Friday, February 04, 2011

KANCIL sakit.


Ujian. Cubaan. Halangan.


Kancil Hitam dibawa ke bengkel di Kampong Raja Uda. Pemeriksaan dilakukan untuk memastikan kenderaan berad didalam keadaan baik. Esoknya, hari Sabtu 29hb, kami sekeluarga akan menuju ke utara. Balik kampong untuk menyempurnakan majlis kenduri tahlil arwah papa.


Pukul 9 pagi. Kami bertolak dengan selesa, melepasi Tol Bukit Raja. Aku, isteri dan 3 orang anak. Manakala 2 orang lagi terpaksa ditinggalkan. Maklumlah, tidak muat untuk diisi seluruh ahli keluarga dalam Kancil.


Perjalanan yang tenang terasa sedikit mengganggu, apabila aku melepasi R&R Tanjung Malim. Meter suhu mula menunjukkan kenaikan, walaupun agak perlahan namun meresahkan. Kami sekeluarga terus berdoa memohon kemudahan dari Allah.


Namun, ujian pertama tiba. Meter suhu terus menunjukkan peningkatan yang mendadak. Aku tersu melencongkan kereta masuk ke hentian Ladang Bikam. Setelah 20 minit berhenti dan memeriksa kenderaan. Namun, aku masih tidak berpuashati, lantas menghubungi PLUS. 1800880000. 10 minit kemudian Peronda PLUS tiba bersama sebuah kereta mekanik.


Hasil perbincangan setelah memeriksa Kancil. Maka, kami telah bersetuju untuk membawa Kancil ke bengkel kereta di Sungkai. Kami terpaksa berpatah balik. Kerana semua bengkel berdekatan, iaitu di Bidor telah ditutup sempena Tahun Baru Cina.


Disinilah bermulanya episod ngeri. Bermula dari kipas yang kurang berfungsi, maka kipas ditukar. Kemudian didapati injap air tidak berputar dengan baik, maka terpaksa dibuka. Akhirnya didapati kerosakan yang paling teruk, bila didapati paip air telah pecah akibat kepanasan dari melimpah masuk kedalam kawasan enjin. Maka keseluruhan enjin terpaksa dibuka dan diperiksa.


Enjin Kancil dibuka sepenuhnya - BERSEPAI !!!


Aku hanya mampu duduk termenung.
Isteriku terdiam tanpa senyum.
Anak - anak resah gelisah.


Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Tiada jalan lain, melainkan terpaksa menghubungi seorang rakan atau jiran lama kepada mertua, yang menetap di Sungkai. Nasib baik mereka tinggal tidak jauh dari bengkel.


Setibanya kami dirumah itu. Kami disambut mesra dan sempat untuk berehat seketika. Kami tetap resah memikirkan jalan berikutnya. Yang pasti keluarga aku di Taiping dan keluarga isteriku di Klang, semuanya resah dan tertanya - tanya tentang nasib kami dan apakah tindakan seterusnya.


Tiba - tiba, kami diberikan kesempatan oleh keluarga pakcik untuk menggunakan WIRA mereka untuk pulang, sebagai memenuhi hasrat ibu yang kepingin cucu mereka untuk membawakan bacaan tahlil untuk arwah.


Aku terasa lega.


Jam 6 petang, kami bergerak, meluncur dengan selesa dengan WIRA. Dalam suasana hujan lebat. Aku terus berdoa memohon keampunan dari Allah.


Akhirnya, kami selamat tiba dirumah ibu di Taiping jam 9.00 malam. Suasana sudahpun riuh rendah dengan kehadiran ramai ahli keluarga yang lain. Semuanya bersyukur, kami tiba dengan selamat.


Aku terlalu letih.
Isteriku teramat lesu.
Anak - anak riang bertemu Atuk Mami dan pakcik makcik.


Alhamdulillah, usai majlis kenduri. Jam menunjukkan angka 2.15 minit petang. Kami terpaksa bergegas meninggalkan majlis. Aku terus memecut pulang ke Sungkai untuk mengambil Kancil.


"Semua sudah OK." Itu sahaja kata mekanik. Usai membayar, kami terus kerumah pakcik. Setelah berehat 10 minit. Kami meminta diri pulang. Namun, TRAGEDI kedua pula muncul. Bila tiba dipersimpangan kampong, sekali lagi meter naik mendadak !


Aku terus menghala ke bengkel semula. Aku tidak berpuashati ! Para mekanik sekali lagi kebingungan. Pemeriksaan dilakukan lebih teliti. Dan aku sekali lagi pandu uji Kancil. Ternyata meter tetap tidak berubah, suhu terus naik.


Kali ini, aku terus berpatah balik. Aku menuju masjid tempat pakcik bertugas. Berbincang dan mendapat kesepakatan untuk aku terus menggunakan WIRA bagi tujuan menghantar anak dan isteri ke Klang. Dan aku berjanji keesokan harinya akan pulang kembali untuk menghantar WIRA.


Tepat jam 9 malam. Kami bertolak dari Sungkai ke Klang. Sekali lagi ujian tiba. Sepanjang perjalanan, hujan turun tanpa henti, aku rabun, tidak dapat melihat jauh, jalan gelap. Lampu dari kenderaan bertentangan menyakitkan mata. Dan aku sudah teramat amat amat letih dan mengantuk.


Aku terus gagahkan diri ini dan membawa WIRA dalam kelajuan paling perlahan dilebuhraya. 70 - 80 KM SJ. Itu sahaja kelajuan yang aku bawa. Faktor pertama, WIRA adalah kereta pinjam. Faktor kedua - KESELAMATAN !


Namun, setibanya kami di Hentian Jejantas Sungai Buluh. Aku terus berhenti untuk TIDUR seketika. Alhamdulillah, dalam 15 minit terlelap. Aku sudah berkeyakinan untuk memandu kembali.


Dan Alhamdulillah, sepanjang jalan dari Sungai Buluh ke Klang. Lebuhraya diterangi lampu yang cukup terang. Membolehkan aku membawa dengan keadaan lebih selesa.


Kami tiba rumah di Klang jam 12.15 tengahmalam.


Terus hilang kawalan diri ... ghaib !


# Entri ini aku dedikasikan buat Pakcik Kamilin, isterinya dan seluruh ahli keluarga yang telah membantu kami dalam saat - saat menjalani ujian yang tidak diduga ini. Semoga Allah sahaja yang membalas segala jasa baik mereka. AMIN.

No comments: