Inilah adalah gambar yang aku rakamkan sewaktu melalui kawasan Plaza Tol Batu 9 (Lebuhraya Cheras Kajang).
Terdapat beberapa kelemahan dipihak Pengurusan Plaza Tol dan orang ramai, namun bagiku, kelemahan ketara adalah dipihak Pengurusan Plaza, dimana aku sempat keluar dari kenderaan, dan memerhati aliran masuk kenderaan, serta kawasan sekitarnya.
1 - Garisan PUTIH, terdapat hanya 10 meter dari tempat pembayaran, ini menyebabkan kenderaan yang akan masuk ke kawasan Plaza, tidak akan dapat memastikan dilaluan mana mereka akan atau perlu masuk.
2 - Tiada langsung kelibat Pengawal Keselamatan Plaza untuk bertugas disitu, untuk mengawal kesesakan lalulintas, ini menyebabkan semua pengguna, mengambil kesempatan untuk masuk ke mana - mana laluan sesuka hati.
3 - Sikap pengguna juga begitu mengecewakan, dimana pemandu lori 1 tan khususnya, begitu sombong, bongkak, dimana mereka langsung tidak mempedulikan kenderaan lain, khususnya kereta, kerana pada fikiran mereka, mereka adalah raja dijalanan, mereka datang dengan laju, dan terus menghimpit lain - lain kenderaan yang telah terlebih dahulu beratur panjang.
Wang rakyat dibayar kepada Peniaga Lebuhraya, tapi inilah yang kita dapat.
5 comments:
Salam Abang Long, memang betul. Masa saya balik hari tu, cemas sungguh hati bila lihat cara adik memandu kereta ketika hendak masuk beratur untuk membayar tol. Kereta tidaklah bersimpang siur tetapi boleh eksiden kalau tidak betul-betul arif.
Tentang lori besar tu pun saya geram juga. Mereka bukan saja berlagak di kota, malah di kampung-kampung semasa mengambil jalan pintas. Berapa banyak anak-anak kecil yang mati digelek lori di dalam tahun ini saja? Bayangkan budak-budak tu mengelupur di atas jalan sebelum nyawa habis di badan. Mentang-mentanglah mereka besar. Ingat boleh buat sesuka hati ke? Nak komplen ke mana lagi? Samy Vellu la, kan?
nak buat macam mana bang long, bagi pengurusan tol ini, janji mereka dapat duit sudahlah lantaklah dengan pemandu-pemandu semua.
*Boleh kata hari-hari Am lalu dan bayar tol di tol batu 9 itu
Abg Long, thx dtg blog HE,
Plaza Tol bt 9 tuh memang laluan setiap hari dan setiap hari suspen nak lalu situ...
Abg Long,
salam ziarah dan ukhuwwah dari saya.
Yalah, masalah Tol memang jadi masalah, nasib baik saya naik motorsikal sahaja, selamat!
bang long,
sejak tahun 1987 saya dok kat area bt9 tuh kat KEM PGA hehehe cuma thn ni je bulan 5 arituh dah berpindah ke KL ni.. daripada jln kecik sampai jln besar.. drp takde tol sampai ade tol.. mmg selalu jem kat situ.. kereta plak laju gilerrrrr
Post a Comment