Monday, April 30, 2007

buku yang menarik ...dan perlu dimiliki oleh setiap keluarga





Pada 29hb April. Aku telah berada di PWTC. Sambil "bertugas" di Dewan Tun. Dr. Ismail.

Selama 5 jam aku berada disana, aku hanya berkesempatan untuk pergi ke beberapa Booth sahaja. Itupun sekadar untuk meninjau dan melihat buku - buku yang dijual.

Dan disana juga aku telah berkesempatan untuk bertemu dengan beberapa orang teman Bloggers, yang selama ni hanya "berbicara" dialam siber. Seperti Mamajambu dari Singapura, Siti, Adhan, Ruby Hazri - Novelis.

InsyaAllah, aku telah berbincang dengan beberapa orang Bloggers. Dimana pada tahun depan, (jangan ingat lama lagi, pejam celik ... 2008). Kita akan mengadakan PERJUMPAAN dengan seberapa ramai Bloggers. Dan kita akan bertemu pada Pesta Buku 2008.

Pertemuan yang paling mengujakan aku adalah, dimana aku telah diizinNya, untuk bertemu dengan penulis buku - iaitu Puan Saridah Hamid - klik disini

Walaupun "perkenalan" kami hanya baru berlangsung dalam beberapa bulan ini. Namun, telah dapat mencipta satu jalinan ukhuwwah yang begitu baik.

Syukur Alhamdulillah, aku telah berjaya mendapatkan buku hasil penulisannya, beserta dengan titipan kata - kata dan tandatangan beliau. Aku begitu menghargainya.

Kepada pengunjung Blog ini, diatas adalah cover buku beliau yang diterbitkan oleh PTS.

# Buku beliau adalah buku berunsur agama, namun ditulis dalam bentuk yang begitu santai dan mengikut gaya penulisan era moden. Tidak berbelit - belit sepertimana sesetengah buku agama. Terlalu banyak pengajaran yang dipaparkan yang boleh dijadikan panduan serta pedoman kepada kita sebagai seorang Muslim.

# Selembut BICARA Kisah - kisah Inspirasi Untuk Wanita.
Bukan sahaja untuk dibaca oleh kaum wanita. Malahan cukup sesuai untuk dibacakan oleh ibubapa kepada anak - anak, sewaktu mereka hendak tidur diwaktu malam.

Macam - macam kisah (8)

Kisah 1 - ALASAN.

Aku sedang berbual dengan beberapa orang teman sepejabat, sewaktu makan tengahari. Tiba - tiba seorang sahabat bertanya "eh, Pesta Buku start besok kan".

Aku menjawab "ya".

Maka terjadilah dialog berikut:.

Ahmad: "Pesta Buku ?".
Halim: "Bila tu ?".
Aku: "mula 26hb April, sampai seminggu di PWTC".
Halim: "oooo".
Aku: "korang tak pergi ke ?"
Ahmad: "ah .. malaslah ... dah lah jauh, kalau pergi sure jammed punya, aku pening kepala
kalau bersesak - sesak, lagipun apa yang aku nak beli ?".
Aku: "ha, Halim, engkau pulak macam mana "?.
Halim: "Aku dah plan nak balik kampong, kan cuti panjang seminggu".

Murshid yang sedari tadi tidak berkata - kata akhirnya bersuara "Pesta Buku tu, kan setahun sekali saja, tempohnya pulak bukan sehari, tapi seminggu, lagipun kalau kita boleh bersesak - sesak sewaktu Jom Heboh, kita sanggup menahan sakit kepala semata - mata untuk beri sokongan kepada AF, takkan untuk Pesta Buku kita tak sanggup berkorban".

Akhirnya aku memberikan "isyarat" senyuman kepada sahabatku si Murshid. Sekurang -
kurangnya dia telah berjaya "mematahkan" hujah, sahabat - sahabatku yang lain.


Kisah 2 - BUKU ILMU.

Kisah orang L.E.L.A.K.I. (didalam pejabatku).

Hebat sewaktu berbicara tentang BOLA,
Tangkas sewaktu berbicara tentang POLITIK.
Cemerlang sewaktu berbicara tentang F1.
GEMILANG sewaktu berbicara tentang HAL EHWAL ORANG LAIN.
TERBILANG sewaktu berbicara tentang S-E-K-S.

Tapi bila aku membuka bicara tentang Pesta Buku dan Masyarakat BERILMU, semuanya
terdiam, terkelu, terkedu, ternganga, tercengang.

# Bilakah GARISAN MATI untuk menjadi SEBUAH MASYARAKAT MEMBACA @ MASYARAKAT BERILMU ?.


Kisah 3 - BANGGA.

a - "semalam aku baru saja tukar sport rim, sebiji RM350/-"
b - "aku geram betul tengok ekzos motor tu, cukup bulan ni nak sambar, ala ... baru RM 300/-".
c - "ala, tukar sound sistem baru RM1,500, baru power, dengar clear".

# Tentang BUKU ?

Friday, April 27, 2007

PESTA BUKU 2007

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2007



InsayaAllah, aku akan berada disana pada 29hb April 2007. Dari jam 11.00 pagi hingga 5 petang. Bagi semua pengunjung Blog ini. Marilah kita beramai - ramai memeriahkan Pesta Buku itu. Aku akan berada di Dewan Tun Dr. Ismail - PWTC.

Maklumat terkini boleh diperolehi klik disini.

Monday, April 23, 2007

Santai

sewaktu aku sedang berhadapan dengan kerja yang menimbun dan terasa seperti tidak berkesudahan ... tiba - tiba aku terdengar sebuah lagu ... maaf aku tidak tahu tajuknya .. tetapi mempunyai irama jawa ... dimana liriknya membuatkan diriku terasa santai dan aku tersenyum sendirian.

Sayang sayang aduhai sayang.
Adik bingung bertambah rungsing,
Hendak ku buang terasa sayang,
Udah menjadi darah dan daging.

Friday, April 20, 2007

KEMBALI SEMULA ...

Selama 3 minggu, sekembalinya aku dari luar Negara. Aku langsung tidak masuk kedalam dunia siber. Ini bermakna, aku bukan sahaja tidak masuk kedalam Blog Abang Long, malahan aku tidak juga menjengahke lain – lain – lain Laman Web ataupun Blog.
Sepanjang tempoh itulah, aku menerima berpuluh panggilan telefon, sms dan emel, yang bertanyakan apa yang berlaku kepada diriku. Kepada yang menghubungi diriku, atau menghantar sms dan emel, aku ucapkan jutaan Terima Kasih kerana sudi bertanya khabar berita. Dan kepada pengunjung Blog ini juga, aku ucapkan Terima Kasih yang tidak terhingga.
Sewaktu aku berada diluar Negara, berbagai pengalaman yang dapat ku timba. Berbagai peristiwa yang berlaku dan aku alami.

Dan sewaktu berkerja sambil belajar dinegara asing, sewaktu melancong itu juga. Aku mengambil kesempatan untuk berfikir dan merenung apa yang telah aku lakukan selama ini. Adakah jalan yang telah kupilih dan telah kulalui itu betul dan mengikut apa yang telah kurancangkan selama ini. Yang penting, “perjalananku” itu adalah jalan yang diredhai oleh Allah subhanahu wata’ala.

Dan sepanjang tempoh diluar negara itulah aku berfikir semasak – masaknya. Apakah keputusanku untuk “berjuang atau berundur” dari beberapa buah organisasi yang aku terlibat aktif didalamnya. Yang penting adalah biarlah keputusan yang kubuat itu, memberi faedah dan manfaat kepada ummah keseluruhannya.

Dan yang paling utama dan paling penting adalah, aku dapat memberikan masa yang berharga dan penuh bermakna buat keluargaku sendiri. Kerana aku menyedari, selama ini aku agak kurang dalam memberikan masa buat keluargaku sendiri.

Setelah berfikir semasak – masaknya, dan setelah melakukan istikharah. Memohon petunjuk dariNYA. Maka aku telah membuat satu keputusan yang pasti ada yang gembira dan pasti juga ada yang terharu. Namun keputusan yang kubuat sememangnya satu keputusan yang muktamad, dan aku tidak akan berpatah balik.

Kiraan mudahnya: 3 - 4 = ?

Ini bermakna, aku akan tetap bergerak didalam TIGA buah organisasi sahaja. Manakala EMPAT Buah organisasi dan kelab, samada aku berundur ataupun meletakkan jawatan.

# Aku menghirup udara nyaman dan merasa tenang kini. Setelah membuat keputusan itu.

1 – Kelab Peminat Novel ALAF 21 (ALAF21 FC). Masih memerlukan aku.
2 – Persatuan Bekas Murid Sekolah Menengah King Edward VII. Terlalu banyak yang kutimba dan begitu nostalgik.
3 – Kelab Lion. Aku masih dapat menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat.

AMIN.