AZAM TAHUN 2007
Ya, setiap orang mempunyai AZAM bila menjelang tahun baru, yang pasti kalendar bertukar, diari bertukar.
Walaupun mungkin ada diantara azam tahun 2006 tidak terlaksana sepenuhnya, namun tidak salah untuk kita meneruskan azam tersebut.
AZAM sebagai seorang AYAH:
Aku akan memastikan anak - anak mendapat kasih - sayang sepenuhnya dari diriku sebagai seorang AYAH. Aku akan memastikan anak - anak mendapat pendidikan yang paling maksimum dan cuba sedaya upaya untuk memberikan masa berharga buat mereka, berusaha untuk memberikan asas - asas agama yang mencukupi, sayang dan bertegas bila perlu.
AZAM sebagai seorang SUAMI:
Memastikan yang isteriku sentiasa senang hidup bersamaku, senyum bersama, tangis juga bersama, cuba sedaya upaya untuk memberikan kebahagiaan buat isteri tercinta, kalau dia telah "menyabung nyawa" untuk memberikan aku anak, maka aku juga perlu berkorban untuk sama - sama merasai kemanisan dalam kehidupan berumahtangga.
AZAM sebagai seorang ANAK:
Ibu dan bapa adalah insan yang bertanggungjawab "melahirkan" aku kedunia yang indah ini, perngorbanan mereka tidak akan dapat dihitung, sedaya upaya aku akan berusaha untuk membahagiakan mereka.
AZAM sebagai seorang PEKERJA:
Berusaha untuk menjadi pekerja yang baik, malah lebih baik dari semalam.
AZAM sebagai seorang MUSLIM:
Berusaha sedaya upaya untuk menjalankan apa sahaja TITAH PERINTAH dari ALLAH.
SASARAN Kewangan.
Aku akan berusaha dengan apa cara sekalipun, asalkan tidak lari dari Syari'at dan tidak melanggar undang - undang negara, untuk mengumpulkan sebanyak mungkin harta yang boleh.
Tahun 2007, aku akan berusaha untuk membawa keluargaku bercuti dan berhari raya di Singapura, tanah tempat kelahiranku.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, aku memohon petunjuk dari MU, semoga aku sentiasa berada dilandasan yang benar, hanya kepada MU aku memohon perlindungan, dan hanya kepada MU akun mengharapkan KEJAYAAN. AMIN.
5 comments:
Salam Abang Long... lawa ler anakanda abang long ni, macam Pan-Asian. Ker, memang Pan-Asian? huhu... mesti bila dah besar nanti, banyak hati yang goyah melihatnya. Harap hatinya akan seteguh hati ayahandanya, budi pekertinya akan semulia ibundanya. Selamat hari raya Aidil Adha dan maaf zahir batin dari hujung rambut ke hujung kaki jika ada salah dan silap semasa bercbox dan blogging ini.
Salam juga buat nur. Anakanda saya ikut wajah ibunya. Seamat Hari Raya Aidil Adha juga buat Nur sekeluarga.
salam,
comelnya anak abang long...yg lain pun mesti comel ni.
Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Tahun BAru 2007. Semoga segala azam tersenarai dapat di capai InsyaAllah.
Yus, syukur alhamdulillah, segala Pujian hanya kepada Allah jua.
tambah lagi satu! tambah lagi satu azam tu!
'azam sebagai seorang sahabat'
~zalisa maz~
Post a Comment