Thursday, February 10, 2011

JOM, JOM, JOM. KARNIVAL - Maher Zain - Live In Concert.

Masa berdetik terlalu pantas.


Lagi 13 hari sahaja lagi. Berlangsung - KARNIVAL - Maher Zain - Live In Concert. Pelbagai perkara sedang diatur. Yang penting - PROMOSI ! PROMOSI ! PROMOSI ! dan terus PROMOSI !


Bila dicongak. Poster telah ditampal di 6 buah masjid dan 9 buah surau sekitar Shah Alam sahaja.


2,000 keping flyers telah ditebarkan. Seorang sahabat berkata flyers yang aku buat paling 'koman.' Aku hanya tersenyum. Namun dalam hati aku berkata 'jangan pandai kritik sahaja, berilah idea kreatif!'


Aku bukan orang kaya yang berupaya membuat poster besar, cantik dan gah. Aku hanya lakukan mengikut kemampuan aku sahaja. Bisnes aku kecil - kecilan. Tetapi yang penting bak kata para ulamak "Walaupun kecil, tetapi lakukan dengan istiqamah (konsisten) kerana itulah yang Allah suka."


Kepada para pengunjung dan sahabat sekalian. Jangan lupa, bermula dari - 24 hb Februari hingga 27 hb Februari. Aku akan buka tapak berniaga di Booth 27. Berilah sokongan anda kepada produk muslim. Yang penting - ANDA Beruntung DUNIA & AKHIRAT !


# Dengan setiap pembelian, anda telah menyumbangkan dana untuk pembangunan MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID."

3 comments:

-Ain-Dak In- said...

insyallah saya datang pada tarikh 26 hb..
sekali tengok konsert beliau~

Abang Long said...

Jangan lupa ke Booth 27. :)

Nek Cun said...

Salam Dik Long, masa konsert yang lepas nekcun ada dapat jumpa Maher Zain bila dia datang ke Majlis Ilmu kami di Masjid negeri...kebetulan bawa cucu, seronok betul dia...
p/s: Nekcun nak tempah susu kambing & Hadis kerana anak sulong nak bersalin, untuk makanan dia masa dalam pantang, boleh tak?... Oh!... okeylah, nanti nekcun cari booth 27 ya!...