Sudah 55 hari, atau hampir 2 bulan aku memegang gelaran sebagai PENGANGGUR. Satu hakikat yang paling sukar dan pahit untuk ditelan adalah, aku terpaksa mengharapkan wang EHSAN dari isteriku. Isteriku yang bertugas sebagai guru KAFA, bukannya bergaji besar, hanya mendapat elaun bulanan.
Perit memang perit, sakit memang sakit, susah memang susah, azab memang azab, derita memang derita. Tapi mahu atau tidak, aku terpaksa menerimanya. Malaysia bukannya 'Welfare State'. Dimana aku boleh mendapatkan bantuan dari segi kewangan. Hendak diharapkan bantuan dari pihak kerajaan, rasanya, boleh menyebabkan ramai orang akan mentertawakan aku.
Aku benar - benar terasa jauh hati. Sewaktu pilihanraya, ramai yang berjanji bermacam - macam, tapi bila sudah selesai pilihanraya, hendak berjumpa pun susah. Aku mahu berjumpa, bukannya untuk MEMINTA SEDEKAH, atau meminta wang EHSAN, tetapi aku mahu berjumpa dengan wakil kepada wakil rakyat, untuk bertanya, sekiranya dapat membantu aku untuk mendapatkan KERJA, itu sahaja !
Biarlah aku katakan berikut, supaya tiada lagi yang bertanya soalan yang sama tentang biodata diri aku.
Aku berkelulusan SPM.
Berpengalaman berkhidmat didalam industri perkapalan selama 15 tahun.
Pernah bertugas didalam perkhidmatan Keretapi.
Mempunyai anak seramai 5 orang.
Seandainya selepas 3 bulan, aku tidak mendapat kerja, adakah harus aku MEROMPAK ?
Ya, aku benar - benar tertekan dengan keadaan aku sekarang. Aku bukannya mengharapkan kata - kaa simpati atau kata - kata manis dan muluk seperti dalam pilihanraya yang lalu. Aku hanya mengharapkan supaya aku mendapat KERJA di bumi MALAYSIA ini.
Kalau seorang MAT BANGLA boleh mendapat kerja distesen minyak. Aku juga sanggup dan bersedia untuk berkerja distesen minyak. Kalau seorang MAT INDON boleh berkerja sebagai pencuci pinggan mangkuk diwarung, aku juga bersedia untuk berkerja diwarung. Malangnya, bila kebanyakan pengusaha stesen minyak dan warung, tidak bersedia untuk memberikan kerja dan pekerjaan kepada aku, kerana mereka takut aku akan 'demand' dari segi gaji.
Adakah rintihan aku ini dibaca oleh ORANG BESAR NEGARA. Rasanya TIDAK. Sebab, mereka mempunyai tugas dan kerja yang berat. Dan tidak akan berkesempatan untuk membaca entri KELUHAN SEORANG PENGANGGUR seperti aku. Yang begitu mengharapkan REZEKI dari BUMI MALAYSIA ini.
Tetapi aku PASTI tentang satu perkara. ALLAH PASTI MENDENGAR DAN MELIHAT HAMBANYA.
# TERIMA KASIH kepada Saudara Abu Kassim, kerana sudi untuk menaja entri pada kali ini.
6 comments:
Ya, Allah sentiasa mendengar, melihat, dan mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati kita . DIA tidak pernah membiarkan kita keseorangan dan sentiasa ada bersama - sama kita baik di waktu senang, susah, suka, dan duka kita .DIA sentiasa memberi pertolongan dan rezeki kepada kita dalam pelbagai bentuk yang tidak terduga oleh kita . Kehadiran insan - insan yang memberi pertolongan kepada kita besar kemungkinan merupakan perantaraan yang telah didorong rasa hati untuk membantu . Saya percaya ramai lagi yang ingin membantu cuma tidak tahu bagaimana cara dan bentuk pertolongan yang boleh diberikan . Tersilap langkah takut ada yang berkecil hati . Apa - apapun Selamat Kembali Semula diucapkan kepada abg long . Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu hendaknya .
Salam,
hmmmm pada pendapat sy, resume main peranan utk tunjuk kan keupayaan kita.klu sudi, sy boleh tolong bagi nasihat utk upgrade resume and dapatkan cara utk dapatkan kerja.
ym: led1816
yg ingin membantu sesama insan.
Led
Salam,
hmmmm pada pendapat sy, resume main peranan utk tunjuk kan keupayaan kita.klu sudi, sy boleh tolong bagi nasihat utk upgrade resume and dapatkan cara utk dapatkan kerja.
ym: led1816
yg ingin membantu sesama insan.
Led
Abang Long,
Abanglong pernah berkhidmat dengan keretapi. Maksud abang long dgn KTM yer. bahagian apa yer?. maksud saya admin ker atau peyelenggaraan keretapi itu sendiri? atau pernah memandu train ker ?.
salam,
resume yg abg long bagi hari tu dah saya pass kan pd suami, namun begitu buat masa ini company suami belum ada kekosongan kerja lagi ... InsyaAllah jika ada saya akan maklumkan..
abang long...insyaallah ada kerja untuk abang long nanti...abang long kena kuat ye...
Post a Comment