hahal ?



Dan buat pengunjung setia blog ini, mahupun yang baru meninggalkan jejak disini. Andainya, saudara ingin turut membantu, dengan tangan terbuka aku menerimanya dan aku dahului dengan ucapan TERIMA KASIH.



Dengan tersiarnya entri ini, bermakna, ini adalah entri yang terakhir dari diriku di alam siber. Sehingga aku mendapat kerja baru, dan andainya waktu mengizinkan dengan kehendakNya. Aku akan mengunjungi kalian lagi dimasa akan datang yang belum pasti.



# Aku hanya berusaha. Allah yang menentukan segalanya.



# Seandainya ada yang berhajat untuk membantu, sila hantarkan emel ke - safmi_80@yahoo.com


WASSALAM.

20 comments:

Leyla Shuri said...

salam hari Jumaat,

sedih...yang tinggal hanya lagu ini.
Teruskan usaha dan sambungkan semula ukhwah di alam siber ini.
Doa kebahagian untuk keluarganya berterusan.

Qaseh Bidadari said...

sayu hati membaca n3 ni...

cuba abg long daftar kat job street...

semoga kite akan berjumpa lg...

Anonymous said...

insya-Allah seandainya ada usaha, pasti ada hasilnya. Bumi Tuhan itu luas dan rezeki Tuhan itu melimpah ruah.

Selamat Maju Jaya

~ainin naufal~

m.q said...

salam abg long, jgn putus asa. positif kan minda dlm segala hal. ini hanya ujian kecil.
pape hal sy akn ctc abg long tru email. k

seri_singgahsana said...

Jemput melawat blog butik perkahwinan kami:

http://serisinggahsana.blogspot.com

Anonymous said...

Janganla letak "entri terakhir", sedih bebenor...

Jadikan blog ni sebagai catatan, biar sedalam mana pun tenggelam, teruskan menulis. Ia kelak bakal menjadi "harta" berharga.
|o_O|~kangaq

Mersik said...

Abg long - Harap2 tiadalah istilah "Ngeteh terakhir" .. alahaii

Sabiah said...

Salam abg long,semoga masih ada peluang untuk kita berjumpa lg di alam siber ni.
Insyaallah,rezeki untuk abg Long dan keluarga masih ada.Teruskan usaha.
Mengapa tidak Abg Long cuba utk menulis secara komersil?Hasilkan novel?

silversarina said...

baru kini akak dapat berkunjung ke sini...

cerita sedih di sini INsyaAllah akan berakhir hendaknya dengan pengalaman bekerja yang abang long ada.... usah putus asa,teruskan usaha !!

viruspadu said...

sedihnya

insyaAllah abang long berusaha la mencari kerja baru yer

saya nak membantu tp x terdaya

insyaAllah ada rezeki abang long nanti

Puteri Satu said...

sedihnye baca entry abang long....sedihnye...saat perpisahan memang menyakitkan...betulla kata MR try abang long daftar kat jobstreet...pu3 doakan semoga kita berjumpa lagi di alam maya ye abang long...rasa kehilangan seorang abang yang cukup baik hati...

Anonymous said...

Salam abang long. lama kak ila tak ke sini. Bz sangat.Jenguk2 je, baca berita sedih.Usah panik, hidup perlu diteruskan. apa yang abang long alami kini sudah pernah kak ila tempuhi lama dulu.Suami berhenti kerja sebab masalah syarikat.Suami memang tertekan, wang simpanan kian surut, anak2 kian membesar.Memang tensyin,tetapi sebagai isteri, kak ila menjadi tiang penyokong. Hari2 ingatkan dia...'ALLAH TIDAK SEZALIM YG KITA SANGKAKAN. SELAGI BERNAFAS, REZEKI ALLAH PASTI ADA.'

Jie said...

Salam AbgLong..sedih rasanya..walaupun saya jarang berkunjung tetapi kita adalah blogger yang lama kenal.sejak awal saya mula berblog...setahun lebih...

saya doakan semoga segala yang Abglong usahakan mendapat kejayaan...berusahalah..kerana masih ada harapan.

Saya juga berdoa semoga abanglong diperilihara dengan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan ini...

saya gembira kerana sempat menjadi salah seorang teman abglong di dalam catatan novel hidup masing2...

Rumah Kuning said...

Abg long, macamana sekarang? Semoga abg long dah dapat kerja baru dan dipermudahkan segala urusan.Kami setia menanti entri baru dari abg long.

Anonymous said...

Abg long, semoga dapat kerja baru dgn cepat.. Peganglah kata2 "Man jadda wa jada".

Salam dr Penang.

Noushy Syah said...

Salam Abg Long...no wonder haven't seen you for a long time...

Didoakan Abg LOng tabah dan moga2 dicepatkan Abg Long mendapat pekerjaan itu.

Ameen.

Maizura Mohd Ederis said...

Abang Long, terima kasih kerana mengunjungi blog Tangisan Bulan Madu dan memberi komen/makluman tentang bulan berbisik. Saya sudah lama tidak update blog itu hingga lah TBM hampir dengan tayangannya. Semoga gembira menonton Tangisan Bulan Madu 30 episod di TV2 setiap Khamis, jam 9 malam, mulai 3 April 2008.

Maizura Mohd Ederis said...

Salam Abang Long,

Minta maaf. Tayangan Tangisan Bulan Madu bukan pada hari ini, tetapi ditangguhkan ke 20 Mei 2008 di TV2, jam 9 malam.m (Selasa dan Rabu setiap minggu melalui slot ratu)

Harap maklum ya.

Maizura Mohd Ederis said...

Salam Abang Long,

Minta maaf. Tayangan Tangisan Bulan Madu bukan pada hari ini, tetapi ditangguhkan ke 20 Mei 2008 di TV2, jam 9 malam.m (Selasa dan Rabu setiap minggu melalui slot ratu)

Harap maklum ya.

enche boolat said...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, terlebih dahulu saya turut bersedih atas apa yang menimpa ke atas abang long. Saya pernah mengalami bende seperti yang abg long alami. Ape2 pun teruskan usaha untuk mencari kerja dan ingatlah rezeki di bumi Allah di mana-mana sahaja atas kehendak Allah, doa dan tawakkal Insya Allah, Allah akan mendengar rintihan Abg Long.