Monday, April 30, 2007

Macam - macam kisah (8)

Kisah 1 - ALASAN.

Aku sedang berbual dengan beberapa orang teman sepejabat, sewaktu makan tengahari. Tiba - tiba seorang sahabat bertanya "eh, Pesta Buku start besok kan".

Aku menjawab "ya".

Maka terjadilah dialog berikut:.

Ahmad: "Pesta Buku ?".
Halim: "Bila tu ?".
Aku: "mula 26hb April, sampai seminggu di PWTC".
Halim: "oooo".
Aku: "korang tak pergi ke ?"
Ahmad: "ah .. malaslah ... dah lah jauh, kalau pergi sure jammed punya, aku pening kepala
kalau bersesak - sesak, lagipun apa yang aku nak beli ?".
Aku: "ha, Halim, engkau pulak macam mana "?.
Halim: "Aku dah plan nak balik kampong, kan cuti panjang seminggu".

Murshid yang sedari tadi tidak berkata - kata akhirnya bersuara "Pesta Buku tu, kan setahun sekali saja, tempohnya pulak bukan sehari, tapi seminggu, lagipun kalau kita boleh bersesak - sesak sewaktu Jom Heboh, kita sanggup menahan sakit kepala semata - mata untuk beri sokongan kepada AF, takkan untuk Pesta Buku kita tak sanggup berkorban".

Akhirnya aku memberikan "isyarat" senyuman kepada sahabatku si Murshid. Sekurang -
kurangnya dia telah berjaya "mematahkan" hujah, sahabat - sahabatku yang lain.


Kisah 2 - BUKU ILMU.

Kisah orang L.E.L.A.K.I. (didalam pejabatku).

Hebat sewaktu berbicara tentang BOLA,
Tangkas sewaktu berbicara tentang POLITIK.
Cemerlang sewaktu berbicara tentang F1.
GEMILANG sewaktu berbicara tentang HAL EHWAL ORANG LAIN.
TERBILANG sewaktu berbicara tentang S-E-K-S.

Tapi bila aku membuka bicara tentang Pesta Buku dan Masyarakat BERILMU, semuanya
terdiam, terkelu, terkedu, ternganga, tercengang.

# Bilakah GARISAN MATI untuk menjadi SEBUAH MASYARAKAT MEMBACA @ MASYARAKAT BERILMU ?.


Kisah 3 - BANGGA.

a - "semalam aku baru saja tukar sport rim, sebiji RM350/-"
b - "aku geram betul tengok ekzos motor tu, cukup bulan ni nak sambar, ala ... baru RM 300/-".
c - "ala, tukar sound sistem baru RM1,500, baru power, dengar clear".

# Tentang BUKU ?

4 comments:

sharifah said...

setuju sangatlah tu abang long...kenapa sesetengah pihak sukar sangat nak meluangkan sedikit masa yang berharga ke tempat ilmu yang lebih memberi faedah dan manfaat...kalau ke konsert sanggup berpusu-pusu dan berasak-asak pula...tak faham!!! sabar jelah, sha yang duduk terengganu nipun dah tak sabar2 ke KL sabtu ni...harap sempatlah ke sana...

adhan said...

abang long...
memang ramai yang kurang minat dengan pesta buku terutamanya lelaki..yang perempuan je rajin ke pesta buku...tapi kan, yang peliknya kalau bola ke apa ke boleh la pulak pergi walaupun jammed n bersesak-sesak..

Abang Long said...

sharifah, semoga sempat bertemu ....

adhan, abang long menceritakan "realiti".

adhan said...

abang long...
memang itu realitinya pun...