Bagi anda, sila layari imah cumel library, dan anda pasti teruja.
------------------------------------------------------------------------------------------------
365 hari @ Setahun / 24 jam
Sekadar terfikir, sudah lama, dalam sehari berapa lama masa yang kita berikan untuk menatap wajah ibu, ayah, isteri dan anak - anak.
Ya, dalam tempoh 365, dalam tempoh setahun, dalam tempoh 24 jam, berapa lama masa yang kita berikan untuk menatap, berbual mesra, bergurau senda, dan memberikan masa untuk ibu, ayah, isteri dan anak - anak.
Lapan jam sehari dipejabat, 3,4,5 jam, kita menghadap komputer, dirumah pula, 3,4 jam untuk tidur, dan bakinya, adakah kita benar - benar memberikan masa berkualiti untuk insan yang kita sayangi ?
Dan adakah kita "mendengar" dan "tekun dan teliti" pada setiap kata - kata yang diluahkan oleh ibu, ayah, isteri dan anak - anak, sepertimana kita "mendengar", "tekun dan teliti", kepada setiap kata - kata yang diucapkan oleh ketua dipejabat, dan mengambil berat akan kata - kata itu dan dilaksanakan segera ?
------------------------------------------------------------------------------------------------
DIARI MASA HADAPAN
Kurang dari 30 hari lagi, kita akan melangkah ke tahun baru 2007, dan sekali lagi negara akan menyambut kehadiran tetamu dan pelancong, sempena dengan tahun melawat Malaysia 2007. Setahun juga umur kita meningkat.
Diwaktu ini, dimana - mana kedai buku khususnya, DIARI telah mula dijual, juga Planner.
Adakah kita telah berjaya mencapai setiap impian kita, adakah kita telah berjaya mencapai apa yang kita hajatkan, dan apakah setiap perancangan kita berjaya mengikut apa yang disusun atur.
Ya, aku baru membeli sebuah DIARI ISLAM, dan telah kucoretkan apa yang aku MAHU untuk dilaksanakan ditahun 2007, semoga apa yang kucatatkan, akan sekurang - kurangnya menjadi panduan buat diriku, bagaimana untuk mencapai kecemerlangan, dan DIARI bukan sekadar sehelai kertas untuk ditulis dan menjadi sejarah.
------------------------------------------------------------------------------------------------
KALENDAR 2007
Setiap tahun inilah yang akan diperolehi, samada secara percuma ataupun dibeli, terlalu penting bagi setiap manusia.
Namun dalam begitu banyak kalendar, aku paling berminat dengan kalendar kuda.
Ya, bagiku inilah kalendar yang paling banyak informasi, cuti negeri, cuti kebangsaan, cuti sekolah, tarikh berpandukan hijrah dan lain - lain lagi.
Anda bagaimana ?
4 comments:
salam abg long....
ini kunjungan pertama kali saya ke sini...
saya pun along juga tau....
hehhehehehhe...
salam perkenalan dr along kepada abg long...sudi2kan ke teratak saya..
anyway,
hadapi hari2 mu dgn senyuman ya..
blog si kecil itu mmg menarik. malah dia mempunyai blog yg lain juga. rajin sungguh dia.
Memang teruja pun masuk blog tu Abg Long, Am masa besar dia tak kenal lagi apa itu "Blog" hehehe
Oh ya apa azam tahun depan Abg Long
buat pawana malam, Terima Kasih kerana berkunjung ke sini, inilah pondok yang tak seberapa, untuk meluahkan apa yang tersimpan dihati.
buat zalisa maz, ya blog si kecil yang cukup menarik, sewajarnya mendapat sokongan untuk dikembangkan bakatnya.
buat am, kita pun sama, tapi abang long lebih terlewat .....
Post a Comment