Thursday, December 14, 2006

NOVEL - SRI DIAH - Nilai Sentimental

Diatas adalah muka hadapan (cover), untuk semua Novel, hasil garapan Sri Diah yang kumiliki.

MAHLIGAI CINTA adalah hasil garapan beliau yang terkini bersama rakan - rakan, sebuah novel yang bagiku, lari dari kebiasaan, atau trade mark Sri Diah sendiri.

Ya, kalau sebelum ini, hasil karya beliau banyak yang berkisar kepada kehidupan korporat dan persengketaan dalaman, kali ini, garapan beliau lebih berkisar kepada keharmonian dalam sebuah keluarga.


Kesemua novel itu masih berada didalam keadaan baik didalam simpananku, walaupun ada yang berhajat untuk meminjam, tetapi terus - terang kukatakan, bahawa aku memang keberatan untuk memberi izin, kerana bagiku, setiap buku atau novel yang kubeli, hasil dari keringatku sendiri, adalah terlalu bererti dan begitu berharga, namun aku tidak keberatan jika ada yang berhajat untuk memilikinya, maka aku tidak keberatan untuk berusaha membelikannya.

Cuba bayangkan, suatu ketika kelak, katakan ditahun 2020, buku atau novel yang kumiliki, akan menjadi begitu berharga, akan ada suatu perasaan sentimental terhadapnya.

Prinsip ini kupegang kuat, kerana aku pernah mengalami suatu peristiwa yang tidak akan dapat kulupakan, dimana, sebuah novel - HARRY POTTER, yang pertama kali diterbitkan ditahun 70'an, novel itu dihadiahkan oleh ayahanda tersayang, dibeli di Changi Airport, itulah novel berbahasa Inggeris yang pertama ku baca, cuma berada didalam simpananku selama 2 minggu, selepas itu novel itu dipinjam oleh rakan sekelasku, selepas itu terus "ghaib", peristiwa itu benar - benar melukakan hatiku, semenjak dari itu akau "bersumpah", tidak akan meminjamkan buku atau novel kepada sesiapa pun akan "harta" yang kumiliki.

InsyaAllah, selepas ini, aku akan membuat ulasan tentang novel, tetapi berpandukan kepada pemahaman dan pandanganku sendiri.


Buat pengetahuan anda, kesemua novel diatas adalah terbitan ALAF 21.

4 comments:

Unknown said...

Abang Long, novel Kak Sri yang saya dah baca, Kuala Lumpur, Di Manakah Suamiku... best giler (itu je yang sempat dibeli.. malangnya). Yang lain-lain pun mesti best juga... nanti bila balik, saya akan beli dan cari Kak Sri utk minta tandatangan... huhu...

Errr.. ttg Harry Potter yang Abang Long cakap tu, yang terbit dalam tahun 70-an, tajuk bukunya Harry Potter ke jugak?

Abang Long said...

Salam hormat buat Nur, tajuk panjangnya abang long dah lupa, tapi perkataan diatas covernya tertulis HARRY POTTER.

Sri Diah said...

Oh My God.... huwaaa... tulis omputeh pulak. Mentang=mentang Mdm Rania dah mencoret di atas tu. Alhamdulillah... ada juga orang yang menghargai tulisan akak, membuat koleksi dan memuji-muji (dalam keadaan suasana Bilik Seminar Tingkat 2 DBP sekejap panas berbahang sekejap sejuk dingin) Terima kasih abang Long. Terima kasih semua/ Kerana novel mempertemukan kita dan saling jatuh hati untuk lebih akrab lagi.

Alhamdulillah Mahligai Cinta mnendapat respon positif dari segi kelainan cerita, kelainan plot dan kehebatan watak-wataknya.

Memang ia satu pembaharuan teknik dan skop cerita berbanding karya-karya saya yang terdahulu.

Tahniah kepada abang long dan sesiapa yang berjaya menemui kelainan itu.

Salam

Sri Diah said...

Nur Raina... memang kak sri sendiri pun ternanti-nanti detik manis pertemuan kita.

Tentang Kuala Lumpur di Mana Suamiku memang Kak Sri akui telah khatam buku Enakmen Nikah Cerai dan Rujuk bagi Wilayah Persekutan untuk menyudahkan novel itu. Kak Sri juga membuat perbandingan kes nikah cerai rujuk dan keseragaman enekmen itu bagi negeri-negeri lain di Semenanjung.

Uh... lambat lagi la nak jumpa awak! Abang Long, mintak maaf ya tumpang lalu ;-)