Melarat Sungguh.
Hujung bulan ini, 31hb Mei 2011, akan menjadi episod hitam pekat dalam sejarah kehidupan aku dan keluarga. Ini hanyalah bayangan suram yang boleh aku gambarkan, jika arus kehidupan aku masih tidak berubah.
Dengan nama Allah. Aku sebenarnya sudahpun menangis sewaktu menunggang motor, usai dari temuduga yang ke 13 petang semalam. Temuduga terpendek dalam sejarah hidup aku. Aku baru sahaja bersalam dengan wajah ceria, baru sahaja duduk, bila si penemuduga berkata:

"Saya dapati awak tidak layak untuk jawatan ini, kerana saya mahukan seorang dalam usia 20'an, yang cergas dan aktif, maaf." Temuduga paling pendek disebuah syarikat pembuatan. Aku hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Catatan hari ke 18 sebagai penganggur.
Itulah ada coretan dari FB Abang Long.
Aku tidak berkata apa pun. Langsung berlalu pergi dari situ, keluar dari bilik dengan seribu perasaan sebal yang teramat sangat !
Kini, cuba anda bayangkan. Sewaktu melihat resume aku. Ini adalah antara jawapan balas dari pihak syarikat:
1 - Pengalaman anda begitu luas dalam sektor perkapalan, tetapi MAAF, kami hanya perlukan pekerja muda yang dinamik, dalam lingkungan usia 20'an. Lagipun, kami tidak mampu membayar gaji anda.
2 - Bagus, anda sungguh berpengalaman dalam pelbagai sektor, tetapi anda langsung tiada pengalaman dalam urusan perbekalan minyak, MAAF. Kami perlukan pekerja yang gagah untuk mengangkat tong gas.
3 - Kalau awak nak kerja sini, boleh. Tapi upahnya memang tak berbaloi. Kami boleh bayar RM500 sahaja, tapi makan minum dan tempat tidur kami tanggung.
4 - MAAF, kami hanya memberikan pekerjaan kepada tenaga asing sahaja.
5 -
Aku sudah pergi ke 8 buah syarikat perkapalan. Didapati tiada satupun yang ada kekosongan jawatan. Adakah aku perlu menanti salah seorang pekerja mereka pencen atau MATI untuk aku mengisi kekosongan jawatan itu ? Aku tidak boleh menanti, aku perlu menyara kehidupan keluarga segera.
Bila aku pergi ke sektor yang berlainan, rasanya tidak jauh dari lapangan yang aku ada pengalaman, sebagai contoh bahagian penghantaran. Jawapannya ialah, aku tiada pengalaman dalam sektor itu. Jawapan paling menyakitkan hati ialah "adakah awak sanggup bermula dari bawah, awak diajar oleh mereka yang jauh lebih muda dari awak?' Bila aku nyatakan kesanggupan untuk bermula dari bawah, jawapan mereka mudah sahaja "kami rasa, untuk keadilan, awak carilah kerja yang sesuai dengan pengalaman awak."
Seorang teman mengirimkan emel. "Susah susah, Abang long buatlah bisnes sendiri ?"
Baik. Selama beberapa bulan ini, aku menjalankan bisnes kecil - kecilan. Aku siarkan dalam blog, dalam FB, aku kirimkan emel, sms dan cetak risalah dan ditaburkan ke serata alam. Aku bawa produk dan tunjukkan kepada rakan, sahabat dan saudara. Memang aku tiada skil usahawan hebat, tetapi aku berusaha. Namun, agak mengecewakan. Aku tidak pasti dimanakah silapnya. Bisnes aku seumpama - Hidup Segan MATI Tak Mahu.
JOBSTREET. Aku telah kirimkan resume ke 23 buah syarikat. Dan 4 buah syarikat telah memberikan jawapan untuk temuduga. Dan temuduga itu diakhiri dengan kegagalan. Cuma sebuah syarikat sahaja yang berminat dan bersungguh sungguh mahukan aku, tetapi aku perlu menunggu sedikit sahaja waktu lagi. Bila aku mendesak untuk mendapatkan kerja segera "harap bersabar, syarikat ini sedang gawat!"
Umpama seorang gelandangan. Aku berjalan. Ya, aku berjalan, lagipun minyak motor sudah hampir habis. Dan aku hanya ada RM5 sehelai sahaja dalam poket. Aku berjalan, dan bertanya "Abang, kak, amoi, aney, adik, macha, makcik ... ada kerja tak saya bantu, saya tak ada kerja, nak cari duit untuk sara keluarga ...." Semuanya SENYUM dan menggelengkan kepala.
Tiba - tiba aku melihat sekeping iklan. Bagus ni ! Aku terus menghubungi syarikat iklan itu. Dan aku diarahkan untuk menunggu disatu tempat. Aku diambil oleh seorang lelaki Cina kesatu tempat rahsia. Macam filem James Bond. "Ini kerja manyak senang, lu kena ambil duit dari peminjam saja, itu sahaja, komisen memang banyak, tak kira macam mana lu mau ambil itu duit, yang pasti lu mesti dapatkan itu duit pinjaman, lu tengok dia pakai kereta apa .... bla bla bla bla." Ya Rabbi, itulah tugas Along. Aku diam. Aku Senyum. Aku Angguk. Dan akhirnya aku berlalu dari situ.
Baru kini aku dapat rasakan pengalaman paling mengerikan. Satu pengalaman yang mengajar aku bagaimana seorang yang tidak dapat makan sanggup untuk membunuh.
Solat hajat, solat istikharah, solat dhuha dan segala macam solat telah aku lakukan. Segala macam zikir telah aku lafazkan. Namun, inilah ketentuan tuhan. Aku terima dan aku redha atas ujian dari Allah.
Perbanyakkan bersabar wahai Abang long. Itulah antara nasihat dan sms yang aku terima. Betul aku perlu bersabar. Tetapi bagaimana kedudukan hujung bulan ini ? Adakah aku hanya MEMBAYAR dengan AIR LIUR ?
Bil Api, Air dan HP ?
Barangan dapur ?
Sewa rumah ?
Bayaran kereta ?
Dan terpenting sekali. YURAN TAHFIZ.
Dengan segala perasaan seorang yang sudah HILANG MALU. Aku memohon kepada sesiapa sahaja. Andai masih ada perasaan simpati kepada nasib seorang saudara seAGAMA. Jika tidak menjadi keberatan. Tolong usahakan untuk selesaikan bayaran TAHFIZ untuk 3 orang anakku. Itu sahaja. Yang lain, InysAllah kami bersedia untuk berpuasa.
Dan, yang paling utama.
Abang. Kak. Saya amat mengharapkan kerja. Bukan ugutan, maaf ya. Inilah permintaan orang terdesak. Apapun, cuba bayangkan kalau Abang dan akak berada ditempat saya ? Sesungguhnya, saya masih ingat lagi pesanan dalam agama. Jika kamu menolong saudaramu yang dalam kesempitan, maka Allah akan membantu mu dalam urusan harianmu didunia ini.
Sedih, Seram, bila melihat sudah hilang wajah ceria pada isteri ...
Gerun memikirkan nasib anak - anak yang sedang tekun menghafaz Al Quran ....
Aku harap ada panggilan yang bakal menggembirakan seluruh keluarga aku:
"Abang long, esok pergi ... ada kerja untuk Abang long." Terima kasih tidak terhingga didahulukan.
Ya Allah ....
Ya Rasulullah .... aku umatmu !

10 comments:
Salam abglong,
Try minta kerja di kedai makan, buat sementara.. gaji harian. Biasa kerja tu waktu malam... waktu siang cari kerja lain lak.
Kita tahu betapa peritnya jadi pengganggur. Kita dah rasa. Nanti kita try war2kan di blog kita, mana tahu ada yang perlukan tenaga Abglong.
buat sementara waktu ni boleh buat part-time dekat mana2 hotel / pusat konvensyen
kalau area KL... KL Convention Centre ambik pekerja part-time dengan bayaran RM7 sejam
hanya perlu datang ke sana awal2 pagi (sebelum 9)... bertanya, berbaris tgk2 mana tau ada kosong sebab diorang ambik org yg tunggu
dia ambik pekerja x kira usia
cakap ja pernah keje part-time hotel dulu2
kerja waiter plg ramai
then ada housekeeping, stewards ect.
Tie - Saya sudah minta, beberapa tuan kedai kata, nanti mereka hubungi kembali, tapi sudah berapa hari ...
Aimi dan Pakcik Hashim. Terima kasih atas info, sebenarnya saya sudah isi borang dan submit resume di beberapa hotel sekita Klang dan Shah Alam.
Assalamualaikum,
Saya ada masukkan entri berkaitan di sini http://buanadunia.blogspot.com/2011/05/andai-sudi-jom-membeli-sambil-membantu.html
sy sokong aimi dan pakcik. in fact, masa sy sedang carikerja, kerja part time melambak. cuba daftar kat part time dot com. i wish u luck.
Salam Abang Long,
I'm speechless. Tapi citer Abg Long ni membuat banyak sebab untuk saya terus bersyukur dengan mehnah hidup ini. Sesungguhnya sabar itu balasan nya syurga. Tp perit sabar itu hanya ALLAH sahaja yang tahu.
sabar ab long... kami sama2 doa moga dimurahkan rezeki sentiasa... insyA ada hikmah di sebalik kekusutan sementara ini..
Salam Abg Long,
Saya baca kisah abg long dari blog kak masy. Sebelum ni abg long keje dengan syarikat perkapalan ke? Berlayar?
Tie - Terima kasih diucapkan atas keprihatinan. Amat dihargai.
Aimi dan Pakcik Hashim - Maklumat yang penting. Terima kasih. Cuma belum berkesempatan dek temuduga.
Ainur68 :)
Mulan - Terima kasih atas ingatan.
Ainul - InsyaAllah akan disiarkan kisah dalam entri akan datang.
Salam Abg Long...
Jawatan kosong kerja di ladang cili. Scope kerja semua yang melibatkan urusan ladang.
Ladang di Bukit Changgang Banting. Hubungi saya Zamer 011 1276 9868 untuk maklumat lanjut.
Post a Comment